Tuesday 27 January 2009

Syahadatul Haq

Bismillah

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

New spirit..new person..new ummah!

Dia izinkan mereka untuk mendapat ketukan daripada syahadatul haq. Turning pt kedua dalam hidup ku jua diperolehi selepas daripada itu. Ada yang gembira. Ada yang bersemangat. Ada yang sangat2 bersyukur kerana Allah memilihnya untuk mengetahui hakikat ini. Ya, pada aku mereka tampak yakin untuk telusuri jalan-jalan yang pernah dilalui para anbiya' dan sahabat suatu ketika dahulu. Mereka kini faham peranan khalifah di muka bumi itu seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30.

Tapi, ada juga yang takut. Rasa sangat terbeban dengan tanggungjawab yang sangat berat ini. Tanggungjawab untuk menyedarkan manusia tentang keindahan dan kehebatan Islam. Tanggungjawab untuk membawa kembali umat-umat Islam yang sudah lari jauh daripada jalan yang lurus.

Bukan kerana tak percaya dengan jalan ini. Bukan kerana tak yakin dengan janjiNya.

"Kalau boleh saya memang nak sangat bersama-sama untuk menyampaikan Islam kak, tapi..."

Kerana katanya dia tak layak. Banyak lagi karat-karat jahiliyyah yang dia rasa tak mampu untuk kikis dan tanggalkan. Imannya masih tak mantap. Rasa berat sangat. Takut pun ada. Tapi dia tahu ini jalan yang dia mahu lalui. Dia terus mengeluh sambil menceritakan jahiliyyah2 nya dahulu.

"How i wish i didn't do this. I wish i didn't do that...Kalau saya tak buat semua2 tue mesti senang aje sekarang nie kak. At first I was happy and ok. Tapi masa naik train tue, banyak sgt benda yang dipikirkan. Banyak doubt dan was-was. I know I shouldnt be thinking that way. Ni mesti syaitan nie..."


"Saya tak tahu saya boleh ke tak. Diri saya pun terumbang-ambing...."

Mereka sangat gembira dan bersyukur kerana dipilih olehNya di berikan kefahaman ini. Sungguh-sungguh mahu memberitahu manusia lain tentang kemanisan Iman dan Islam ini, tapi seperti ada sesuatu yang menghalang dan membantutkan langkah mereka....

Adik,

Memang tanggungjawab ini tak mudahkan. Kalau tak masakan Rasulullah pulang kepada Khadijah dalam keadaan seram dan menggeletar selepas menerima wahyu melalui Jibrail di gua Hira'? Dipeluknya erat-erat sehingga sesak nafas baginda. Cuba kita lihat firman Allah dalam surah Muzammil ayat 5;

"Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu"

Ya, inilah yang nak disampaikan kepada manusia. Ayat-ayat suci Allah. Al-Quran yang mana hancur luluhlah gunung-ganang apabila Allah berikan kalamNya padanya. Tapi hanya manusia yang mampu dan sanggup untuk terima tanggungjawab ini. Kalam Allah yang agung lagi berat tapi telah mengubah sahabat-sahabat menjadi umat yang terhebat!

Adik, takkan kita nak tunggu iman kita mantap baru kita nak seru manusia kepadaNya. Bilakah masanya? Apakah awak pasti waktu itu akan tiba? Sememangnya tak akan ada kerana iman manusia tak sempurna dan takkan sempurna. Iman yazid wa yankus (iman naik dan turun)

Ingat analogi monyet? Kalau tiada angin kencang yang meniup, masakan monyet nak berpaut erat pada pokok? Macam itu juga dengan iman kita. Kita akan berpegang teguh padanya apabila ia di uji. Bila kita tahu kita perlu menyedarkan manusia tentang Islam sebenar, kitalah pertama-pertama akan berusaha menanamkan iman yang mantap dalam jiwa kita. Agar kita dapat berpegang teguh padanya bila ujianNya datang.

Tipu kalau akak katakan dulu tiada perasaan takut dan rasa tak mampu. Walaupun kini, perasaan itu tetap ada. Musuh kita paling utama peka bukan? Melihat semangat dan kesedaran kita, terus dicucuk kan perasaan was-was dan ragu-ragu itu. Bisikan-bisikan bisa itu sedang bermaharaja lela dalam hati kita.

"Eleh kau pon tak settle lagi, nak ubah manusia lain konon. Sedar tak jahiliyyah kau tue bertepek lagi, macam mane nak berubah? Tak payah lah nak buang masa!"


Jangan pedulikan semua itu. Sedarlah, bisikan-bisikan ini boleh jadi daripada jin dan juga manusia.

"..yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia" (An-Nas:5-6)

Pastikan kita tetapkan matlamat dan lihat ke hadapan. Terus maju dan jangan undur ke belakang. Kalau terasa tak mampu dan teringin untuk berpatah balik, jeritlah. Panggil sesiapa sahaja! Cuba buka mata dan lihat sungguh-sungguh. Awak tidak keseorangan dalam perjalanan ini. Nampak tak? Banyak manusia lain yang juga sedang bersusah payah. Untuk terus istiqamah dan tetap di atas jalan lurus ini. Kita sama-sama akan pastikan semua akan bergerak maju ke hadapan dan tiada siapa yang tercicir.

Janganlah awak cakap tak layak adik. Kalaulah awak tahu zaman dulu akak macam mana.... Penuh kegelapan. Tak nampak cahaya langsung walaupun samar-samar. Tak sangka,walaupun sudah berada di lubuk yang paling dalam, Allah angkat juga keluarkan akak daripada tempat busuk itu.

Jalan menuju Allah ini sangat sukar dan payah. Kita takkan mampu membawa sekali beban-beban dosa yang ada jika kita mahu terus laju dan pacu di atas jalan Allah ini. Kita tiada pilihan. Kita kena cuba tinggalkan jahiliyyah2 itu ya? Jangan bimbang. Kerana rahmat Allah dan tanggungjawab yang berat ini, banyak manusia telah berjaya mengikis karat-karat itu. Kalau tak banyak, sikit. Dan benda ini tak terjadi dalam masa 2-3 bulan. Bahkan bertahun. Jadi, tolong jangan putus asa ya? Allah akan tolong. Tapi ia memerlukan pergorbanan dan mujadah yang tinggi.

Berbahagialah adik, walaupun awak rasa awk tak layak, tapi Allah tetap memilih awk. Sebab Dia tahu apa yang kita tak tahu. Syukur, Alhamdulillah. Dia pilih kita utk diberi hidayah itu dan bukan orang lain. Walaupun akak kesal masa silam akak sarat dengan dosa dan maksiat, tapi Alhamdulillah, kini akak kenal mana yang putih dan mana yang hitam. Akak telah merasai keduanya dan kini akak pasti dan benci untuk kembali kepada masa silam yang busuk itu. Kita takkan rasa nikmat makan kalau kita tak lapar. Dan kita takkan rasa nikmat cahaya kalau kita tak pernah berada dalam kegelapan. Kita takkan merasa dan menghargai nikmat Islam dan Iman kalau kita tak pernah merasai kegelapan dan kejijikan jahiliyyah yang menghimpit dan mencengkam.

Kita ada tanggungjawab untuk tunaikan amanah ini. Itulah cara kita untuk bersyukur kepadaNya setelah Dia berikan kita hidayah ini. Kita kena buat apa termampu. Moga dengan rahmat Allah dan usaha kecil kita dalam nak sebarkan Islam dan kefahaman ini, Allah akan hapuskan dosa-dosa kita yang lalu dan gantikan dengan redha dan pahalaNya.

Semoga dengan semangat dan tanggungjawab ini akan menolak awak untuk lebih berusaha meningkatkan iman dan amal. Bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik dalam apa sahaja yang ingin dilakukan. Ingat ciri2 syabab? Bukan semangat semata tapi juga keimanan yang mantap yang lahir daripada kefahaman. Dekatkan diri dengan Allah. Hanya Allah dapat tolong kita. Cari ilmu untuk kenal Allah lebih dekat, amalkannya dan sampaikan pada manusia lain. Kita usaha sama-sama ya?

Dengan izin Allah....

6 comments:

~wanis~teah~lin~fara~ana~aimi~ said...

slm..argghh akak..cm phm2 je..i.Allah i'll try my best..tp cm sy ckp kt k.aisyah laa..slow2 n gune cra sndiri..xleh laa nk jdk naqibah trus..hehehe..i.Allah..doakn kmi ye..

Razeen Rom said...

kak..

thank you so much.
thank you so much.
thank you so much.

Im so glad i met you.

imaaaanj said...

jazakillah akakku sayang :)

faisalzulkifli said...

jzkk kak...a good reminder..buat keje islam kena sama2..br boleh tampung lompong2 kosong..

A k i said...

Salam Kak Zaza,
Thank you for the reminder kak. Doakan saya yang sangat lemah ni T.T

'Aqilah
http://nuraqil.iluvislam.com/

nz said...

assalamualaikum..

pesanan akak kena tepat pd apa yg sedang berlaku pd sy yg lemah ni...

rasa risau tgk family sendiri tu tinggi sgt tp masih x berdaya nak berkata-kata apa pd diorg..

terima kasih.