Tuesday, 13 January 2009

Pernah rasa?

Pernah rasa?
Seperti burung dalam sangkar,
yang nak sangat mengepak sayap,
tapi tak dapat ke mana.

Pernah rasa?
Bagai ada satu beban yang berat dipundak,
nak dilepaskan, tak pula mahu turun.
Mau rasanya dihurung sekali untuk terus mara,
tapi diri tak mampu.

Pernah rasa?
Seperti dalam penjara,
terkurung di antara dinding lesu dan gerigi besi,
bumi yang luas dirasakan sempit dan menghimpit.

Pernah rasa?
Pabila berada di dalam bilik gelap,
satu cahaya pun tiada,
puas kita meraba-raba di dalam gelap pekat,
mencari-cari tempat berpauh,
takut kalau-kalau tersadung dan terjatuh.
Tapi tak jumpa-jumpa.
Dalam keseorangan dan ketakutan,
kita ternampak ada cahaya samar-samar.
Gembira sangat pada tika itu.
Segala kudrat digunakan untuk menuju cahaya itu.
Tapi malangnya,
kaki terikat,
pada bola besi yang berat.

Tapi lepas itu,
Pernah rasa?
Bila Allah tarik balik semua itu?

-------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Dia tolong. Satu-satu simpulan Dia leraikan.

Ampunkan hambaMu ya Allah.

Rupanya 'hambatan jahiliyyah' itu yang mencengkam jiwa.
Membiarkan diri terpenjara.
Memberatkan langkah.
Melambatkan hayunan.

Ya Mujib,
Bawa aku pergi jauh daripada jahiliyyah itu.
Jangan Kau kembalikan aku pada hambatan itu.

Biarkanlah sebentar aku begini,
agar aku tidak perlu lagi memalingkan wajahku,
kerana manakan mungkin aku sanggup menghadapMu,
ketika dosa-dosa itu menghantui dan memburuku.

Doakan....

No comments: