Monday 12 January 2009

Pedih..

Bismillah..

Kadang-kadang ada perkara buat kita sedih sangat.
Kadang-kadang suatu ujian itu kita rasa tak dapat tanggung.
Rasa macam seluruh alam menghempap dada kita.
Pendek nafas kita.
Bagai ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.
Nak menjerit tapi tak kedengaran.
Nak lari tapi ke mana?
Rasa nak bersembunyi pada tempat yang terjauh dan paling sunyi di atas muka bumi.

Rasa bagai nak pecah kepala kita.
Badan mula sakit-sakit dek memikirkan masalah kita.
Kesakitan itu rasa macam menghiris-hiris dan merobek hati.
Perit sangat.
Air mata hanya Allah tahu betapa banyak ia jatuh bercucuran.

Bila keadaan sebegini menimpa jangan kita pernah lupa.
Allah tahu, sedar, paham, merasai SETIAP apa yang kita rasa.
Allah sentiasa dengar jeritan hati itu.
Allah sentiasa sediakan tempat persembunyian paling terbaik untuk kita.
Iaitu dalam solat dan munajat kita.
Allah telah kira pun setitik demi setitik air mata itu.

Janganlah kita anggap Allah lupakan kita.
Membiarkan kita bersendiri menanggung luka yang dalam ini.
Tapi Dia sentiasa ada.
Sangat dekat.
Menunggu-nunggu kita.
Berdoa, merayu, menangis dan berharap padaNya.
Dan hanya padaNya.

Kita boleh sedih.
Kita boleh 'down'.
Tapi jangan biarkan terlau lama dan emosi memakan diri.
Kita tak punya masa.
Kita perlu maju dalam apa sahaja yang kita buat.
Manusia perlu dikembalikan pada Allah.
Ummah sedang meronta-ronta dahagakan Islam dan petunjuk.
Takkan kita mahu selamanya 'down' dan membiarkan semua itu tertangguh?
Kerja kita harus berjalan walau macam mana pun keadaan kita.
Dakwah kita harus mara agar kita sendiri tak ditinggalkan keretapi itu.

Ya Qayyum, kuatkanlah & tetapkan hati lemah ini.
Pajakkan kaki lemah ini di atas jalanMu.
Redha dan rahmatMu hanya diburu....

5 comments:

faisalzulkifli said...

slm kak...kuatkan semngat kak..heh, susah kalu down2 nih..bak kata tono, kena sentiasa berlapang dada...n yang penting hidup kite kena berjiwa besar..

y masih nak membesarkan jiwa

melintangpatah said...

salam mkck..harap jwpn2 lepas kene pd sasaran..takut2 tersasar..then 'pedih'..

-ust xde tauliah-

nida' ul-iman said...

Wsalam..

Alhamdulillah, membantu dan kene sasaran. InsyaAllah, entri 'pedih' tak related dgn 'tolong bg jawapan'.

Mane tau 'dengki'? Daripada mulut org tue sendiri.

Tapi tak boleh jugak assume itu perasaan 'dengki' la dak?

Betul2. Husnu Dzon & tasammuh...

Nisyana Abdul said...

Verily with every difficulty there's relief kak zaza :)
insyaAllah...

love and hugs all the way from cardiff...

Anonymous said...

jazakillah kak..memang rasa nak lari bila ada masalah..tapi nak lari ke mana? nak lari ke pelukan mak ayah mcm kita masa kecil? atau nak lari kepada kwn2? hmm..semuanya tu hanya mampu meringankan sahaja beban, tapi tak sepenuhnya. yang paling betul2 melegakan ialah lari kedalam pelukan rahmat allah.