Bismillah..
“Akak, macam mane nak jadi lebih muslimah yer? Ni soklan betul2 nie..”
Aku tersenyum. Kata-kata yang aku kira agak lucu. Tapi aku tahu kata-kata itu lahir daripada hati yang suci dan ikhlas. Di tundukkan segala ego dan segan silu demi bertanyakan soalan itu. Terjelma daripada jiwa yang hanya mengharapkan redha Ilahi, bukan redha manusia. Yang pasti aku bukanlah org yang terbaik utk menjawab pertanyaan adik ku sorang ni tapi aku cuba apa yang termampu. Dalam benak ku mula berfikir. Macam mane nak mulakan nie? Hmm..
“Hihi. Ok, ape definition muslimah pada awk?” Sambung dia lagi,
“Macam2, tapi firstly dari sudut pakaian. Saya cam nak je lagi lawa2 dan matching2..”
“Heyyyy..Matching penting ok!” Mmg pantang sungguh kalau aku lihat muslimah yang kurang mengambil kira isu penampilan. Lagi2 bab matching tudung dan baju nie or baju gosok ke tak.
“Hehehe..Mmg ah…Tapi nak gak pakai tudung yang labuh skit. Tapi tak pakai pon..”
SubhanAllah, mulianya hati kecil itu. Terus aku bertanya lagi, “Nape tak pakai?”
Dengan hati yang jujur lantas dia menjawab, “Tatau ah.. Penah tak ade mentality ‘cam baik sgt’ or ‘ayu sangat’? Tapi tgk org lain ok je. Kite sendiri tue ah..”
Aku tersenyum lagi.
“Hmm bagus pon adik akak nie. Dah ada jawapan utk diri sendiri. Hehehe”
Wahai muslimah sekalian, adalah fitrah untuk kita mempunyai perasaan-perasaan sebegitu. Memang Allah sudah ciptakan kita sedemikian. Wanita itu cantik dan sukakan kecantikan. Wanitakan perhiasan dunia. Tapi jangan kita lupa. Wanita boleh juga menjadi fitnah dan menjadi golongan yang dapat mengheret kaum Adam ke neraka Jahannam. Na’uzubillah..
Hati yang beriman dan sarat dengan taqwa sangat sensitif dengan perkara ini. Dia tahu dialah pertama2 yang harus menghindarkan diri daripada menjadi penyebab orang lain mendapat dosa. Daripada nak tunggu kaum Adam menundukkan pandangan dan mengawal nafsu mereka, muslimah solehah yang pertama-tama akan pastikan dirinya tidak terlalu menarik perhatian, bersederhana, melabuhkan tudung dan pakaiannya.
Dalam hendak berubah kepada yang lebih baik, kita mesti tahu kenapa kita nak jadi baik. Pastikan kita buat kerana nak please Allah SWT. Nak tutup aurat sebab Allah suruh dan Allah suka, bukan sebab kita rasa nampak cantik kalau bertudung labuh ataupun kita terikut-ikut orang lain. Kalau kita pernah ada niat sebegitu takpe. Kita tak pernah terlambat untuk memperbaharui niat kita kan?
Memang akan ada banyak cabaran dalam kita nak berubah dan membuang jahiliyah dalam diri kita. Cabaran terbesar akan datang daripada diri kita sendiri. Di sinilah kita harus bermujahadah melawan nafsu dan keinginan diri sendiri. Kita akan dapati apa yang kita nak buat ini bukan hanya bertentangan dengan apa yang kita dah biasa dan suka lakukan, tetapi juga bertentangan dengan pendapat masyarakat yang dianggap ‘normal’. Semua orang akan rasa kita ‘pelik’ dan ‘tak normal’, hatta keluarga kita sendiri dan teman-teman rapat. Tapi kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka semua adalah mangsa keadaan. Huhu. InsyaAllah, suatu masa nanti mereka juga akan fahami Islam sebagaimana yang kita faham sekarang.
Sentiasa berdoa supaya Allah bagi kekuatan untuk kita menjadi lebih baik. Kebatilan kini sedang ‘menang’ sebab itulah sangat susah untuk kita melakukan perkara-perkara yang haq. Sangat pelik dan tidak boleh di terima akal kalau kita lakukan apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Dia larang. Orang selalu akan mempersoalkan setiap tingkah laku kita walaupun mereka sedar perkara itu betul.
Buat adik, bersedialah mentally dan emotionally kalau betul-betul bertekad hendak berubah ya? Memang perkara biasa kalau-kalau ada orang panggil kita ‘ustazah’, 'alim kucing' atau apa sahaja. Tak mengapa, bukankah itu satu doa? *wink wink* Kita kena betul-betul bersabar. Sentiasa doakan orang yang mengata kita itu agar Allah bukakan hati-hati mereka. Teringat suatu ketika dahulu ada seorang hamba Allah cakap tudung ku seperti sapra. Tahu tak sapra itu apa? Macam kain alas yang orang gunakan utk picnic tu! Hati mana tak terguris dengan kata-kata itu tapi aku pasti dia tidak bermaksud sedemikian. Ya Allah, Kau ampunilah dosa hambaMu itu dan berikannya kefahaman ttg Islam dan Iman sebenar. Tolong doakan untuk hamba Allah itu ya?
Yang paling penting, bukanlah pengiktirafan manusia yg kita kejar. Mungkin di mata manusia kita tampak tak menarik atau 'kuno' atau tak fashionable, tapi kalau dengan pakaian taqwa begini Allah lebih sayang dan redha akan kita, what more can we ask for? Allah tidak melihat pada luaran dan kecantikan kita apatah lagi menarik atau tidak kita pada pandangan manusia. Yang Dia akan nilai adalah ketaqwaan kita kan?
Yakinlah, kalau kita hendak berubah, menjadi lebih baik, berhijrah dari kegelapan menuju cahaya hidayah hanya kerana Allah SWT semata, Dia pasti akan tolong. Kita minta daripadaNya agar diberikan kekuatan.
Mintalah kekuatan daripada sumber kekuatan...
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya)kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Sunday, 4 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment