Tuesday, 20 January 2009

Nak sedekah?

Bismillah..

Lagi 9 hari lagi sebelum duit scholarship masuk. Angka-angka di congak sahaja dalam kepala sambil duduk di Auditorium menunggu lecturer sampai. Macam mana ya? Apa lagi yang tinggal? Baju pun tiada yang baru. Tak ingat pun bila kali terakhir pergi membeli-belah. Haa, i know!

Terus berkobar-kobar dalam lecture sebab tak sabar nak tunggu habis. Laju terus keluar dari Auditorium menuju ke tempat itu yang hanya 10 minit jalan dari tempat kuliah lantas slide terakhir di matikan. Waktu itu sudah gelap dan sejuk sangat apabila angin bertiup kencang. Langkah dilajukan kerana takut tidak sempat untuk solat Maghrib. Haa sampai pun! 'Welcome to Scottish National Blood Transfusion Service'. Aku tersenyum melihat papan tanda itu. Alhamdulillah, walaupun tak dapat nak berikan pinjaman pada Allah dengan wang atau lain-lain benda, Allah masih lagi mengurniakan aku dengan darah-darah yang aku dapat kongsikan dengan orang-orang yang memerlukan. Tak sabar rasanya.

Open session
bermula pukul 4-7.30. Pada waktu tersebut sesiapa boleh datang menderma darah tanpa perlu buat temu janji terlebih dahulu. 10 minit sebelum pukul 4, kelihatan ramai warga Scottish sudah menunggu di lounge. Penuh bilik itu sehingga tiada lagi tempat duduk kosong. SubhanAllah, ramai manusia berkesedaran. Alhamdulillah.

Selepas mendaftar, borang yang penuh dengan soalan-soalan mengenai kesihatan harus di isi. Tidak cukup dengan itu, satu sesi soal jawab juga diadakan. Sangat ketat procedure di sini berbanding di Malaysia untuk tujuan quality control. Baru kini aku merasai kepentingannya selepas Haemotology Lectures untuk 2 minggu ini.

Lepas itu Haemoglobin test. Alhamdulillah, lepas test itu. Pernah sekali di reject sebab Haemoglobin level tak lepas. Hati semakin berdebar-debar sebab tak sabar. Ada satu perangai pelik ku. Aku suka rasa bila menerima suntikan atau ambil darah atau apa-apa berkaitan dengan jarum. Pelikkan??

"Hello there. Which hand would you prefer for the blood to be taken from?" tanya nurse di situ.

"I'm right-handed but I don't really mind actually."

"Okie dokie. Please have a seat over there and Sandy will be with you in a minute."

"Ta."

Dengan gembiranya aku duduk di kerusi besar itu. Kalau di Malaysia mereka selalu gunakan katil seingat aku. Menanti dengan penuh excited dan muka yang tak sabar. Hanya beberapa phlebotomist(tukang ambil darah) yang bertugas jadi penderma darah harus menunggu giliran masing-masing. Dari jauh ada seorang phlebotomist memandang ke arah ku beberapa kali. Tak tahu kenapa. Dia lihat sekali lagi. Aku buat muka blur2sahaja.

Dia terus datang ke arahku dan berhenti. Mukanya teragak-agak ingin mengatakan sesuatu.

Lalu dia menghampiri ku.

"Would you mind dear if we ask you to weigh for us or do you know what is your weight?"

Huh? Apa punya soalan daa..

"I'm 50 kg."

"Are you sure?"

"Yeah, 50 atleast or maybe 51."

"I'm going to look for the weighing scale just now, can you hold on a second?"

"Yeah sure."

Hmm..Apa pulak nie...

"Haiya, can you please stand on the scale for me please."

Hati berbisik, Bismillah. Ya Allah, please mudahkan....

Oh no!!

"I'm sorry dear. I'm afraid we can't let you donate your blood."

Huhu..I swear I thought I'm 50 atleast. But that was 6 months ago, perhaps? Ingatkan kalau 48 atau 49 kg masih boleh nak pujuk mereka untuk teruskan jugak. Tapi malangnya, 45 kg aje..I've lost 5 kg? Wow, instant noodles does work effectively.

Dengan perasaan penuh hampa dan langkah yang berat, aku keluar daripada bangunan itu. Sedih. Terasa seperti sahabat-sahabat yang tak dapat mengikuti Rasulullah ke medan perang kerana tiada pengangkutan dan tiada harta pada mereka.

'dan tidak ada (pula dosa) atas orang-orang yang datang kepadamu (Muhammad), agar engkau memberi kenderaan kepada mereka, lalu engkau berkata, "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu, " lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran airmata kerana sedih, disebabkan mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka infakkan (untuk ikut berperang)'. (At-Taubah:92)

Hmm apa lagi boleh sedekah ni? Duit?Hmm..Baju-baju? Tak ada lebihan. Infak masa dan tenaga pun macam tak mampu sebab busy. Hmm senyuman?

Pasrah... T_T

------------------------------------------------------------------------

Sedang cari-cari bahan untuk liqa' tarbawi alam maya esok, Allah jumpakan dengan hadith ini,

عن أَبِي ذَرّ قالَ قالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: تَبَسّمُكَ في وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَأَمْرُكَ بِالمَعْروفِ ونهيُكَ عن المُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وإِرْشَادُكَ الرّجُلَ في أَرْضِ الضّلاَلِ لَكَ صَدَقَةٌ، وبَصَرُكَ لِلرّجُلِ الرّدِيءِ البَصَرِ لَكَ صَدَقَةٌ، وإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ والشّوْكَ والعَظْمَ عن الطّرِيقِ لَكَ صَدَقَةٌ، وإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ في دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَة. (رواه البخاري والترمذي)

Dari Abu Dzar r.a. ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu, perintahmu mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sedekah bagimu, kamu menunjuki orang yang tersesat juga merupakan sedekah bagimu, membantu orang yang kurang penglihatannya juga merupakan sedekah bagimu, menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan juga merupakan sedekah bagimu, kamu menuangkan air dari timbamu ke timba saudaramu juga merupakan sedekah bagimu.” (H.R. Bukhari dan Tirmidzi)

Allah itu sangat pemurah dan sweet kan??

*happy again* ^_^

Thank you Allah..

2 comments:

majdina said...

makan dengan sihat please,.... instant noodle??. Dr kan kena promote healthy eating.

nida' ul-iman said...

huhu..

I'll try...

Thank u Dr. Majdina..

Ingat tak mase kite sakit dulu awk ngan yana jage?huhu

Sweet horror..

May Allah bless u always always~