Thursday, 15 January 2009

sibuk Palestin, kita pula?

Dipetik dari http://muharikah.wordpress.com/


dalam kite berarak
bersorak
berdemo
mengeluarkan amarah
menghentam israel durjana,

pernahkah kita berfikir
bahawa kita juga perlu lakukan sesuatu

bukan untuk mereka

tetapi untuk diri kita..

bagaimana hubungan kita dengan Allah..
bagaimanakah kesediaan kita untuk berjihad.
bagaimanakah kita telah berubah setelah berlakunya kisah palestin ini..

kita cuma sedar bahawa kita perlu boikot…
tapi kita kurang sedar kita perlu juga keluar dari dunia hedonisme kita..

dalam kita sibuk bersorak mempertahankan Palestin,
terlalu ramai lagi yang tak solat,
yang masih berdangdut berdisko,
yang masih dalam kealpaan yang nyata..

dalam kita menyeru kesedaran akan isu Palestin
jangan kita lupakan jiwa-jiwa manusia yang perlu kita hidupkan
perlu kita sedarkan
perlu kita persiapkan..

barangkali bumi kita akan menjadi seperti Palestin
(memandangkan base tentera israel ada di Singapura)

Dan bila keadaan itu berlaku…
sudahkah kita bersedia?

Mengangkat senjata dan akhirnya berani mati memperjuangkan kalimah Allah.

Sedangkan kita asyik menyalahkan bangsa Arab kerana tidak membantu Palestin,
sedangkan sudahkah kita bersedia, bila keadaan yang sama
(JIKA) berlaku di daerah nusantara ini,
adakah kita menjadi saff pertama mujahid membantu mereka?

Isu palestin bukanlah semata-mata isu simpati dan semangat.
Ia adalah isu diri kita, dan sepatutnya memutik daerah sedar dalam hati kita,

Adakah kita hamba Allah yang mendapat hidayah dan kesedaran setelah isu palestin ini?

No comments: