Wednesday, 11 February 2009

Thank You Allah

Bismillah..

Maaf. Lama sangat tak update blog. Bukan ketandusan idea atau tak tahu nak tulis apa. Mana mungkin kalimah2 Allah dan kata-kata taujih kering bukan? Rasanya seperti nak kongsi semua benda yang di laluiku. Hanya kesibukan dan ditambah dgn sikap burukku yang selalu merencatkan usaha. Suka benar bertangguh-tangguh. Old habit yang membunuhku! Huhu.

Banyak perkara yang di lalui,

5 Februari lepas, genap 10 tahun ayahku kembali ke Rahmatullah. Itulah jangka masa adk kecil ku mengenali sang ayah. Aku ingat lagi pagi Jumaat sebelum ayah dikebumikan. Pagi itu, dia sedih dan menangis melihat ayah terbujur kaku di hospital. Selepas melihat ramai saudara mara yang hadir, terus dilupakan kesedihannya dan mereka beramai-ramai bermain bola. Pilu hati melihatnya. Barangkali dia belum benar-benar paham lagi apa yang berlaku pada waktu itu. Aku lebih beruntung kerana di izinkanNya untuk bersama ayah lebih 3 tahun daripadanya.

Bila dipikirkan, sudah tentu banyak pengorbanan, kasih-sayang dan keselesaan yang ayah sudah lakukan padaku dalam tempoh 10 tahun tapi apakah yang telah aku lakukan sejak dia pergi? Ya Allah.Hanya Kau yang mengetahui.....Walaupun ku mengenali mu walau sekejap cuma, aku akan usahakan agar kita dapat bersama selamanya di sana ya ayah? InsyaAllah.

Thank You Allah.

Hujung minggu lepas, Allah izinkan ku mengikuti sesi bersama sang murabbi. Syukur ya Allah. Walaupun banyak onak dan duri yang terpaksa di tempuhi, tapi Dia hadiahkan benda yang setimpal dengan ujian yang diberi. Untuk mendapat benda yang besar, cabarannya juga besar.

Thank You Allah.

Malam itu tak tahu mcm mane, tapi Dia jumpakan sesuatu yang membuatku menitiskan air mata. Air mata kesyukuran. Gembira yang tak terhingga. Tiada apa yang lebih mengembirakan dan nikmat daripada melihat cahaya kefahaman ttg Allah dan Islam pada wajah2 suci itu. Lebih menyejukkan hati pabila membaca tulisan2 yang lahir daripada hati yang tulus ikhlas. Baru aku paham kata2 yg sering ku dengar dan ingatkan pada orang lain,

"Kalau menulis dan bercakap dengan hati, InsyaAllah, akan masuk ke dalam hati juga"

SubhanAllah..Memang benar kata2Nya. Petunjuk dan hidayah itu hanya milikNya. Dia akan berikan pada sesiapa yang Dia kehendaki. Kadang2 kita tak tahu pada siapa Dia akan berikan. Kita cuma perlu berusaha sahaja. Untuk menjadi penyampai pada hidayah itu. Berdoalah agar Allah bagi peluang untuk kita menjadi penyampai itu.

Kita tengah jalan-jalan pulang dari sekolah. Dalam perjalanan kita, tiba-tiba ternampak ada satu rumah ini gelap sangat. Tapi kita tahu ada orang dalam rumah itu. Hmm mungkin tak ada lampu kot. Ternampak pula tingkap rumah yang tak di buka. Owh, patut la. Mungkin mereka tak sedar pon ada tingkap itu. Kesian mereka. Mesti sesak dan kepam keadaan dalam rumah itu. Jom kita tolong buka kan tingkap-tingkap itu!

Peringatan buat diri yang kadang-kadang lupa,

Hidayah Allah ibarat cahaya. Cahaya tak dapat memasuki rumah yang tidak di buka jendelanya.

Thank You Allah.

SubhanAllah..

Aku kagum dengan semangatnya. Dua buku yang ku pinjamkan untuk hujung minggu di Dublin, terus dia habiskan malam Ahad. Huhu. Kenapa aku malas dan susah sgt nak membaca? =(

Takpela k? Awak baca dan akak tulis utk sharing. Huhu.

Buku itu bertajuk "The journey to Allah". Penulisnya Ibn Rajab Al-Hanbali. Buku itu hanya berkisar tentang hadisRasulullah,

Narrated Abu Huraira:

Allah's Apostle said, "The deeds of anyone of you will not save you (from the (Hell) Fire)." They said, "Even you (will not be saved by your deeds), O Allah's Apostle?" He said, "No, even I (will not be saved) unless and until Allah bestows His Mercy on me. Therefore, do good deeds properly, sincerely and moderately, and worship Allah in the forenoon and in the afternoon and during a part of the night, and always adopt a middle, moderate, regular course whereby you will reach your target (Paradise)."

Di dalam satu lagi hadis,

Muslim :: Book 39 : Hadith 6769
Jabir reported: I heard Allah's Apoetle (may peace be upon him) as saying: None of you would get into Paradise because of his good deeds alone, and he would not be rescued from Fire, not even I, but because of the Mercy of Allah.
(Muslim: Book 39 : Hadith 6769)

"Lepas saya baca buku nie kan, baru saya paham dan nampak kenapa dalam usrah dan program2 sering di tekankan tentang redha Allah kak..."

Ya dik, itulah matlamat utama kita. Redha dan keberkatan Allah SWT. Tak kisah la sehebat mana pun amalan, pengorbanan, ilmu dan kebaikan kita, hanya redha dan rahmat Allah dapat menjamin kita merasai syurgaNya dan bertemu denganNya kelak. Hatta hamba Allah yang terhebat pun perlukan rahmat Allah, inikan pula kita hambaNya yang kerdil. Biarlah amalan itu kecil dan nampak kerdil di mata manusia tapi kalau ianya dilakukan terus menerus dan istiqamah itulah yang lebih dicintaiNya.

Dalam buku itu lagi menyatakan 3 waktu yang paling dekat dengan redha Allah iaitu;

1- Selepas waktu Subuh
2- Selepas waktu Asar sehingga terbenam matahari
3- Pada akhir malam sebelum waktu Subuh

Jazakillahu khayr for the sharing.

Jangan berhenti mengingatkan manusia kepada Allah dan Islam. Hiduplah pada memberi, iA akan lebih bererti dan diberkati.

Sayyid Qutb mengatakan ” Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup seperti orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain, akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar”.

No comments: