Sunday 15 February 2009

Satu Aqidah

Sudah banyak kali kami hanya berselisih di perpustakaan. Hari ini entah mengapa dia menegurku. Dia menanyakan dari mana asalku. Katanya dia berasal dari Arab Saudi.

Kami duduk sebaris di tingkat atas kerana itu sahaja tempat yang mempunyai soket untuk laptop. Dari tengah hari sampai Maghrib, kami sibuk dengan kerja masing-masing. Alhamdulillah, hari ini kak wanis dan kak zarina hantarkan lauk nasi tomato lauk sambal udang kepadaku kerana tak sempat nak pergi ke rumah mereka untuk house warming. Alhamdulillah, rezeki ku malam ini.

Sekembali ke tempat duduk ku, pemuda Arab Saudi itu bertanya lagi,

"What’s your name?"

Aikk. Kenapa tetiba pulak ni?

"Hmm.. Zaza."

"Do you need any help?"

"Sorry?"

"Are you in need of any help? I can help you."

"Err. No, I’m alright."

Aku menjawab sambil buat muka pelik dan tertanya-tanya. Mungkin kerana dahi ku yang berkerut seribu menyebabkan dia meneruskan lagi.

"Is that Quran?"

Sambil menunjukkan pada Quran zip coklatku di atas meja.



"Yes."

"Ok. I’m married. I have my wife over here as well. If you need help or anything,, just tell us. We can help you."

"Owh sure. Thank you so much. Jazakallahu khayr."

SubhanAllah!

Hanya dengan satu aqidah dan keyakinan, umat Islam itu bersaudara! Tak kira siapa pun hamba Allah itu ternyata hubungan aqidah itu lebih kukuh daripada hubungan darah dan keterikatan pada tanah. Tak kira dari mana, warna kulit apa, bahasa apa yang ditutur. Teruntuhlah segala pagar2 dan tembok2 yang di bina untuk memisahkan jasad di antara umat Islam. Sedarlah, jiwa2 yang hanya tunduk pada kalimah tauhid sentiasa bersatu dan saling melengkapi walau bagaimanapun musuh Allah cuba untuk memisahkannya!

'Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.'
(Al-Hujurat:13)

2 comments:

Liyana said...

saya tersentuh baca entri kali ini. serius.

imaaaanj said...

comel nye cite akak (^^)

miss u lots sis