Friday, 20 February 2009

Warkah buat The Kilts ;)

Salam..

Ya, saat inilah tiba waktunya. Setelah segala tenaga dan masa dikerahkan untuk latihan2 nasyid, sampai juga waktu di mana antunna (korang utk perempuan) akan menghadapi pertandingan ini.

Tapi....

Jangan pernah lupa. Apa misi utama antunna ke sana? Atas tujuan dakwah bukan? Antunna bukan lagi ke sana kerana suka-suki untuk berhibur secara Islami sahaja atau masuk bertanding semata-mata. Ingat bukan?

"aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada
mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. .."

(petikan Muqadimmah Zilal Quran)

Ya, bukanlah semata-mata kemenangan yang di buru. Minat dan impian kita bukan lagi impian dan kesukaan kanak-kanak. Tujuan dan impian kita lebih besar dan hebat daripada itu. Mulakan langkah dgn amanah dan qudwah (cth teladan). Tujuan kita adalah syahadatul haq.

Kalau tujuan ini sentiasa bermain di minda kita, iAllah, segala kata2, tingkah laku, pemakaian, cara kita bergaul, bergurau senda dan mimik muka antunna akan terjurus kepada Allah dan Islam. Setiap lirik nasyid nyanyian antunna akan meninggalkan bekas2 di hati pendengar. Nasyid2 antunna dapat membangkitkan keimanan dan semangat mereka.

Kalau kehendak yg membuak ini sentiasa tersemat di hati kita, dengan izinNya, keikhlasan dan cahaya Islam itu akan terpancar keluar drpd jasad kita dan menyelimuti jiwa2 manusia lain, walaupun kita rasa kita masih lemah dan tak mampu.

"syahadah dlm bentuk perbuatan bermaksud kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita yakini dan kita laungkan.... Apa yang dpt menarik manusia supaya menerima Islam dan dakwah ini ialah apabila mereka dapat merasakan melalui pergaulan mereka dengan kita, suatu nilai akhlak dan amanah yang disemai oleh iman di dalam hati pemiliknya"
(petikan SH oleh Al-Maududi)

Ya, nilai iman itu ada dalam diri antunna kini. Yakinlah. Sampaikan melalui kata-kata ataupun melalui perbuatan apa yang antunna dapat sewaktu SH dan bhn2 usrah.
Beramallah dgn apa yang telah dipelajari dan alirkan pd manusia lain agar mereka juga dpt merasai kemanisan iman dan Islam itu. Bergaullah dgn mereka. Sentiasa gunakan ruang yang ada untuk ingatkan mereka pd Allah SWT dan Islam.

Apabila jumpa kakak2, ambil peluang utk ceduk ilmu2 daripada mrk. Pada kawan-kawan antunna yang tak pernah lagi dengar pengisian yang antunna pernah lalui, kongsikan bersama. Sedarkan manusia tentang tujuan hidup dan apa peranan kita. Menyeru manusia kepada Allah adalah seni. Ia tak rigid dan bukan hanya boleh dilakukan dalam usrah atau majlis2 formal.

Biarlah setiap langkah dan ketika kita di sana diiringi redha dan berkatNya. Dan kalau antunna pulang tanpa membawa kemenangan, yakinlah ada hadiah yang lebih besar menanti jika tujuan dan niat antunna ke sana kerana Allah dan agamaNya....

Hanya ada 2 jalan akhir untuk seorang mukmin, Menang atau Syahid.

Doa banyak2 pada Allah, itulah senjata kita. Jangan lupakan amalan harian, zikir, bacaan Quran dan solat sunat antunna.

Doa dari jiwa kerdil ini buat antunna agar pulang dgn kemenangan dan lebih2 lagi redha dan rahmatNya~

Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yg mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dgn yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk org2 Musyrik" (Yusuf:108)

No comments: