Sunday 11 January 2009

Tolong bagi jawapan..

Perbualan semalam memang mendatangkan kesan di hati lemah ini.

Aku jadi keliru.

Kita sedih melihat penderitaan saudara-saudara di Palestin. Berkobar-kobar melaungkan ketidakpuasan hati. Menyertai demo, memboikot dan berpayah menyebarkan Islam.

Tapi aku keliru.

Bagaimana manusia masih boleh lagi hidup begini dengan perasaan buruk sangka, dendam, dengki, marah dan perasaan-perasaan 'busuk' yang lain sesama sahabat handai dan orang disekeliling mereka? Tidakkah mereka rasa seperti 'hipokrit'? Kita berasa belas dan pilu melihat mereka di Palestin, tapi keadaan kita sendiri di sini? Hati kita sedikit pun tidak sensitif kepada perasaan orang lain.

Wajarkah??

Kemenangan itu akan datang kalau kita umat Islam masih lagi seperti ini? Umat Islam saling mengutuk dan berebutkan sesuatu. Tak kisah la apa. Kuasa, menang undi, berebut mad'u dan apa-apa sahaja yang menjadi keinginan mereka.

Apa yang lebih mengelirukan, is it justifiable to do all that untuk mencapai matlamat manusia yang lebih 'besar'? Masalahnya, perkara ini tetap akan berlaku tak kira mana pon yang kita ikut. Semuanya SAMA. Kerana itu aku bertambah keliru. Adakah perasaan aku sebenarnya yang salah?? Macam mana kita nak buat sesuatu yang 'betul' kalau di hati kita tahu benda itu Allah tak suka pun??

Kalau ada hujah2 atau dalil2 untuk ini, di harap dapat berkongsi dengan ku.

Kadang-kadang aku keliru. Adakah ini ujian untuk orang yang kononnya faham? Atau ini hanyalah bisikan-bisikan syaitan yang sangat suka bila keadaan jadi sebegini.

Mungkin orang lain boleh 'ignore' perasaan sebegini. Tapi aku tak mampu.

Maaf sekiranya tulisan ini ada mengguris hati sesiapa. I need to let this out. Kalau tak boleh meletup. Mungkin aku terlalu mengikut perasaan ataupun memang susah untuk manusia mengakui tindakan mereka salah?

Ahh, lagi keliru.

Perlu rasanya untuk berhenti berfikir di sini kerana akan mendatangkan prasangka pula. Maaf ya Allah, kalau ini hanya memanjangkan perbalahan dan tidak mendatangkan amal. But really need to be clear on this.

Hati tak tenang..

Ya Allah, berikanlah petunjuk.

7 comments:

melintangpatah said...

salam..

cube susun soalan elok2..

nk cube jwb..tapi serabut..

-emsy-

nida' ul-iman said...

wsalam wbt,

kepala serabut sbb tue soklan2 pon serabut..

sgt complicated dan itu jela ter elok yg dpt buat..

jawab jela mcm2 mane pon, boleh ke??

jzkk sbb nak tlg jawab..harap dpt membantu..

nida' ul-iman said...

tapi persoalan yg paling besar..

"Bagaimana manusia masih boleh lagi hidup begini dengan perasaan buruk sangka, dendam, dengki, marah dan perasaan-perasaan 'busuk' yang lain sesama sahabat handai dan orang disekeliling mereka? Tidakkah mereka rasa seperti 'hipokrit'? Kita berasa belas dan pilu melihat mereka di Palestin, tapi keadaan kita sendiri di sini?"

"Wajarkah??Kemenangan itu akan datang kalau kita umat Islam masih lagi seperti ini? Umat Islam saling mengutuk dan berebutkan sesuatu."

"Apa yang lebih mengelirukan, is it justifiable to do all that (ie mempunyai perasaan2 sebegitu)untuk mencapai matlamat kita yang lebih 'besar'?"

thanx again..

melintangpatah said...

Allah ajar kite jgn byk dzan(sangkaan) dlm surah hujurat..Nabi s.a.w ajar kite judge yg zahir je..and always judge ourself first.

menang tetap menang itu janji.cuma tukar watak.al-maidah:54..

konotasi "berebut sesuatu" kene tukar dgn fastabiqul khairats(berlumba ke arah kebaikan)..konotasi positif membawa pemikiran positif..ISHAB always positive..

harap mbantu..

p/s : soalan2 masih luas utk disimplify..

nida' ul-iman said...

Fastabiqul khairat walaupun dgn cara yg tak diajarkan oleh Islam?kutuk-mengutuk(terang2) dan berdengki?boleh tak kalau apply kan niat tak menghalalkan cara dlm hal ini?bagaimana dgn hadith 35??

Aasif..bukan nak panjangkan perbincangan tapi betul2 nak tahu..mungkin diri ini yg salah..

Allahualam..

melintangpatah said...

kutuk-mengutuk mmg xleh la..kt mane2 pun..tapi kite kene terima insan tetap insan.kate Nabi s.a.w."kullu bani adam khattauun.."..setiap anak adam buat salah..so bertasammuh(lapang dada) la..tgk 3:134..tapi kalau berlaku pertentangan idea dan pendapat..boleh je jadi kritikal..menulis dsbg yg kadang2 pedas dibaca..xde masalah..

-bajet baik.heheh-

melintangpatah said...

mcm mane nk tau org ber'dengki'?rase mcm termasuk dzan je..

-gataltangan-