Tuesday 27 January 2009

Syahadatul Haq

Bismillah

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

New spirit..new person..new ummah!

Dia izinkan mereka untuk mendapat ketukan daripada syahadatul haq. Turning pt kedua dalam hidup ku jua diperolehi selepas daripada itu. Ada yang gembira. Ada yang bersemangat. Ada yang sangat2 bersyukur kerana Allah memilihnya untuk mengetahui hakikat ini. Ya, pada aku mereka tampak yakin untuk telusuri jalan-jalan yang pernah dilalui para anbiya' dan sahabat suatu ketika dahulu. Mereka kini faham peranan khalifah di muka bumi itu seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30.

Tapi, ada juga yang takut. Rasa sangat terbeban dengan tanggungjawab yang sangat berat ini. Tanggungjawab untuk menyedarkan manusia tentang keindahan dan kehebatan Islam. Tanggungjawab untuk membawa kembali umat-umat Islam yang sudah lari jauh daripada jalan yang lurus.

Bukan kerana tak percaya dengan jalan ini. Bukan kerana tak yakin dengan janjiNya.

"Kalau boleh saya memang nak sangat bersama-sama untuk menyampaikan Islam kak, tapi..."

Kerana katanya dia tak layak. Banyak lagi karat-karat jahiliyyah yang dia rasa tak mampu untuk kikis dan tanggalkan. Imannya masih tak mantap. Rasa berat sangat. Takut pun ada. Tapi dia tahu ini jalan yang dia mahu lalui. Dia terus mengeluh sambil menceritakan jahiliyyah2 nya dahulu.

"How i wish i didn't do this. I wish i didn't do that...Kalau saya tak buat semua2 tue mesti senang aje sekarang nie kak. At first I was happy and ok. Tapi masa naik train tue, banyak sgt benda yang dipikirkan. Banyak doubt dan was-was. I know I shouldnt be thinking that way. Ni mesti syaitan nie..."


"Saya tak tahu saya boleh ke tak. Diri saya pun terumbang-ambing...."

Mereka sangat gembira dan bersyukur kerana dipilih olehNya di berikan kefahaman ini. Sungguh-sungguh mahu memberitahu manusia lain tentang kemanisan Iman dan Islam ini, tapi seperti ada sesuatu yang menghalang dan membantutkan langkah mereka....

Adik,

Memang tanggungjawab ini tak mudahkan. Kalau tak masakan Rasulullah pulang kepada Khadijah dalam keadaan seram dan menggeletar selepas menerima wahyu melalui Jibrail di gua Hira'? Dipeluknya erat-erat sehingga sesak nafas baginda. Cuba kita lihat firman Allah dalam surah Muzammil ayat 5;

"Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu"

Ya, inilah yang nak disampaikan kepada manusia. Ayat-ayat suci Allah. Al-Quran yang mana hancur luluhlah gunung-ganang apabila Allah berikan kalamNya padanya. Tapi hanya manusia yang mampu dan sanggup untuk terima tanggungjawab ini. Kalam Allah yang agung lagi berat tapi telah mengubah sahabat-sahabat menjadi umat yang terhebat!

Adik, takkan kita nak tunggu iman kita mantap baru kita nak seru manusia kepadaNya. Bilakah masanya? Apakah awak pasti waktu itu akan tiba? Sememangnya tak akan ada kerana iman manusia tak sempurna dan takkan sempurna. Iman yazid wa yankus (iman naik dan turun)

Ingat analogi monyet? Kalau tiada angin kencang yang meniup, masakan monyet nak berpaut erat pada pokok? Macam itu juga dengan iman kita. Kita akan berpegang teguh padanya apabila ia di uji. Bila kita tahu kita perlu menyedarkan manusia tentang Islam sebenar, kitalah pertama-pertama akan berusaha menanamkan iman yang mantap dalam jiwa kita. Agar kita dapat berpegang teguh padanya bila ujianNya datang.

Tipu kalau akak katakan dulu tiada perasaan takut dan rasa tak mampu. Walaupun kini, perasaan itu tetap ada. Musuh kita paling utama peka bukan? Melihat semangat dan kesedaran kita, terus dicucuk kan perasaan was-was dan ragu-ragu itu. Bisikan-bisikan bisa itu sedang bermaharaja lela dalam hati kita.

"Eleh kau pon tak settle lagi, nak ubah manusia lain konon. Sedar tak jahiliyyah kau tue bertepek lagi, macam mane nak berubah? Tak payah lah nak buang masa!"


Jangan pedulikan semua itu. Sedarlah, bisikan-bisikan ini boleh jadi daripada jin dan juga manusia.

"..yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia" (An-Nas:5-6)

Pastikan kita tetapkan matlamat dan lihat ke hadapan. Terus maju dan jangan undur ke belakang. Kalau terasa tak mampu dan teringin untuk berpatah balik, jeritlah. Panggil sesiapa sahaja! Cuba buka mata dan lihat sungguh-sungguh. Awak tidak keseorangan dalam perjalanan ini. Nampak tak? Banyak manusia lain yang juga sedang bersusah payah. Untuk terus istiqamah dan tetap di atas jalan lurus ini. Kita sama-sama akan pastikan semua akan bergerak maju ke hadapan dan tiada siapa yang tercicir.

Janganlah awak cakap tak layak adik. Kalaulah awak tahu zaman dulu akak macam mana.... Penuh kegelapan. Tak nampak cahaya langsung walaupun samar-samar. Tak sangka,walaupun sudah berada di lubuk yang paling dalam, Allah angkat juga keluarkan akak daripada tempat busuk itu.

Jalan menuju Allah ini sangat sukar dan payah. Kita takkan mampu membawa sekali beban-beban dosa yang ada jika kita mahu terus laju dan pacu di atas jalan Allah ini. Kita tiada pilihan. Kita kena cuba tinggalkan jahiliyyah2 itu ya? Jangan bimbang. Kerana rahmat Allah dan tanggungjawab yang berat ini, banyak manusia telah berjaya mengikis karat-karat itu. Kalau tak banyak, sikit. Dan benda ini tak terjadi dalam masa 2-3 bulan. Bahkan bertahun. Jadi, tolong jangan putus asa ya? Allah akan tolong. Tapi ia memerlukan pergorbanan dan mujadah yang tinggi.

Berbahagialah adik, walaupun awak rasa awk tak layak, tapi Allah tetap memilih awk. Sebab Dia tahu apa yang kita tak tahu. Syukur, Alhamdulillah. Dia pilih kita utk diberi hidayah itu dan bukan orang lain. Walaupun akak kesal masa silam akak sarat dengan dosa dan maksiat, tapi Alhamdulillah, kini akak kenal mana yang putih dan mana yang hitam. Akak telah merasai keduanya dan kini akak pasti dan benci untuk kembali kepada masa silam yang busuk itu. Kita takkan rasa nikmat makan kalau kita tak lapar. Dan kita takkan rasa nikmat cahaya kalau kita tak pernah berada dalam kegelapan. Kita takkan merasa dan menghargai nikmat Islam dan Iman kalau kita tak pernah merasai kegelapan dan kejijikan jahiliyyah yang menghimpit dan mencengkam.

Kita ada tanggungjawab untuk tunaikan amanah ini. Itulah cara kita untuk bersyukur kepadaNya setelah Dia berikan kita hidayah ini. Kita kena buat apa termampu. Moga dengan rahmat Allah dan usaha kecil kita dalam nak sebarkan Islam dan kefahaman ini, Allah akan hapuskan dosa-dosa kita yang lalu dan gantikan dengan redha dan pahalaNya.

Semoga dengan semangat dan tanggungjawab ini akan menolak awak untuk lebih berusaha meningkatkan iman dan amal. Bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik dalam apa sahaja yang ingin dilakukan. Ingat ciri2 syabab? Bukan semangat semata tapi juga keimanan yang mantap yang lahir daripada kefahaman. Dekatkan diri dengan Allah. Hanya Allah dapat tolong kita. Cari ilmu untuk kenal Allah lebih dekat, amalkannya dan sampaikan pada manusia lain. Kita usaha sama-sama ya?

Dengan izin Allah....

Monday 26 January 2009

Maaf..

Bismillah,

This doesn't feel right.Rasa serabut sangat.I know I'm not perfect.And I've done so many wrong things.

Banyak hak-hak yang tak tertunai.Banyak jiwa-jiwa yang terabai.Banyak hati yang terluka dalam sedar ataupun tidak.Banyak hati-hati yang tidak dapat disentuh atau tersentuh.

I'm so sorry for everyhting. To EVERYONE.

Maafkan kalau ada terguris hati, terkasar bahasa, tak tertunai janji, tak sempat nak luangkan lebih masa, termakan dan terminum. Apa-apa sahaja...

Mintak maaf sangat2...Aku hanya manusia biasa. Yang lemah dan tak mampu nak puaskan hati semua orang atau tunaikan segalanya.

Banyak sangat benda kena study. Dont know where to start and what to do.

Please please pray for me. Doa moga Allah mudahkan segalanya....

Jzkk

Sunday 25 January 2009

Syukur..

Bismillah.

Syukur Alhamdulillah.

Atas segalanya. Terlalu banyak nikmat yang Dia telah berikan. Rasa tak layak bila memikirkan ibadah kepadaNya, pinjaman & pengorbanan buat deenNya. Langsung sedikit pun tak setanding.

Astaghfirullah...Tapi hanya Kau tahu betapa aku sedang mencuba bukan?

"Allahumma a 'inni 'ala dzikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatika"

Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, dan mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki ibadatku kepadaMu. (HR Imam Ahmad)

Rasulullah SAW sangat sayang kepada Mu'az Bin Jabal dan doa ini baginda wasiatkan pada Mu'az. Baginda berpesan agar doa ini jangan sekali-kali ditinggalkan dan dibaca setiap selesai solat fardu.

Sang murabbi dah tiba. Insan yang banyak mendidik dan menzahirkan pada ku erti hidup untuk orang lain dan pengorbanan di jalan dakwah ini. Kerana hamba Allah ini aku yakin manusia mampu untuk tidak menjadi seperti manusia yang Allah sebutkan di dalam surah At-Taubah:24,

“Katakanlah: ‘Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”

Dulu aku sangat kagum dengannya. Tapi setelah berjaulah dan mengenali dengan lebih dekat, tidak lagi aku nampak kehebatan pada dirinya kerana kebesaran dan keagungan Allah telah mengaburi mata hatiku. Pada dia aku saksikan rahmat dan kasih sayangNya. DAn pasti dia bukanlah insan yang sempurna. Banyak kekurangan seperti manusia lain. Tapi mungkin percikan keikhlasan itu yang sentiasa mengobarkan semangat juang pada jiwaku dan banyak manusia lain.

Pesan Sang Murabbi,

"Jangan berhenti dalam buat kerja Islam. Biar mati antum dalam semangat utk syahid."

Thursday 22 January 2009

Tidak mudah? Penat?

Entri ini khas buatnya yang saya kasihi kerana Allah SWT. Walaupun lambat sgt reply awk nie, moga2 ia tetap bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

Sis,

Awak penat yer? (paham2)
Tak mudahkan? (paham2)
Sedihkan? (paham2)
Mmg nak lari sgt tapi percayalah tak akan jumpa tempat nak lari tue.(based on experience)

Awak, mungkin lari bukanlah jalan terbaik utk kita tapi Allah nak kita hadapi benda itu. Cthnya, awk tgh jalan. Pastu ada suatu hurdle. Awk boleh shj nak lalu around the hurdle tapi Allah taknak kita lalu jalan lain. Allah nak kita langkah jugak hurdle tue. Tak kisah la panjat ke lompat ke. Supaya next time bile awk tgh jalan2 lagi tiba2 ade satu lagi hurdle depan awk dan waktu tue mmg tak ada jalan lain dah, atleast you know how to handle that thing at that time kan?

Mintak sunguh2 padaNya. And i mean it. Selagi Dia tak bagi, maka tak sungguh2 lagi kot. Never give up sis.

Takpe, penat akan hilang kan? Tapi pastikah kita hidayah itu akan tunggu selepas kita melepaskan ia pergi?

You just need the strength to hold on to His rope when the ocean is rough. Sikiiitt je lagi k? Make sure you hold on tightly. He will never let His rope off so do not worry. We just need to play our part.

Saya tahu awk tak pernah lupa ayat Allah itu,

"Allah tidak membebani seorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (2:286)

Cuma kadang2 kita kena ada orang ingatkan balik.

Kita pon tahu jalan ke syurgaNya tak mudahkan? Kenalah bersusah dan berpenat sikit. Tapi kita yakin bukan dengan janjiNya setiap kesulitan ada bersamanya kesenangan?

Memanglah nak bina manusia dan membawa manusia itu tak mudah. Sedangkan nak bela anak kucing pun tak senang. Inikan pula nak bina manusia. Manusia yang jiwanya sentiasa ada tarik-menarik yang sangat hebat di antara al-hawa dan haq. Manusia yang ada seribu satu perangai. Tapi kita yakin hanya ada satu benda yang dapat memenangkan al-haq itu, iaitu Allah SWT, Islam dan Al-Quran.

Minta padaNya.

Rapatkan diri denganNya.

Pastikan Islam tertegak dalam diri kita.

Dan hidupkan jiwa kita dengan Al-Quran.

Dalam nak membina manusia, kita pertama-pertama harus lakukan semua itu. Benda itu yang paling susah tapi itulah formulanya.

You are not alone on this rough journey. Doakan saya jugak yer?

Moga awak menjumpai kembali semangat dan kekuatan hujung minggu nie. Dengan izinNya~

Tuesday 20 January 2009

Nak sedekah?

Bismillah..

Lagi 9 hari lagi sebelum duit scholarship masuk. Angka-angka di congak sahaja dalam kepala sambil duduk di Auditorium menunggu lecturer sampai. Macam mana ya? Apa lagi yang tinggal? Baju pun tiada yang baru. Tak ingat pun bila kali terakhir pergi membeli-belah. Haa, i know!

Terus berkobar-kobar dalam lecture sebab tak sabar nak tunggu habis. Laju terus keluar dari Auditorium menuju ke tempat itu yang hanya 10 minit jalan dari tempat kuliah lantas slide terakhir di matikan. Waktu itu sudah gelap dan sejuk sangat apabila angin bertiup kencang. Langkah dilajukan kerana takut tidak sempat untuk solat Maghrib. Haa sampai pun! 'Welcome to Scottish National Blood Transfusion Service'. Aku tersenyum melihat papan tanda itu. Alhamdulillah, walaupun tak dapat nak berikan pinjaman pada Allah dengan wang atau lain-lain benda, Allah masih lagi mengurniakan aku dengan darah-darah yang aku dapat kongsikan dengan orang-orang yang memerlukan. Tak sabar rasanya.

Open session
bermula pukul 4-7.30. Pada waktu tersebut sesiapa boleh datang menderma darah tanpa perlu buat temu janji terlebih dahulu. 10 minit sebelum pukul 4, kelihatan ramai warga Scottish sudah menunggu di lounge. Penuh bilik itu sehingga tiada lagi tempat duduk kosong. SubhanAllah, ramai manusia berkesedaran. Alhamdulillah.

Selepas mendaftar, borang yang penuh dengan soalan-soalan mengenai kesihatan harus di isi. Tidak cukup dengan itu, satu sesi soal jawab juga diadakan. Sangat ketat procedure di sini berbanding di Malaysia untuk tujuan quality control. Baru kini aku merasai kepentingannya selepas Haemotology Lectures untuk 2 minggu ini.

Lepas itu Haemoglobin test. Alhamdulillah, lepas test itu. Pernah sekali di reject sebab Haemoglobin level tak lepas. Hati semakin berdebar-debar sebab tak sabar. Ada satu perangai pelik ku. Aku suka rasa bila menerima suntikan atau ambil darah atau apa-apa berkaitan dengan jarum. Pelikkan??

"Hello there. Which hand would you prefer for the blood to be taken from?" tanya nurse di situ.

"I'm right-handed but I don't really mind actually."

"Okie dokie. Please have a seat over there and Sandy will be with you in a minute."

"Ta."

Dengan gembiranya aku duduk di kerusi besar itu. Kalau di Malaysia mereka selalu gunakan katil seingat aku. Menanti dengan penuh excited dan muka yang tak sabar. Hanya beberapa phlebotomist(tukang ambil darah) yang bertugas jadi penderma darah harus menunggu giliran masing-masing. Dari jauh ada seorang phlebotomist memandang ke arah ku beberapa kali. Tak tahu kenapa. Dia lihat sekali lagi. Aku buat muka blur2sahaja.

Dia terus datang ke arahku dan berhenti. Mukanya teragak-agak ingin mengatakan sesuatu.

Lalu dia menghampiri ku.

"Would you mind dear if we ask you to weigh for us or do you know what is your weight?"

Huh? Apa punya soalan daa..

"I'm 50 kg."

"Are you sure?"

"Yeah, 50 atleast or maybe 51."

"I'm going to look for the weighing scale just now, can you hold on a second?"

"Yeah sure."

Hmm..Apa pulak nie...

"Haiya, can you please stand on the scale for me please."

Hati berbisik, Bismillah. Ya Allah, please mudahkan....

Oh no!!

"I'm sorry dear. I'm afraid we can't let you donate your blood."

Huhu..I swear I thought I'm 50 atleast. But that was 6 months ago, perhaps? Ingatkan kalau 48 atau 49 kg masih boleh nak pujuk mereka untuk teruskan jugak. Tapi malangnya, 45 kg aje..I've lost 5 kg? Wow, instant noodles does work effectively.

Dengan perasaan penuh hampa dan langkah yang berat, aku keluar daripada bangunan itu. Sedih. Terasa seperti sahabat-sahabat yang tak dapat mengikuti Rasulullah ke medan perang kerana tiada pengangkutan dan tiada harta pada mereka.

'dan tidak ada (pula dosa) atas orang-orang yang datang kepadamu (Muhammad), agar engkau memberi kenderaan kepada mereka, lalu engkau berkata, "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu, " lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran airmata kerana sedih, disebabkan mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka infakkan (untuk ikut berperang)'. (At-Taubah:92)

Hmm apa lagi boleh sedekah ni? Duit?Hmm..Baju-baju? Tak ada lebihan. Infak masa dan tenaga pun macam tak mampu sebab busy. Hmm senyuman?

Pasrah... T_T

------------------------------------------------------------------------

Sedang cari-cari bahan untuk liqa' tarbawi alam maya esok, Allah jumpakan dengan hadith ini,

عن أَبِي ذَرّ قالَ قالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: تَبَسّمُكَ في وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَأَمْرُكَ بِالمَعْروفِ ونهيُكَ عن المُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وإِرْشَادُكَ الرّجُلَ في أَرْضِ الضّلاَلِ لَكَ صَدَقَةٌ، وبَصَرُكَ لِلرّجُلِ الرّدِيءِ البَصَرِ لَكَ صَدَقَةٌ، وإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ والشّوْكَ والعَظْمَ عن الطّرِيقِ لَكَ صَدَقَةٌ، وإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ في دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَة. (رواه البخاري والترمذي)

Dari Abu Dzar r.a. ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu, perintahmu mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sedekah bagimu, kamu menunjuki orang yang tersesat juga merupakan sedekah bagimu, membantu orang yang kurang penglihatannya juga merupakan sedekah bagimu, menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan juga merupakan sedekah bagimu, kamu menuangkan air dari timbamu ke timba saudaramu juga merupakan sedekah bagimu.” (H.R. Bukhari dan Tirmidzi)

Allah itu sangat pemurah dan sweet kan??

*happy again* ^_^

Thank you Allah..

Monday 19 January 2009

Mujahidah..


Mujahidah tak kenal erti takut.
Mujahidah tahu perasaan takut hanya layak bagi Allah SWT.
Menjadikannya peka dan berhati-hati.
Hatinya sangat sensitif pada kebencian Ilahi.
Tak ingin sekali pun kalau dimurkai.


Mujahidah tak kenal erti sedih.
Tiada masa untuknya terus melayan perasaan.
Tumuhat yang hendak dicapai terlalu besar.
Mujahidah tidak pula lalai dan leka.
Dengan janji manis duniawi.
Dan tipu daya syaitan.



Mujahidah berjiwa kental.
Airmata mujahidah sangat mahal.
Tahanlah ia wahai mujahidah,
Jangan pernah manusia melihat airmata itu jatuh.
Kerana permata-permata itu
hanya untuk Allah Yang Maha Pemurah.


Mujahidah tak kenal erti umur.
Mujahidah tetap syabab selagi keyakinan yang mantap,
keikhlasan,
semangat berkobar-kobar,
dan kesanggupan untuk berkorban sentiasa mengalir,
di dalam jiwa mujahidah.

Sunday 18 January 2009

A story...

Source: http://www.maannews.net/en/index.php

Amira: Ma'an journalist finds young girl near death hiding from gunfire in his home
Date: 18 / 01 / 2009 Time: 14:52
تكبير الخط تصغير الخط
Amira and Emad
[Ma'anImages]
Gaza - Ma’an - For two days 15-year-old Amira’s wound bled without medical treatment. She fled her home, and the dead bodies of her father and two brothers, to an abandoned apartment. She only had a bucket of water, no blankets or first aid equipment for two days as she hid in the building.

It was the home of Ma’an journalist Emad Eid that she found. Emad had moved his family to a different, safer area of Gaza City. He returned to his home when Israeli tanks retreated from Tel Al-Hawa, to see what damage was done.

He found Amira bleeding in his empty home where he had left no food, water of bedding.



Below is a translation of Emad’s record of Amira’s ordeal.

Excuse me; I have no clue from where to start this story, so I will ask Amira: How did you protect yourself from the bombs? How did you handle the sounds of the tanks when you were by yourself, bleeding, hiding alone for two days?

I am afraid she will not be able to answer me though. I am afraid she has neither the strength nor the courage, though she had the courage to stay alive.

Maybe I can ask her if she remembers what happened to kill her family, or if she was too shocked or unconscious. She did, after all, only have five units of blood left when medics saw her.

No, I cannot ask her if she remembers how her father and two brothers died in front of her eyes; there is too much joy as she is held by her mother who did not expect to find even one of her family members living. I cannot ask of the dead while the living are celebrated.

The medics told me what it means for a small girl to have only five units of blood left. They told me that she was between living and dead. I want to ask Amira where she got her strength to live.

Amira, your 15 years are not enough for this courage; to face death, bombs and the rumble of tanks.

“Forgive me, I entered your house without your permission,” she said to me when I found her in on my mother's bed.

She was covered in blood and there were tear-stains on her cheeks. I didn’t know how Amira could find the words for an apology.

I left the area with my family. I did not want them to see the tanks drive past our house, or fear the barrels of their guns trained on the windows. But Amira saw.

Though when I found her she was sleeping, or rather hovering between life and death, as the medics said. She must have heard the clashes between the resistance fighters and the Israeli army troops.

“I don’t know how I entered to your house Uncle,” she said to me, a stranger, when I woke her. “They killed my father and brothers in front of my eyes, they shot a bomb at me and my leg was injured. I ran away from that place, but they shot another bomb that missed me, I found the door of your house open so I came in and stayed on the bed alone, listening to what was going on. I couldn’t scream or cry from my bleeding wounds because they would have heard me.”

She ran from her demolished home, she ran away seeking for the life that god gave her.

Her family thought she was killed with her father, Fathi Dawoud Alkaram, 42, and brothers Esmat, 12, and Ala, 11, who died when a bomb hit their home. They buried pieces of what they thought was Amira.

The day before we rushed Amira to Ash-Shifa Hospital, her mother buried Fathi, Esmat and Ala. She thought Amira was still beneath the rubble.

When she got word, Amira’s mother rushed to the hospital. She cried a great deal. Amira’s uncles praised god and thanked him for the miracle of her life.

Thursday 15 January 2009

biarlah gambar2 yg melakarkan cerita pilu itu..

sibuk Palestin, kita pula?

Dipetik dari http://muharikah.wordpress.com/


dalam kite berarak
bersorak
berdemo
mengeluarkan amarah
menghentam israel durjana,

pernahkah kita berfikir
bahawa kita juga perlu lakukan sesuatu

bukan untuk mereka

tetapi untuk diri kita..

bagaimana hubungan kita dengan Allah..
bagaimanakah kesediaan kita untuk berjihad.
bagaimanakah kita telah berubah setelah berlakunya kisah palestin ini..

kita cuma sedar bahawa kita perlu boikot…
tapi kita kurang sedar kita perlu juga keluar dari dunia hedonisme kita..

dalam kita sibuk bersorak mempertahankan Palestin,
terlalu ramai lagi yang tak solat,
yang masih berdangdut berdisko,
yang masih dalam kealpaan yang nyata..

dalam kita menyeru kesedaran akan isu Palestin
jangan kita lupakan jiwa-jiwa manusia yang perlu kita hidupkan
perlu kita sedarkan
perlu kita persiapkan..

barangkali bumi kita akan menjadi seperti Palestin
(memandangkan base tentera israel ada di Singapura)

Dan bila keadaan itu berlaku…
sudahkah kita bersedia?

Mengangkat senjata dan akhirnya berani mati memperjuangkan kalimah Allah.

Sedangkan kita asyik menyalahkan bangsa Arab kerana tidak membantu Palestin,
sedangkan sudahkah kita bersedia, bila keadaan yang sama
(JIKA) berlaku di daerah nusantara ini,
adakah kita menjadi saff pertama mujahid membantu mereka?

Isu palestin bukanlah semata-mata isu simpati dan semangat.
Ia adalah isu diri kita, dan sepatutnya memutik daerah sedar dalam hati kita,

Adakah kita hamba Allah yang mendapat hidayah dan kesedaran setelah isu palestin ini?

Wednesday 14 January 2009

Ketenangan..

Bismillah,

Kata-kata murabbi yang sentiasa tersemat dalam hati,

"Ketenangan manusia itu terletak pada 2 perkara. Tidak sedih hati dan tidak takut. Kenapa manusia nak sedih? Manusia sedih pada benda yang dah lepaslah kan? Kenapa manusia takut? Manusia takut pada benda yang akan datanglah kan? Jadi, kalau kita tak sedih dan tidak takut, kita akan tenang la dak?"

Hmm teori yang sangat-sangat cantik, tapi bila diri dah terpaksa berdepan dengan kesedihan dan ketakutan tu....Lupa semua benda yang diyakini..Huhu..

Alhamdulillah,

Tadi Allah bagi kesempatan untuk 'duduk sebentar dan beriman sejenak'. Walaupun secara alam maya, tapi ruh-ruh itu tetap dapat dirasai. Sangat manis. Terima kasih Allah.

Tadi dah jumpa salah satu formula mencari ketenangan yang jarang-jarang ku temui sejak akhir ini. Ntah la kenapa. Hati gelap dan dosa bertimbun mungkin... Astaghfirullah.

Hadith 21 dalam himpunan hadith Imam Nawawi;

Abu Amr, ada yang mengatakan Abu Amrah--Sufyan bin Abdillah Ast-Tsaqafi r.a berkata, "Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku suatu perkataan tentang Islam, yang tidak mungkin aku tanyakan kepada siapa pun selain kepadamu." Rasulullah SAW bersabda, "Katakan: 'Aku beriman kepada Allah', lalu istiqamahlah." (HR Muslim)

Bila kita sudah beriman, Rasulullah ajar untuk beristiqamah. Beriman dalam erti kata sebenar. Bukan sekadar mengaku di bibir "owh, aku dah beriman kepada Allah" tapi apabila keyakinan yang mantap di dalam hati bahawa Allah sahaja Rabb dan Ilah yang layak di sembah dan dipatuhi sehingga melahirkan amal. Ya, itulah iman.

Istiqamah pula? Tetap dan tak berganjak di atas paksi itu. Tetap dalam melakukan amal-amal dan ibadah kita sebagai manifestasi kepada kepatuhan kita pada Sang Pencipta. Tak kisah la walaupun sedikit amalan itu, tapi kita buat dengan istiqamah kan?

Ya, seperti orang-orang yang Allah sebut di dalam surah Fussilat ayat 30;

Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka(dengan berkata), "Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu." (Fussilat:30)

Mereka yakin, dan mereka istiqamah dengan pendirian mereka. Lalu Allah turunkan malaikat untuk mengingatkan mereka. Menambahkan lagi keyakinan pada diri mereka.

"Jangan takut. Jangan sedih. Allah dah janjikan kau syurga dan kau hanya perlu yakin dan bergembira dengan janji itu."

Nah, apakah ada lagi janji yang lebih hebat dan meyakinkan daripada itu untuk menghilangkan segala keraguan, ketakutan dan kesedihan di hati mereka?

Lalu ketenangan pun menyelubungi jiwa-jiwa yang suci dan sarat dengan taqwa dan kasih sayangNya...

Allah ada dan sangat dekat kan? You are definitely not alone...

Ya Rahman, pimpinilah hati ini yang sering sedih dan takut~

Tuesday 13 January 2009

Pernah rasa?

Pernah rasa?
Seperti burung dalam sangkar,
yang nak sangat mengepak sayap,
tapi tak dapat ke mana.

Pernah rasa?
Bagai ada satu beban yang berat dipundak,
nak dilepaskan, tak pula mahu turun.
Mau rasanya dihurung sekali untuk terus mara,
tapi diri tak mampu.

Pernah rasa?
Seperti dalam penjara,
terkurung di antara dinding lesu dan gerigi besi,
bumi yang luas dirasakan sempit dan menghimpit.

Pernah rasa?
Pabila berada di dalam bilik gelap,
satu cahaya pun tiada,
puas kita meraba-raba di dalam gelap pekat,
mencari-cari tempat berpauh,
takut kalau-kalau tersadung dan terjatuh.
Tapi tak jumpa-jumpa.
Dalam keseorangan dan ketakutan,
kita ternampak ada cahaya samar-samar.
Gembira sangat pada tika itu.
Segala kudrat digunakan untuk menuju cahaya itu.
Tapi malangnya,
kaki terikat,
pada bola besi yang berat.

Tapi lepas itu,
Pernah rasa?
Bila Allah tarik balik semua itu?

-------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Dia tolong. Satu-satu simpulan Dia leraikan.

Ampunkan hambaMu ya Allah.

Rupanya 'hambatan jahiliyyah' itu yang mencengkam jiwa.
Membiarkan diri terpenjara.
Memberatkan langkah.
Melambatkan hayunan.

Ya Mujib,
Bawa aku pergi jauh daripada jahiliyyah itu.
Jangan Kau kembalikan aku pada hambatan itu.

Biarkanlah sebentar aku begini,
agar aku tidak perlu lagi memalingkan wajahku,
kerana manakan mungkin aku sanggup menghadapMu,
ketika dosa-dosa itu menghantui dan memburuku.

Doakan....

Monday 12 January 2009

Pedih..

Bismillah..

Kadang-kadang ada perkara buat kita sedih sangat.
Kadang-kadang suatu ujian itu kita rasa tak dapat tanggung.
Rasa macam seluruh alam menghempap dada kita.
Pendek nafas kita.
Bagai ada sesuatu yang tersekat di kerongkong.
Nak menjerit tapi tak kedengaran.
Nak lari tapi ke mana?
Rasa nak bersembunyi pada tempat yang terjauh dan paling sunyi di atas muka bumi.

Rasa bagai nak pecah kepala kita.
Badan mula sakit-sakit dek memikirkan masalah kita.
Kesakitan itu rasa macam menghiris-hiris dan merobek hati.
Perit sangat.
Air mata hanya Allah tahu betapa banyak ia jatuh bercucuran.

Bila keadaan sebegini menimpa jangan kita pernah lupa.
Allah tahu, sedar, paham, merasai SETIAP apa yang kita rasa.
Allah sentiasa dengar jeritan hati itu.
Allah sentiasa sediakan tempat persembunyian paling terbaik untuk kita.
Iaitu dalam solat dan munajat kita.
Allah telah kira pun setitik demi setitik air mata itu.

Janganlah kita anggap Allah lupakan kita.
Membiarkan kita bersendiri menanggung luka yang dalam ini.
Tapi Dia sentiasa ada.
Sangat dekat.
Menunggu-nunggu kita.
Berdoa, merayu, menangis dan berharap padaNya.
Dan hanya padaNya.

Kita boleh sedih.
Kita boleh 'down'.
Tapi jangan biarkan terlau lama dan emosi memakan diri.
Kita tak punya masa.
Kita perlu maju dalam apa sahaja yang kita buat.
Manusia perlu dikembalikan pada Allah.
Ummah sedang meronta-ronta dahagakan Islam dan petunjuk.
Takkan kita mahu selamanya 'down' dan membiarkan semua itu tertangguh?
Kerja kita harus berjalan walau macam mana pun keadaan kita.
Dakwah kita harus mara agar kita sendiri tak ditinggalkan keretapi itu.

Ya Qayyum, kuatkanlah & tetapkan hati lemah ini.
Pajakkan kaki lemah ini di atas jalanMu.
Redha dan rahmatMu hanya diburu....

Sunday 11 January 2009

Tolong bagi jawapan..

Perbualan semalam memang mendatangkan kesan di hati lemah ini.

Aku jadi keliru.

Kita sedih melihat penderitaan saudara-saudara di Palestin. Berkobar-kobar melaungkan ketidakpuasan hati. Menyertai demo, memboikot dan berpayah menyebarkan Islam.

Tapi aku keliru.

Bagaimana manusia masih boleh lagi hidup begini dengan perasaan buruk sangka, dendam, dengki, marah dan perasaan-perasaan 'busuk' yang lain sesama sahabat handai dan orang disekeliling mereka? Tidakkah mereka rasa seperti 'hipokrit'? Kita berasa belas dan pilu melihat mereka di Palestin, tapi keadaan kita sendiri di sini? Hati kita sedikit pun tidak sensitif kepada perasaan orang lain.

Wajarkah??

Kemenangan itu akan datang kalau kita umat Islam masih lagi seperti ini? Umat Islam saling mengutuk dan berebutkan sesuatu. Tak kisah la apa. Kuasa, menang undi, berebut mad'u dan apa-apa sahaja yang menjadi keinginan mereka.

Apa yang lebih mengelirukan, is it justifiable to do all that untuk mencapai matlamat manusia yang lebih 'besar'? Masalahnya, perkara ini tetap akan berlaku tak kira mana pon yang kita ikut. Semuanya SAMA. Kerana itu aku bertambah keliru. Adakah perasaan aku sebenarnya yang salah?? Macam mana kita nak buat sesuatu yang 'betul' kalau di hati kita tahu benda itu Allah tak suka pun??

Kalau ada hujah2 atau dalil2 untuk ini, di harap dapat berkongsi dengan ku.

Kadang-kadang aku keliru. Adakah ini ujian untuk orang yang kononnya faham? Atau ini hanyalah bisikan-bisikan syaitan yang sangat suka bila keadaan jadi sebegini.

Mungkin orang lain boleh 'ignore' perasaan sebegini. Tapi aku tak mampu.

Maaf sekiranya tulisan ini ada mengguris hati sesiapa. I need to let this out. Kalau tak boleh meletup. Mungkin aku terlalu mengikut perasaan ataupun memang susah untuk manusia mengakui tindakan mereka salah?

Ahh, lagi keliru.

Perlu rasanya untuk berhenti berfikir di sini kerana akan mendatangkan prasangka pula. Maaf ya Allah, kalau ini hanya memanjangkan perbalahan dan tidak mendatangkan amal. But really need to be clear on this.

Hati tak tenang..

Ya Allah, berikanlah petunjuk.

Monday 5 January 2009

Reminder of the day~

Pesan kakak- "Jangan sedih kerana kehilangan"
Pesan anak singa- "Jaga akhlak kita dan jgn cepat melatah"
Pesan murabbi- "Rezeki kita takkan putus kecuali bile kite mati. Tapi kalau syahid rezeki kita takkan putus (3:169)"
Pesan diri buat diri sendiri- "Sentiasa husnu-dzon dan betulkan niat dan berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan"

So, there's no reason to be sad nor worried kan?? (2:112)

Allah Maha Mengetahui segalanya..Dia tak pernah tak endahkan perasaan2 itu~

p/s: Sebelum tido ampunkan dosa semua org yer? Samada sengaja atau tidak disengajakan.

Maafkan aku wahai Palestin. Aku dapat tidur nyenyak malam ini sedangkan engkau terpaksa berlemas dalam ketakutan....

Du'a-e Ghaza - Mohammed Al7aidan

Sunday 4 January 2009

Macam mane nak jadi lebih muslimah?

Bismillah..

“Akak, macam mane nak jadi lebih muslimah yer? Ni soklan betul2 nie..”

Aku tersenyum. Kata-kata yang aku kira agak lucu. Tapi aku tahu kata-kata itu lahir daripada hati yang suci dan ikhlas. Di tundukkan segala ego dan segan silu demi bertanyakan soalan itu. Terjelma daripada jiwa yang hanya mengharapkan redha Ilahi, bukan redha manusia. Yang pasti aku bukanlah org yang terbaik utk menjawab pertanyaan adik ku sorang ni tapi aku cuba apa yang termampu. Dalam benak ku mula berfikir. Macam mane nak mulakan nie? Hmm..

“Hihi. Ok, ape definition muslimah pada awk?” Sambung dia lagi,

“Macam2, tapi firstly dari sudut pakaian. Saya cam nak je lagi lawa2 dan matching2..”

“Heyyyy..Matching penting ok!” Mmg pantang sungguh kalau aku lihat muslimah yang kurang mengambil kira isu penampilan. Lagi2 bab matching tudung dan baju nie or baju gosok ke tak.

“Hehehe..Mmg ah…Tapi nak gak pakai tudung yang labuh skit. Tapi tak pakai pon..”

SubhanAllah, mulianya hati kecil itu. Terus aku bertanya lagi, “Nape tak pakai?”

Dengan hati yang jujur lantas dia menjawab, “Tatau ah.. Penah tak ade mentality ‘cam baik sgt’ or ‘ayu sangat’? Tapi tgk org lain ok je. Kite sendiri tue ah..”

Aku tersenyum lagi.

“Hmm bagus pon adik akak nie. Dah ada jawapan utk diri sendiri. Hehehe”

Wahai muslimah sekalian, adalah fitrah untuk kita mempunyai perasaan-perasaan sebegitu. Memang Allah sudah ciptakan kita sedemikian. Wanita itu cantik dan sukakan kecantikan. Wanitakan perhiasan dunia. Tapi jangan kita lupa. Wanita boleh juga menjadi fitnah dan menjadi golongan yang dapat mengheret kaum Adam ke neraka Jahannam. Na’uzubillah..

Hati yang beriman dan sarat dengan taqwa sangat sensitif dengan perkara ini. Dia tahu dialah pertama2 yang harus menghindarkan diri daripada menjadi penyebab orang lain mendapat dosa. Daripada nak tunggu kaum Adam menundukkan pandangan dan mengawal nafsu mereka, muslimah solehah yang pertama-tama akan pastikan dirinya tidak terlalu menarik perhatian, bersederhana, melabuhkan tudung dan pakaiannya.

Dalam hendak berubah kepada yang lebih baik, kita mesti tahu kenapa kita nak jadi baik. Pastikan kita buat kerana nak please Allah SWT. Nak tutup aurat sebab Allah suruh dan Allah suka, bukan sebab kita rasa nampak cantik kalau bertudung labuh ataupun kita terikut-ikut orang lain. Kalau kita pernah ada niat sebegitu takpe. Kita tak pernah terlambat untuk memperbaharui niat kita kan?

Memang akan ada banyak cabaran dalam kita nak berubah dan membuang jahiliyah dalam diri kita. Cabaran terbesar akan datang daripada diri kita sendiri. Di sinilah kita harus bermujahadah melawan nafsu dan keinginan diri sendiri. Kita akan dapati apa yang kita nak buat ini bukan hanya bertentangan dengan apa yang kita dah biasa dan suka lakukan, tetapi juga bertentangan dengan pendapat masyarakat yang dianggap ‘normal’. Semua orang akan rasa kita ‘pelik’ dan ‘tak normal’, hatta keluarga kita sendiri dan teman-teman rapat. Tapi kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka semua adalah mangsa keadaan. Huhu. InsyaAllah, suatu masa nanti mereka juga akan fahami Islam sebagaimana yang kita faham sekarang.

Sentiasa berdoa supaya Allah bagi kekuatan untuk kita menjadi lebih baik. Kebatilan kini sedang ‘menang’ sebab itulah sangat susah untuk kita melakukan perkara-perkara yang haq. Sangat pelik dan tidak boleh di terima akal kalau kita lakukan apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Dia larang. Orang selalu akan mempersoalkan setiap tingkah laku kita walaupun mereka sedar perkara itu betul.

Buat adik, bersedialah mentally dan emotionally kalau betul-betul bertekad hendak berubah ya? Memang perkara biasa kalau-kalau ada orang panggil kita ‘ustazah’, 'alim kucing' atau apa sahaja. Tak mengapa, bukankah itu satu doa? *wink wink* Kita kena betul-betul bersabar. Sentiasa doakan orang yang mengata kita itu agar Allah bukakan hati-hati mereka. Teringat suatu ketika dahulu ada seorang hamba Allah cakap tudung ku seperti sapra. Tahu tak sapra itu apa? Macam kain alas yang orang gunakan utk picnic tu! Hati mana tak terguris dengan kata-kata itu tapi aku pasti dia tidak bermaksud sedemikian. Ya Allah, Kau ampunilah dosa hambaMu itu dan berikannya kefahaman ttg Islam dan Iman sebenar. Tolong doakan untuk hamba Allah itu ya?

Yang paling penting, bukanlah pengiktirafan manusia yg kita kejar. Mungkin di mata manusia kita tampak tak menarik atau 'kuno' atau tak fashionable, tapi kalau dengan pakaian taqwa begini Allah lebih sayang dan redha akan kita, what more can we ask for? Allah tidak melihat pada luaran dan kecantikan kita apatah lagi menarik atau tidak kita pada pandangan manusia. Yang Dia akan nilai adalah ketaqwaan kita kan?

Yakinlah, kalau kita hendak berubah, menjadi lebih baik, berhijrah dari kegelapan menuju cahaya hidayah hanya kerana Allah SWT semata, Dia pasti akan tolong. Kita minta daripadaNya agar diberikan kekuatan.

Mintalah kekuatan daripada sumber kekuatan...


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya)kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.

penaik semangat

Bismillah..

Walaupun tak paham makne nasheed nie tapi sering menaikkan semangat ku.

Moga saudara2 ku tabah dan cekal menghadapi ujian ini.

Dekatkan diri dgn Allah dan hidupkan Islam dlm diri. Ketaatan pada perintahNya adalah kunci kemenangan KITA..


Nasheed Thwar



Semoga ruh-ruh jihad itu juga mengalir dalam jiwa kami di sini~

Palestin..


Source: Al-Jazeera.net

Arab leaders face Gaza test
By Anita Rice



The Gaza crisis has exposed the growing disconnect between Arabs and their leaders.

An enraged Arab street is seeking an immediate end to the death and destruction, but Arab governments have been slow to react in the face of the Israeli offensive.

While public anger at Israel, and its staunchest ally the United States, reaches boiling point, protesters at demonstrations being held across the world are attacking Arab governments for apparently failing to act.

"The problem is Hamas' Islamist ideology. Their success has been deeply troubling for some Arab states," says Robert Lowe, a research fellow at the UK-based think-tank Chatham House.

"It [the 2006 election that brought Hamas to power] was a democratic election and one of the fairest and freest elections ever to take place in the Arab world, that's troubling for Arab states in itself."

Lowe goes further, saying many suspect some Arab states are "quietly content that Hamas has taken a beating, but there's a massive problem in how to square that with public opinion".

Nadim Shehadi, another research fellow at Chatham House, says the crisis puts Arab leaders in "a tight spot".

"They [many Arab states] are opposed to Iran, Hamas and Hezbollah, they are opposed to the actions of Hamas and Hezbollah, this [the Israeli attacks] forces them to join them or do nothing, so it is embarrassing," he says.

Arab divisions

While Hamas presents Arab states with what Lowe describes as an “interesting paradox", others point to divisions within the Arab world as hindering Arab ability to act.

Amr Hamzawy, a Lebanon-based political scientist and senior associate with the Carnegie Endowment for International Peace, says the Arab world is broadly split into two camps: the "so-called moderates", including Egypt, Saudi Arabia and some Gulf Co-operation Council (GCC) countries, and the "resistance camp, composed of the Syrian and Iranian regimes and two non-state actors – Hamas and Hezbollah".

Others describe the split in more blunt terms, with the moderate camp aligned to the United States and the "resistance camp" as those isolated by both Israel and America.

Hamzawy says neither the moderate nor the "resistance camps" have been able to do much about Gaza, the former because of differences with Hamas, the latter – excluding Hamas – because of geographical distance.

And it is these divisions, he believes, that have allowed "the Israelis to launch its attacks in such a harsh way".

"The Israelis have taken advantage of the divisions between Palestinians themselves, inner-Arab divisions and the absence of American leadership," he says.

George Bush, the US president, leaves office later this month and his successor, Barak Obama, has been criticised for declining to comment on the issue.

Whatever factors may complicate the Arab leaderships' response to Israel’s attack on Gaza, in reality most believe that beyond giving humanitarian aid and pushing for a ceasefire, their hands are effectively tied.

There are three key diplomatic initiatives under way in region. First, Mahmoud
Abbas, the Palestinian president, is heading a delegation to lobby the United Nations Security Council to agree a resolution on Gaza.

Second, Recep Tayyip Erdogan, the Turkish prime minister, has embarked on a diplomatic tour of the region, in the hope of setting terms for a response that are acceptable to key Arab players.

And finally, a number of GCC countries – particularly Qatar – are attempting to broker reconciliation talks between warring Palestinian factions.

However, pursuing these diplomatic channels is unlikely to cut any ice with an enraged Arab street or key international players.

Lowe cuts to the chase: "Arab states repeatedly criticise Israel's actions, but there is only so much they can do, as Israel is not minded to listen to them, and the US is not minded to listen to them either".

Hamas defeat?


In addition, Israel's goals in this war appear vague and ill-defined. If the aim is to defeat Hamas, could that ever be achieved?

Abdel Bari Atwan, editor of the London-based Al Quds newspaper, believes not.

"The point is that Hamas is an Islamic organisation and is part of a movement in the whole Muslim world, it is not like Fatah or Yasser Arafat, it is part of the Muslim Brotherhood and these roots are very deep.

"It is impossible for Israel to root out Hamas, and for Arab moderates to root out Hamas. People are obliged to support Hamas, because they are part of them," he says.


Atwan warns that not only will Israel fail to neutralise Hamas but the war could prove to be "extremely counterproductive, it could change realities in the Muslim world against Israel and the West".

For one thing, Atwan believes the current crisis could precipitate the downfall of some Arab leaderships, as existing frustration with current government could spill over into calls for regime change.

"Egypt has been boiling with anger for a long time … the people are humiliated more and more by the government’s policy to Israel. When Tzipi Livni [Israeli foreign minister] chooses Cairo as a platform [to announce it was prepared to take military action against Hamas], it was a huge humiliation to Egyptian pride.

"Egypt is on the edge of transforming, and the regime there could be toppled as a result of this," he says.

Aside from possibly changing the power balance in the Middle East, many analysts believe the current crisis will fuel more violence, including suicide attacks, both against Israel and across the world.

Shehadi stresses it is too early to predict how the Israeli bombardment of Gaza will play out, but he believes that people will be forced to choose between two options.

"People will evaluate what happened … and they will either think that radical politics are only bringing destruction and killing and move to a more moderate view, or Hamas and Hezbollah will have strengthened support and there will be more radicalism.

"It is more likely to go towards more radicalism," he says.

Atwan goes further, saying images of the attacks on Gaza could prompt attacks in Europe similar to the London and Madrid bombings which he believes were influenced by what happened during the war in Iraq.

"Europe must put an end to the Israeli incursion – enough is enough," he says, turning Livni's, words back on her.

"This could create a lot of problems for the whole of the world. We are paying a huge price for Tzipi Livni or Ehud Barak to win extra seats in the Israeli Knesset."