Sunday 22 February 2009

Yakinlah!

(Tak habis lagi sbenar nyer entry nie..huhu..esp buat The Kilts dan sisters lain)

"Akak, kiteorg mmg rase takde harapan langsung la sbb mmg sedap gile ah suara org2 lain!"

Aku dapat bayangkan riak wajah semangat adik ku ini di balik talian itu. Tersenyum sendiri mendengar kata-katanya.

See? Mari kite renungkan adikku...

Bukanlah suara sedap semata yang dapat menyentap hati manusia. Bukan persembahan yg bombastic yang akan menyemarakkan semangat jiwa pendengar.

Tapi...

Nyanyian dan persembahan daripada hati-hati yg ikhlas yang dapat meninggalkan kesan di hati pendengar. Penyampaian yang benar-benar ingin melahirkan kesedaran di hati pendengar yang dapat mengubah segalanya...

Kalau kite rase kite mmg tak berbakat atau tak berilmu atau masih byk kekurangan, tapi kalau hati kite banar2 ikhlas dan nak sgt org lain dapat ape yg kite rase, InsyaAllah, Dia akan mudahkan...

Well done. You guys have done a great job!
(buat semua sisters yg menang, menganjur, menolong etc etc secara langsung atau tidak langsung)

Kalau antunna boleh lakukan ini, i can see you can do wonders for Islam and the ummah!

Mari sama2 kita bergerak! Ummah perlukan jiwa-jiwa dan semangat pemuda seperti antunna semua!

Jangan berasa lemah dan tak mampu ya? InsyaAllah, sgt mulia dan tinggi martabat antunna sekiranya antunna beriman..

Teguhkan iman kita..Teguhkan saff kita..Dan mara bersama menuju syurga dan redhaNya!

Kemenangan..

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah,
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima tobat."
(An-Nasr: 1-3)


Astaghfirullah. .Astaghfirullah. .Alhamdulillah. .Alhamdulillah. .Alhamdulillah. .!!

InsyaAllah, byk 'ibrah (pengajaran) kite boleh ambil daripada kisah fathul Mekah (pembukaan kota Mekah) daripada surah ini. Ingat tak mcm mane nak berinteraksi dengan Al-Quran dan betul2 hayatinya? Kite kena sentiasa jadikan peristiwa2 dlm Quran itu sbg peringatan bile kejadian yg seolah-olah sama berlaku pd kite. Baru lebih 'feel'. InsyaAllah..

Setiap kali kite hadapi kemenangan, Allah ajar kite untuk memujiNya dan beristighfar. .

Kite kena selalu ingat, bukanlah usaha kite semata yang menyebabkan kemenangan itu kite perolehi. Tapi yang paling penting dgn kebenaran dan izin Allah, kite mendapat kemenangan itu. Jadi, hanya Allah yang layak terima kata-kata pujian itu..

Dan Allah juga nak ingatkan kite supaya beristighfar. .Kenapa? Kadang-kadang bile kite menang atau peroleh ape kite nak, ade sedikit sifat riak, bangga diri dan megah dalam diri kite. Kadang-kadang perasaan itu dtg sendiri tanpa kite nak pon. Syaitan dgn pantas mencucuk dan membisikkan perasaan halus ini. Orang mukmin akan sentiasa istighfar kalau perasaan-perasaan ini terlintas. Mereka sedar kejayaan hanya akan dtg bile Allah izinkan dan atas kehendak Allah SWT. Bukan kerana kite hebat, kite paling best dan kerana usaha kite yang separuh mati.

Kite juga dlm sedar atau tak, pasti akan rasa tak sabar sebelum dapat kemenangan atau apa yg kite impikan. Bile perasaan penat, tak larat dgn ujian dan terasa susahnya usaha untuk nak capai kejayaan itu, kite merungut. Kite mengeluh...Tapi Allah tahu kite hanya manusia lemah. Allah ajar org2 mukmin utk beristighfar selepas itu.

Ataupun bile kite sudah capai kemenangan, kite jadi kurang bersyukur.

"Ala, nape dapat tempat ke-3, kite patut dpt tempat pertama sbb suara kite sedap dan gendang kite power!"

(hihi..contoh semata tau..tiada kena mengena dgn sesiapa yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia )

Kite mungkin juge boleh jadi tak bersyukur dgn keputusan atau kemenangan yg Allah kasi. Sekali lagi sbb itu Allah ingatkan hambaNya yg Dia kasihi utk beristighfar. Mohon keampunan atas perkara2 yg kite sendiri tak sedar mungkin boleh berlaku dalam diri kite. Agar segala usaha dan kemenangan kite itu penuh keberkatan daripadaNya. .

Anyhow, Alhamdulillah dan tahniah buat The Kilts!!

The Muslim's Brain



NB:
Motor cortex-involved in the planning, control, and execution of voluntary motor functions (muscles movement)
Primary auditory cortex- responsible for processing of auditory (sound) information.
Wernicke's area-responsible for the comprehension of spoken language.
Visual cortex-processing visual stimuli
Cerebellum-region of the brain that plays an important role in the integration of sensory perception, coordination and motor control
Temporal lobe-involved in speech, memory, and hearing.
Broca's area-responsible for speech production.
Prefrontal area-The ability to concentrate and attend, elaboration of thought.
Frontal lobe-associated with reward, attention, long-term memory, planning, and drive.

Otak manusia di bahagi kepada bahagian2 yang mempunyai peranan masing-masing untuk mengawal semua tindakan atau aktiviti manusia. Melalui gambar di atas, kita dapat lihat;

Motor cortex- help the need and give charity
Primary auditory cortex- listen to the Quran
Wernike's area- comprehension of the Quran
Visual cortex- observe's Allah's creation
Cerebellum- pray 5 times a day and tahajjud
Temporal lobe- memorise Al-Quran and Hadiths
Broca's area- Zikrullah
Prefrontal area- fight the oppressor
Frontal lobe- spreading Islam (Dakwah)


SubhanAllah!!

Kalau semua umat Islam mempunyai otak seperti ini nescaya, Allah akan kembalikan martabat, kekuasaan, kemenangan umat Islam di muka bumi ini. Yakinlah! Tiada cara lain untuk mengembalikan kemenangan Islam dan kekhalifahan Islamiyah melainkan dalam setiap jiwa-jiwa manusia tertegak dengan kalimah La ila ha illAllah!

"....Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sungguh, Allah Mahakuat, Mahaperkasa. (Iaitu) orang-orang yang jika Kami berikan kedudukan di bumi, mereka melaksanakan salat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan." (Al-Hajj:40-41)

Sedarlah..

Allah mahu manusia memiliki fitrah (Islam) ini dan Allah mahukan hidayah itu diperolehi melalui usaha dan kehendak manusia.
(Petikan buku Haza Deen-Syed Qutb)

"Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut:69)

Ayuh orang yang beriman! Ayuh pemuda-pemudi!

Kita bawa manusia keluar daripada kegelapan dan menuju kepada cahayaNya~

Dengan izin Allah..


-----------------------------------------------------------------

"Salam za. U have 29 days to your final exam. Pls put everything else aside n do study hard.."

Sms ini di terima 11 hari lepas. Kini hanya tinggal 19 hari....

Aku paham benar maksud ibu tercinta. Alhamdulilah, dia kini sudah paham dan boleh menerima perkara yang paling penting dlm hidup ku kini. Ya, itulah yang terpenting kini. Allah, Rasul, jihad, Islam dan mengingatkan dan menyeru manusia kepada Allah SWT (percayalah diri ini masih struggle utk mencapai impian ini..huhu) Ternyata disebalik kata-kata itu tersirat kerisauan dan harapan yang tinggi. Alhamdulillah, kerana mengurniakan ibu yang sgt prihatin dan yang hanya mahukan yang terbaik utk anaknya.

Hmm..

Tapi.....

Mana mungkin aku mengenepikan SEGALANYA. Ibu pun tahu aku paham apa yang dimaksudkan dengan everything else.

Ia seperti menyuruhku berhenti bernafas.

Seperti menyuruhku berhenti makan dan minum dan berfikir.

Tapi.....

Aku tahu itu yang perlu aku lakukan. Bukan terus berhenti dan melupakan. Tapi 'kurang'kan...huhu..walaupun berat, tapi akan ku cuba..

Untuk Allah & semua...

Inilah mujahadah ku kini..

Doakan saudaramu yang lemah ini ya? Keberkatan ilmu dan masa yang diharap sangat.

Solat perlu lebih khusyuk agar Allah bantu untuk aku fokus ketika belajar.

Hafazan Al-Quran perlu diperbanyakkan agar mudah otak nak ingat istilah-istilah medic yang memeningkan.

Aku juga manusia lemah. Tapi doakan juga aku akan lebih istiqamah dgn amalan2 ini seusai exam. InsyaAllah, exam akan menjadi titik tolak utk kita lebih dekatkan diri dgnNya dan tingkatkan amal.

Friday 20 February 2009

Warkah buat The Kilts ;)

Salam..

Ya, saat inilah tiba waktunya. Setelah segala tenaga dan masa dikerahkan untuk latihan2 nasyid, sampai juga waktu di mana antunna (korang utk perempuan) akan menghadapi pertandingan ini.

Tapi....

Jangan pernah lupa. Apa misi utama antunna ke sana? Atas tujuan dakwah bukan? Antunna bukan lagi ke sana kerana suka-suki untuk berhibur secara Islami sahaja atau masuk bertanding semata-mata. Ingat bukan?

"aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada
mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. .."

(petikan Muqadimmah Zilal Quran)

Ya, bukanlah semata-mata kemenangan yang di buru. Minat dan impian kita bukan lagi impian dan kesukaan kanak-kanak. Tujuan dan impian kita lebih besar dan hebat daripada itu. Mulakan langkah dgn amanah dan qudwah (cth teladan). Tujuan kita adalah syahadatul haq.

Kalau tujuan ini sentiasa bermain di minda kita, iAllah, segala kata2, tingkah laku, pemakaian, cara kita bergaul, bergurau senda dan mimik muka antunna akan terjurus kepada Allah dan Islam. Setiap lirik nasyid nyanyian antunna akan meninggalkan bekas2 di hati pendengar. Nasyid2 antunna dapat membangkitkan keimanan dan semangat mereka.

Kalau kehendak yg membuak ini sentiasa tersemat di hati kita, dengan izinNya, keikhlasan dan cahaya Islam itu akan terpancar keluar drpd jasad kita dan menyelimuti jiwa2 manusia lain, walaupun kita rasa kita masih lemah dan tak mampu.

"syahadah dlm bentuk perbuatan bermaksud kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita yakini dan kita laungkan.... Apa yang dpt menarik manusia supaya menerima Islam dan dakwah ini ialah apabila mereka dapat merasakan melalui pergaulan mereka dengan kita, suatu nilai akhlak dan amanah yang disemai oleh iman di dalam hati pemiliknya"
(petikan SH oleh Al-Maududi)

Ya, nilai iman itu ada dalam diri antunna kini. Yakinlah. Sampaikan melalui kata-kata ataupun melalui perbuatan apa yang antunna dapat sewaktu SH dan bhn2 usrah.
Beramallah dgn apa yang telah dipelajari dan alirkan pd manusia lain agar mereka juga dpt merasai kemanisan iman dan Islam itu. Bergaullah dgn mereka. Sentiasa gunakan ruang yang ada untuk ingatkan mereka pd Allah SWT dan Islam.

Apabila jumpa kakak2, ambil peluang utk ceduk ilmu2 daripada mrk. Pada kawan-kawan antunna yang tak pernah lagi dengar pengisian yang antunna pernah lalui, kongsikan bersama. Sedarkan manusia tentang tujuan hidup dan apa peranan kita. Menyeru manusia kepada Allah adalah seni. Ia tak rigid dan bukan hanya boleh dilakukan dalam usrah atau majlis2 formal.

Biarlah setiap langkah dan ketika kita di sana diiringi redha dan berkatNya. Dan kalau antunna pulang tanpa membawa kemenangan, yakinlah ada hadiah yang lebih besar menanti jika tujuan dan niat antunna ke sana kerana Allah dan agamaNya....

Hanya ada 2 jalan akhir untuk seorang mukmin, Menang atau Syahid.

Doa banyak2 pada Allah, itulah senjata kita. Jangan lupakan amalan harian, zikir, bacaan Quran dan solat sunat antunna.

Doa dari jiwa kerdil ini buat antunna agar pulang dgn kemenangan dan lebih2 lagi redha dan rahmatNya~

Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yg mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dgn yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk org2 Musyrik" (Yusuf:108)

Sunday 15 February 2009

Satu Aqidah

Sudah banyak kali kami hanya berselisih di perpustakaan. Hari ini entah mengapa dia menegurku. Dia menanyakan dari mana asalku. Katanya dia berasal dari Arab Saudi.

Kami duduk sebaris di tingkat atas kerana itu sahaja tempat yang mempunyai soket untuk laptop. Dari tengah hari sampai Maghrib, kami sibuk dengan kerja masing-masing. Alhamdulillah, hari ini kak wanis dan kak zarina hantarkan lauk nasi tomato lauk sambal udang kepadaku kerana tak sempat nak pergi ke rumah mereka untuk house warming. Alhamdulillah, rezeki ku malam ini.

Sekembali ke tempat duduk ku, pemuda Arab Saudi itu bertanya lagi,

"What’s your name?"

Aikk. Kenapa tetiba pulak ni?

"Hmm.. Zaza."

"Do you need any help?"

"Sorry?"

"Are you in need of any help? I can help you."

"Err. No, I’m alright."

Aku menjawab sambil buat muka pelik dan tertanya-tanya. Mungkin kerana dahi ku yang berkerut seribu menyebabkan dia meneruskan lagi.

"Is that Quran?"

Sambil menunjukkan pada Quran zip coklatku di atas meja.



"Yes."

"Ok. I’m married. I have my wife over here as well. If you need help or anything,, just tell us. We can help you."

"Owh sure. Thank you so much. Jazakallahu khayr."

SubhanAllah!

Hanya dengan satu aqidah dan keyakinan, umat Islam itu bersaudara! Tak kira siapa pun hamba Allah itu ternyata hubungan aqidah itu lebih kukuh daripada hubungan darah dan keterikatan pada tanah. Tak kira dari mana, warna kulit apa, bahasa apa yang ditutur. Teruntuhlah segala pagar2 dan tembok2 yang di bina untuk memisahkan jasad di antara umat Islam. Sedarlah, jiwa2 yang hanya tunduk pada kalimah tauhid sentiasa bersatu dan saling melengkapi walau bagaimanapun musuh Allah cuba untuk memisahkannya!

'Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.'
(Al-Hujurat:13)

Wednesday 11 February 2009

Thank You Allah

Bismillah..

Maaf. Lama sangat tak update blog. Bukan ketandusan idea atau tak tahu nak tulis apa. Mana mungkin kalimah2 Allah dan kata-kata taujih kering bukan? Rasanya seperti nak kongsi semua benda yang di laluiku. Hanya kesibukan dan ditambah dgn sikap burukku yang selalu merencatkan usaha. Suka benar bertangguh-tangguh. Old habit yang membunuhku! Huhu.

Banyak perkara yang di lalui,

5 Februari lepas, genap 10 tahun ayahku kembali ke Rahmatullah. Itulah jangka masa adk kecil ku mengenali sang ayah. Aku ingat lagi pagi Jumaat sebelum ayah dikebumikan. Pagi itu, dia sedih dan menangis melihat ayah terbujur kaku di hospital. Selepas melihat ramai saudara mara yang hadir, terus dilupakan kesedihannya dan mereka beramai-ramai bermain bola. Pilu hati melihatnya. Barangkali dia belum benar-benar paham lagi apa yang berlaku pada waktu itu. Aku lebih beruntung kerana di izinkanNya untuk bersama ayah lebih 3 tahun daripadanya.

Bila dipikirkan, sudah tentu banyak pengorbanan, kasih-sayang dan keselesaan yang ayah sudah lakukan padaku dalam tempoh 10 tahun tapi apakah yang telah aku lakukan sejak dia pergi? Ya Allah.Hanya Kau yang mengetahui.....Walaupun ku mengenali mu walau sekejap cuma, aku akan usahakan agar kita dapat bersama selamanya di sana ya ayah? InsyaAllah.

Thank You Allah.

Hujung minggu lepas, Allah izinkan ku mengikuti sesi bersama sang murabbi. Syukur ya Allah. Walaupun banyak onak dan duri yang terpaksa di tempuhi, tapi Dia hadiahkan benda yang setimpal dengan ujian yang diberi. Untuk mendapat benda yang besar, cabarannya juga besar.

Thank You Allah.

Malam itu tak tahu mcm mane, tapi Dia jumpakan sesuatu yang membuatku menitiskan air mata. Air mata kesyukuran. Gembira yang tak terhingga. Tiada apa yang lebih mengembirakan dan nikmat daripada melihat cahaya kefahaman ttg Allah dan Islam pada wajah2 suci itu. Lebih menyejukkan hati pabila membaca tulisan2 yang lahir daripada hati yang tulus ikhlas. Baru aku paham kata2 yg sering ku dengar dan ingatkan pada orang lain,

"Kalau menulis dan bercakap dengan hati, InsyaAllah, akan masuk ke dalam hati juga"

SubhanAllah..Memang benar kata2Nya. Petunjuk dan hidayah itu hanya milikNya. Dia akan berikan pada sesiapa yang Dia kehendaki. Kadang2 kita tak tahu pada siapa Dia akan berikan. Kita cuma perlu berusaha sahaja. Untuk menjadi penyampai pada hidayah itu. Berdoalah agar Allah bagi peluang untuk kita menjadi penyampai itu.

Kita tengah jalan-jalan pulang dari sekolah. Dalam perjalanan kita, tiba-tiba ternampak ada satu rumah ini gelap sangat. Tapi kita tahu ada orang dalam rumah itu. Hmm mungkin tak ada lampu kot. Ternampak pula tingkap rumah yang tak di buka. Owh, patut la. Mungkin mereka tak sedar pon ada tingkap itu. Kesian mereka. Mesti sesak dan kepam keadaan dalam rumah itu. Jom kita tolong buka kan tingkap-tingkap itu!

Peringatan buat diri yang kadang-kadang lupa,

Hidayah Allah ibarat cahaya. Cahaya tak dapat memasuki rumah yang tidak di buka jendelanya.

Thank You Allah.

SubhanAllah..

Aku kagum dengan semangatnya. Dua buku yang ku pinjamkan untuk hujung minggu di Dublin, terus dia habiskan malam Ahad. Huhu. Kenapa aku malas dan susah sgt nak membaca? =(

Takpela k? Awak baca dan akak tulis utk sharing. Huhu.

Buku itu bertajuk "The journey to Allah". Penulisnya Ibn Rajab Al-Hanbali. Buku itu hanya berkisar tentang hadisRasulullah,

Narrated Abu Huraira:

Allah's Apostle said, "The deeds of anyone of you will not save you (from the (Hell) Fire)." They said, "Even you (will not be saved by your deeds), O Allah's Apostle?" He said, "No, even I (will not be saved) unless and until Allah bestows His Mercy on me. Therefore, do good deeds properly, sincerely and moderately, and worship Allah in the forenoon and in the afternoon and during a part of the night, and always adopt a middle, moderate, regular course whereby you will reach your target (Paradise)."

Di dalam satu lagi hadis,

Muslim :: Book 39 : Hadith 6769
Jabir reported: I heard Allah's Apoetle (may peace be upon him) as saying: None of you would get into Paradise because of his good deeds alone, and he would not be rescued from Fire, not even I, but because of the Mercy of Allah.
(Muslim: Book 39 : Hadith 6769)

"Lepas saya baca buku nie kan, baru saya paham dan nampak kenapa dalam usrah dan program2 sering di tekankan tentang redha Allah kak..."

Ya dik, itulah matlamat utama kita. Redha dan keberkatan Allah SWT. Tak kisah la sehebat mana pun amalan, pengorbanan, ilmu dan kebaikan kita, hanya redha dan rahmat Allah dapat menjamin kita merasai syurgaNya dan bertemu denganNya kelak. Hatta hamba Allah yang terhebat pun perlukan rahmat Allah, inikan pula kita hambaNya yang kerdil. Biarlah amalan itu kecil dan nampak kerdil di mata manusia tapi kalau ianya dilakukan terus menerus dan istiqamah itulah yang lebih dicintaiNya.

Dalam buku itu lagi menyatakan 3 waktu yang paling dekat dengan redha Allah iaitu;

1- Selepas waktu Subuh
2- Selepas waktu Asar sehingga terbenam matahari
3- Pada akhir malam sebelum waktu Subuh

Jazakillahu khayr for the sharing.

Jangan berhenti mengingatkan manusia kepada Allah dan Islam. Hiduplah pada memberi, iA akan lebih bererti dan diberkati.

Sayyid Qutb mengatakan ” Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup seperti orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain, akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar”.