Saturday 7 March 2009

Tarbiyyah ruhiyah

Sedikit tazkirah buat diri ini dan antunna yg dikasihi kerana Allah SWT.. (sila sediakan Al-Quran bile nak bace entri nie k?moga jari-jemari anda sudah bersedia untuk menyelak-yelak ayat2 cintaNya..*wink wink*)

Dalam kita nak mengikuti tarbiyyah, pembinaan diri dan mewarnai diri dengan Sibghah Allah, (celupan Allah- sape tak dgr lagi tafsir nie sila tuntut pd sesiapa yg dh dpt.sape cepat dier dpt pahala!) penting untuk ketahui tarbiyyah mestilah meliputi semua aspek baik jasad, akal dan paling penting ruh kita.

Tarbiyyah ni kita panggil tarbiyyah ruhiyah. Kenapa ya penting?

Allah ada berfirman dalam Quran,

Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaanNya, (Al-Isra': 70). Manusia diciptakan dengan fitrah yang bersih dan cintakan pada kebersihan dan keimanan, (Ar-Rum: 30).

Dan Allah juga ada sebutkan sifat manusia yang sentiasa keluh kesah dan kikir, (Al-Ma'arij: 19). Kadang-kadang zalim pada diri sendiri dan bodoh, (Al-Ahzab: 72) dan bersifat tergesa-gesa (Al-Anbiya' :37)

Allah memang dah tetapkan 2 jalan buat kita, fujur atau taqwa, (Asy-Syams: 8) Sama ada kita akan ikut jalan orang yang beruntung atau orang yang rugi, (Asy-Syams: 9)

Macam mana nak buat pilihan eh? Apa-apa keputusan akan kita buat berdasarkan neraca keimanan kita. Makin mantap iman itu, makin dekat jalan yang kita pilih dengan redhaNya. Di sinilah pentingnya tarbiyyah ruhiyah itu.

Seperti kita tahu, tarbiyyah jasad memerlukan kita menjaga kesihatan, bersukan, pemakanan yang baik. Makin rajin kite bersukan dan menjaga pemaknan, makin sihat tubuh kita. Tarbiyyah akal pula kita kena cari ilmu, membaca, perbincangan2 ilmiah. Macam pisau, akal perlu diasah supaya tetap tajam dan berkilat. Dan tarbiyyah ruhiyah pula tentang pembinaan hati, menguatkan jiwa, pendidikan ruhani, perasaan dan kecenderungan kita.

Seperti yang Rasulullah pernah bersabda,
"..Ingatlah bahawa dalam diri manusia ada segumpal daging yang jika itu baik maka baiklah seluruh tubuh dan bila itu jelek maka jelek pula seluruh tubuh. Ingatlah bahawa itu adalah hati."(HR Ibnu Majah)

InsyaAllah, inilah base kita. Tapak bagi nak membina bangunan yang kukuh dan mantap. Hati yang mantap akan melahirkan iman yang mendalam dan teguh. Hati juga sebagai pengendali, penentu arah dan pendorong bagi segala aktiviti manusia. Kalau badan kita kuat macam mana pun dan banyak pengetahuan, tapi kalau jiwanya lemah dan malas seseorang tue takkan buat sesuatu.

Salah satu tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Seperti firmanNya di dalam surah Az-Dzariyat ayat 56. Dan apakah tujuan kita beribadah dan menyembah Allah? Allah menjawab dalam surah Al-Baqarah ayat 21 Jadi, tebuktilah ibadah adalah cara terbaik untuk pembinaan dan pendidikan ruhani yang ditetapkan oleh Allah dan diperintahkan untuk diamalkan.

InsyaAllah, dalam penyediaan diri kita sebagai hambaNya yang bertaqwa, kita kena pastikan ibadah2 mahdhah (khusus) dan 'ammah (umum) kita terjaga. Ibadah2 seperti solat fardhu & solat berjemaah, qiyamullail, dzikrullah, berpuasa, membaca Al-Quran, membayar zakat dan infak harta, beriadhah dan lain-lain. Dalam usrahlah kita akan latih benda ini. Rasulullah, sentiasa akan buat 'spot check' pada sahabat2 ttg amalan2 dan ayat2 hafazan mereka. Sbb tue kita ada mutabaah amal dalam usrah. By the end of the week, kita boleh reflect dan muhasabah segala amalan2 kita. Apa2 yang kurang dapat ditingkatkan dan apa yang dah istiqamah kita tingkatkan. Kita semua akan remind each other k since manusia kan mudah lupa dan lalai.

Sangat2 penting utk sesiapa yang ingin menyeru manusia kepada Allah dan Islam utk menghidupkan hati2 kita dengan ibadah dan amal. Itulah sumber kekuatan kita. Itulah minyak pelincir kita agar terus lancar meluncur di atas jalan mulia ini. Dan takkan pernah tersekat-sekat dan bergesel dengan jalan sampai boleh menghauskan tayar kita.

Pernah dgr analogi nie mase daurah Summer first year. Jasad tanpa ruh seperti sangkar tanpa burung di dalamnya. Sangkar itu akan menjadi kurang bernilai dan seolah tidak bernyawa tanpa kehadiran burung di dalamnya.

Allahualam.

Marilah berlumba-lumba dalam buat amal soleh dan hidupkan sangkar kita! ^_^

-yang lagi 4 hari nak exam..doakan-

1 comment:

zaffankhalid said...

salam alaik zaza

maat taufik binnajah fil imtihan

barakalluhufik

=)