Sunday, 1 March 2009

Musafirah~

Hanya luahan hati..


Alhamdulillah, Dia membenarkan aku bertemu mereka dalam keadaan yang diharapnya penuh barakah dan mahabbah. Bertemu demi mengumpulkan semangat dan kekuatan yang hilang. Dapat duduk lutut bertemu lutut. Tidur kami singkat tapi sempat dihabiskan bersama-sama untukNya. Di waktu manusia lain sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Di tatapi betul-betul wajah suci mereka. Penuh dengan harapan dan kasih keranaNya. Aku pulang bersertakan doa dan semangat yang dibekalkan dalam card ini.


Good luck card yang comel buatan anak2 singa. Thank you korang! ^_^


Sempat juga aku menaiki Thalhah. Entah bila lagi kami dapat bersama-sama menelusuri jalan-jalan itu di malam hari. Menyanyi bersama tika mata terasa berat dan pabila badan meruntun keletihan. Saat paling berharga pabila berbincang tentang kehidupan. Bicara hidup ghuraba’. Yang tak pernah sunyi daripada cabaran dan perancangan buat manusia lain.


Menaiki Thalhah di siang hari. Dengan teliti mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman-pengalaman berharga di kutip satu persatu disepanjang perjalanan bersamanya.


Pemandangan Scotland di waktu pagi yang jarang dapat dihayati kerana perjalanan kami yang sering bertemankan bintang dan bulan.

Gema alam beriramakan tasbih dan puji-pujianan kepada Ar-Rahman~

“Please.. Boleh tak saya nak ikut korang ke Leeds?”


Hanya senyuman yang aku terima. Robek hati ini terpaksa melepaskan mereka pergi. Kenapa aku jadi begini? Dulu akukan tabah mengharungi segalanya? Setelah hati-hati ini diperteguhkan dan diikat dengan kasih sayang, makin sukar rasanya apabila terpaksa berpisah dengan mereka yang terlalu dekat di hati.


'....Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi Kami dan Dia sebaik-baik pelindung.'(Ali-Imran:137)


Bukankah ayat ini yang sering membasahi bibirmu?? Tak yakinkah??


Selepas terpaksa merelakan mereka berlalu menaiki Thalhah tadi,hati terus dipujuk dengan ayat-ayat cintaNya. Jari-jemari cepat menyelak Al-Quran mencari ayat yang Allah ilhamkan untuk dia bacakan sewaktu solat Subuh tadi.

'Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.'
(At-Taubah:41)


Menangis hati ini...Ya Qawwiyy, Ya Mateen..Berikanlah ku kekuatan~


Peneman setia di kala permusafiran



Perjalanan daripada Dundee ke Aberdeen menaiki keretapi


'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal,



(yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),


"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
(Ali-Imran: 190-191)


Kalau Dia mahu aku berdikari dalam meneruskan perjuangan ini, kakak ku akan pulang buat selamanya. Tinggallah aku berbekalkan ilmu dan tunjuk ajar daripadanya untuk menjaga dengan rapi benih-benih yang telah disemai di tanah subur ini.


Tapi...mampukah?


Jazakumullahu khayr kepada sisters leeds juga yang sudi datang dari jauh bagi memenuhi permintaan saudara mu. Hanya Allah dapat membalas usaha dan pengorbanan antunna. Mari sama-sama kita isikan bekas-bekas cawan yang Allah kurniakan ini yer?

-Scotrail train dari Glasgow Queen Street ke Aberdeen, 1/3/2009-

No comments: