Sunday 8 March 2009

Luka di sariyyah

Innalillah...

Mereka yang aku kenali setelah bersama-sama di jalan ini telah mengalami luka parah di sariyyah itu. Mereka adik2 di Malaysia. Lagi muda setahun dua daripada ku tapi sudah pasti iman mereka lebih mantap kerana dapat melahirkan semangat yg berapi itu. Dan mereka sangat matang dalam nak lakukan kerja-kerja Islam dan sanggup berkorban apa sahaja demi manusia lain mendapat percikan Islam itu.

Mendengar khabar drpd kakak ku, mereka mengalami kemalangan sewaktu balik drpd dengar pengisian. Sekarang di hospital akibat patah tulang. Setakat itu shj yang ku di beritahu.

SubhanAllah!

Moga di hati mereka ikhlas niat kerana Allah SWT semata agar pengorbanan dan ujian yang harus mereka tanggung ini bernilai besar di sisi Nya.

Memang tak dapat dinafikan hati ini sedikit iri dengan mereka. Allah izinkan untuk kemalangan ini berlaku. Dan Allah hanya pilih hamba2Nya utk menerima ganjaran dan peluang hebat ini. Seperti Abu Thalhah (kalau tak silap) yang kudung sebelah kakinya setelah pulang dr salah satu perang. Dan Allah telah tempatkan terlebih dahulu kakinya di dalam syurga!

Ya Allah, semoga ujian ini menjadi penghapus dosa buat akhawat ku...Moga Allah tabahkan hati antunna dan jadikan ujian ini sebagai penguat iman dan amal seperti sahabat2 di perang 'Uhud.

InsyaAllah, kita smua pun kena selalu ikhlaskan niat, bertaubat dan perbaharui syahadah kerana kita tak tahu bila Dia akan datang menjemput. Biarlah kita pulang ke kampung halaman dengan bertemu denganNya dalam keadaan yang paling sempurna kerana kita akan berjumpa dengan Dia yang Maha Sempurna bukan?

"Biar mati antum dalam semangat utk syahid". Dengan izin Allah~

Nak share ayat utk hari ini, surah Ali Imran 139-143..Hayatilah makna2 nya..

-yang sgt terkesan dgn hikmah dan 'ibrah drpd kisah perang 'Uhud-

No comments: