Kisah Maryam
Bismillah..
Saje nak kongsi. Nie email kpd seorang adik yg aku kasihi kerana Allah. Dier baru habis satu exam. Doakan utk dier yer? Moga bermanfaat utk semua.
___________________________________________________________________________
Salam,
Dik,nak kongsi dgn awk ayat2 cintaNya. Tadi lepas puas nangis2 kat Dia Yg Maha Mendengar sbb tak dpt buat essay, Dia jumpekan akak dgn article nie mse tgh browse2 pasal midwifery. Kisah pasal maryam.
Cube tgk surah Maryam ayat 23-25..
Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata, "Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan. Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yg rendah, "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai dibawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.
Mase tue maryam dah nak beranak kan sgt nabi isa. Mase tue dier sorang2 dan takde sape tlg maryam. Dalam kesakitan dan ketakutan, dier lalui sendiri tanpa sesiapa kecuali Allah SWT. Yang sentiasa berada bersama dier dan tahu segala ape yg maryam lalui.
Mase maryam doa2 pd Allah mase dier dlm kesakitan, Allah hantar kan jibril utk memenangkan maryam. Allah suruh jibril sampaikan yg Allah ade hadiah istimewa utk maryam yg berupa air sungai supaya maryam dpt minom dan legakan kesakitannya. Dan Allah juge ajarkan kpd maryam utk mengoncangkan pokok kurma yg dier sandar utk mkn buah tue.
SubhanAllah, cuba kite renungi tarbiyyah Allah utk maryam nie. Kalau kite tanye mak2 kite ttg sakit nak beranak, mesti dorang kate mcm nak mati sbb sakit sgt sampai putus beberapa urat mrk! Dalam kesakitan maryam yg amat sgt dan keseorangan, Allah masih nak maryam berusaha utk dapatkan buah kurma tue. Padahal kite tahu Allah boleh je nak gugurkan buah2 kurma tue utk maryam tanpa dier perlu buat ape2...
Akak reflect balik diri akak bile bace bende nie. Mmg Allah boleh je nak bg ilham utk akak atau mudahkan awk jwb soklan tue, tapi tak. Allah nak akak cuba jugak lagi kuat utk habiskan essay tue walau mcm mane payah pon akak rase dan mcm mane Allah tahu betapa akak perlukan pertolonganNya. Mungkin Allah juge nak awk berdoa bersungguh-sungguh, usaha lebih sungguh2 utk paper2 yg lain dan tingkatkan lg tawakkal awk. Kite masih lagi tak sama dgn keadaan maryam yg merasai sakit separuh mati itu. Kite kene same2 tingkatkan usaha sebelum Allah kasi kesenangan dan ganjaran yg mcm mane Allah kurniakan maryam air sungai, buah kurma dan melahirkan seorang nabi yg mulia.
Selalu ingat hadith 19 k?
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a, beliau berkata,
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak!
Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan
memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta,
maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak
akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan
untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya
mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah
tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Orang mukmin tak takut dan tak sedih sbb dier ade Allah SWT. Allaha maana. Allah bersama kita. Kite berusaha je!
Wassalam...
Tuesday, 9 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jazakillah dik.. time2 stress camnilah hati makin keras dan selalu lupakan Allah :(.. astaghfirullah..
Post a Comment