"And to Allah belongs the Unseen of the Heavens and the Earth, and to Him return all affairs (for decision). So worship Him and put the trust in Him. And your Lord is not unaware of what you do." (Surah Hud: 123)
“Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepadaNya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakkallah kepadaNya. Dan Tuhanmu tidak akan lengah terhadap yang kamu kerjakan.”
Sebab kenapa aza nak kongsi ayat nie ialah nak ingatkan kita kembali ttg Allah sebagai pencipta, pemilik dan raja seluruh alam. Semua dalam dunia/alam yg kita nampak ataupon tidak, semuanya milik Allah. Kita amik analogi pen. Kita ada sebatang pen. Kita boleh buat apa2 shaja dengan pen tue sebab itu milik kita. Kita ada hak ke atas pen kita. Nak guna ke, nak simpan ke, nak bagi orang ke itu terpulang pada kita. Begitu juga dgn Allah. Semua benda milik Allah. Alam, manusia, hatta diri kita ni pun Allah yang punya. Allah juga raja seluruh alam. Kalau raja dia ada hak utk buat undang2/hukum2 yang rakyatnya kena patuhkan?
Itulah hakikat manusia.
Kita ada pemilik iaitu Allah SWT. Dia yang memiliki kita boleh buat apa saja yang Dia kehendaki ke atas diri kita. Kita kena redha dengan apa sahaja ketentuannya.
Kita ada raja yang dah tetapkan segala hukum2 dan peraturan2 yg telah ditetapkan iaitu Allah SWT. Kita kena taat, patuh dan buat apa yang Allah dah perintahkan buat kita seperti mana kita akan patuh dan tak akan melanggar undang2 yang telah ditetapkan di negara kita.
Kita ada pencipta iaitu Allah SWT. Yang mencipta kita daripada tidak ada jadi ada. Yang sentiasa tahu apa yg kita rasa, mahu, lakukan, katakan hatta lintasan kati kita. Semua Allah SWT tahu. Dan setiap apa yang kita lakukan, kebaikan atau kejahatan, walaupun benda tue sekecil-kecil zarah, pasti Allah akan nilai, hitung dan beri ganjaran atau balasan kerana Allah tak pernah lengah atas apa yang kita lakukan.
Amik analogi CCTV. Adakah seseorang tu nak mencuri kalau dier sedar ade CCTV kat kedai yg dier nak curi tue? Macam tue jugak manusia. Kalau dier sedar yg Allah ada CCTV yg paling hebat dlm dunia nie yg even boleh detect apa lintasan hati kita dan kalau dier juga sentiasa ingat dalam setiap apa kita buat tue Allah akan judge, nescaya dier tak akan berani buat jahat atau benda2 yg Allah tak suka atau marah dan akan sentiasa berusaha utk buat ape Allah suruh dan suka kita buat.
Fitrah manusia adalah bergantung pada sesuatu. Mmg nature manusia utk berharap pada sesuatu utk menolong dier. Sbb manusia tue lemah dan tak berdaya. Tak kisah dalam apa pun. Samada dalam mendapat apa yg dier nak atau pun mengelakkan drpd bende yg dier tak nak berlaku cth nyer mcm musibah atau mudharat. Kalau manusia tue aware, sentiasa ingat dan yakin Allah tue pencipta dier, hanya pada Allah dier akan berharap, hanya pada Allah dier akan minta pertolongan dan akan sentiasa berdoa/beribadat pada Allah kerana dier tahu hanya Allah boleh memberi apa dier nak dan menggelakkan musibah drpd menimpa dier. Dan bila kita dah usaha sungguh2 dan berdoa, kepada hanya Allah jugalah kite kene bertawakkal. Allahualam.
Tuesday, 2 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment