Alhamdulillah…..
Setiap apa yang Allah sudah aturkan, pastinya itu yang terbaik. Terlalu banyak yang berlaku sepanjang tempoh seminggu yang lalu. Dalam setiap yang berlaku sama ada baik ataupun buruk, Allah berikan keizinan untuk ia berlaku sebagai tarbiyyah untuk diri kita. Untuk menguji tahap keimanan kita. Sebagai kayu pengukur untuk kita muhasabah kembali niat kita dalam mendapat keredhaan Allah. Untuk menilai kembali usaha-usaha kita dalam menegakkan Islam dalam diri dan menyeru manusia kepada Sang Pencipta.
Kini aku perlu kembali lagi ke bumi Obor Ad-Deen. Membawa pulang mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman-pengalaman bak batu permata sebagai bekalan untuk diri meneruskan permusafiran yang penuh ranjau dan onak ini. Terlalu tinggi harapan, terlalu banyak kerisauan tapi diri digagahkan jua untuk mengapai redhaNya yang terlalu tinggi tapi tak mustahil untuk dicapai.
Tak tahu kenapa. Walaupun tak ke program itu, tapi hati ini sangat terkesan dengan perkongsian ukhti tentang pengisian ‘Ghuraba’. Mungkin kerana hati ini sangat terasa dekat dengan perkataan itu.
Hadith: “Qala rasoolullahi sallalahu ‘alaihi wa sallam: Bada al islamu ghareeban, wa sa ya ‘oodu ghareeban kama bada, fa tooba ‘alal ghurabaa”
The saying of the Prophet, sallallahu alayhi was salaam , in the Saheeh Hadeeth [Ibn Maajah, kitaab al fitan 3986], " Islam began as [something] strange, and will return [once again] as something strange, so "Toobah" is for the strangers. "
(Toobah bererti kebahagiaan/pleasure/delight. Seperti dalam ayat Allah di dalam surah Ar-Ra'd ayat 29, Allah menggunakan perkataan "Toobah".."..Toobah is for them and an excellent return". "Orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.")
Para sahabat Rasulullah SAW, para tabi' dan tabien, kaum lelaki dan kaum perempuan yang bersama-sama, menyokong, patuh, mengikuti, mendengar, mencintai dan berkorban utk pesuruh Allah SWT itulah ghuraba'..
Jiwa ini meronta-ronta ingin sekali menjadi orang asing itu. Seorang ghuraba’. Seseorang yang seluruh solat, hidup dan matinya hanya untuk Allah dan deenNya. Seseorang yang tak pernah hatinya terikat dan hanyut dengan dunia tapi tak pula meninggalkan dunia kerana dia tahu dunia ini adalah ladang yang luas untuk dia bercucuk tanam demi hasil yang akan dituai di akhirat sana.
Seseorang yang sentiasa mewajibkan dirinya untuk bertahajjud dan menunaikan ibadah-ibadah sunat. Berlomba-lomba melakukan kebaikan dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan apa sahaja kerana sangat takut kalau-kalau amalannya tidak diterima dek hati yang tak ikhlas dan niat yang tak suci. Dia tahu hanya rahmat Allah yang akan menjaminnya ke Jannah. Dan impiannya bukan kecil. Takkan mengalah kalau bukan syurga Firdausi yang diburu. Orang asing itu tidak pernah kenal erti menyerah kalah. Sama ada mati sebagai syahid atau menang sebagai wira agama Allah. Tak pernah kenal makna putus asa atau mengundur diri. Seperti Nabi Musa a.s yang tak gentar dan terus menyerah kalah apabila nyawa terancam di antara laut yang terbentang luas di hadapan dan raja zalim beserta tentera-tenteranya. Tawakkal dan berserah pada Allah SWT menjadi puncak sesuatu tindakan dilakukan. Dia benar-benar bertaqwa kerana yakin dengan janjiNya;
Barangsiapa bertaqwa pada kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi segala sesuatu. (At-Talaq: 2-3)
Seorang ghuraba’ hanya merasai kemanisan dunia yang terletak pada 3 perkara yakni di dalam pertemuan-pertemuan bersama saudara seaqidah yang sama-sama berusaha dalam meraih redhaNya, di dalam solat-solat malamnya dan ketika bersolat jamaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat tidak pernah takut jika diri mereka dipandang asing oleh orang-orang di sekeliling mereka. Keislaman dan keimanan mereka ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan juga dari keluarga mereka sendiri. Tapi mereka tetap dengan keyakinan mereka. Terus sahaja mereka melaungkan kalimah tauhid, sanggup berkorban dan bermatian asalkan setiap jiwa-jiwa pada waktu itu dapat mendengar seruan Islam. Kalimah tauhid dan jihad tak pernah berhenti mengalir di dalam jiwa ghuraba’. Seorang ghuraba’ akan berusaha untuk menjadi terbaik dan mengikuti apa sahaja yang Allah sukai dan kehendaki. Jiwanya sentiasa peka dengan ayat-ayat Allah. Akan dia pastikan dirinya mempunyai ciri-ciri hamba yang Allah sering ingatkan di dalam Al-Quran.
Dalam surah Al-Furqan ayat 63-74 Allah menceritakan 11 ciri2 'Ibadurrahman'atau hamba Allah Yang Maha Pengasih, atau dalam surah al-Mu'minun ayat 1-11 ayat mengambarkan 6 ciri2 org mukmin dan di dalam surah Al-Hujurat ayat 15 Allah sekali lagi memberitahu tentang ciri2 mukmin. Dan banyak lagi ayat Allah yang memgajarkan kita tentang ciri2 orang yang mendapat redha dan di janjikan syurgaNya dan juga ciri2 org yang dilaknat dan dibenci Allah. Ayat2 ini bukanlah sekadar senarai semata-semata tapi seorang ghuraba’ akan pastikan dia memiliki dan berusaha untuk memiliki sifat-sifat ini dan cuba mengikis sifat2 yang Allah murkai.
Ghuraba' mempunyai iman dan keyakinan yang sangat mendalam sehingga lahirlah izzah dan kebanggaan terhadap Islam. Kecintaan mereka kepada Allah SWT dan RasulNya sgt mendalam dan suci sehingga menumbuhkan kebencian pada kebatilan dan cintakan kebenaran. Perasaan dan pegangan ini menggerakkan jasad2 ghuraba' utk lakukan apa Allah suruh dan tinggalkan laranganNya. Nadi dan denyutan jantung mereka seirama dengan alam yang sentiasa patuh pada perintah dan aturanNya. Al-Quran dan As-Sunnah hidup dalam diri ghuraba'. Seorang ghuraba' tak mahu ke syurga seorang diri. Kasih-sayangnya pada hamba Allah yang lain sgt tinggi. Ghuraba' adalah seorang guru. Yang sanggup membakar diri seperti lilin utk menerangi kehidupan orang lain dan tak pernah penat mendidik jiwa2 manusia utk kembali kepada Allah SWT dan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Mereka menjadi qudwah pada manusia lain. Guru yang hanya bergantung harap pada Allah SWT dan menjaga hubungan dengan Allah SWT kerana dia sedar hanya Allah dapat membuka hati dan memberi hidayah pada hati2 anak didikannya.
Ya Mujib, dengan rahmat dan izinMu, kamilah ghuraba'. Jadikanlah kami di antara golongan sedikit yang Kau janjikan syurga dan redhaMu...
Ameen..Rabbil 'Alameen..
Monday, 29 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kak zaza...tau tak..setahun lepas time anis mula2 tulis blog was masa new year...mase nak masuk 2008... and artikel anis pasal ghuraba' jugak...about my new year resolution nak jadik gharib...
nak sangat jadi stranger@gharib dalam erti kata sebenar...biarlah strange di mata manusia asalkan ada nilai di pandangan Allah..
ameen... :)
Post a Comment