Sunday, 12 October 2008

Returning from a journey..

Alhamdulillah..

Minggu ini Allah sekali lagi beri kesempatan dan kekuatan untuk pergi berjumpa mereka. Mereka yang selalu sahaja bersemangat dan nakkan ilmu-ilmu Allah itu. Mereka juga menjadi pendorong padaku untuk terus gagah.

Dustalah kalau aku katakan aku tak penat dan aku tak risau. Sering kali juga hati ini rasa sunyi dan sedih kerana terpaksa berdikari dan bersendiri. Tapi selalu saja Allah kurniakan sesuatu untuk menceriakan hati ini. Untuk memujuk hati yang kadang-kadang terlupa sebentar akan niat dan tujuan perjalanan ini.

Selalunya aku akan ke sana menaiki keretapi. Tapi tadi balik dengan bus. Sangat murah berbanding keretapi tapi sakit badan. Meja pon tak ada untuk menulis. Susah kalau nak ulangkaji pelajaran. Teringat pulak kakak ku pernah pesan, "Kadang-kadang kita tak boleh selesa sangat. Bersusah-payah dan mengorbankan keselesaan diri juga sesuatu yang kita harus latih dalam tarbiyyah ini." Huhu.

Walaupun tak nampak laut kalau lalu jalan bus, tapi ladang2,hutan2 dan gunung-ganang yang menenangkan mata memandang menjadi temanku sepanjang perjalananku yang sepi. Sekarang dah musim luruh. Pokok2 mula bertukar warna. Ladang2 pon dah kuning. Best sangat. Tak putus-putus hati bertasbih memuji kebesaran Ilahi.





Tak khusyuk tadi nak belajar dalam bus. Asyik-asyik ekor mata memandang keluar tingkap bus. Curi-curi untuk menyaksikan kurniaan terindah Ilahi. Lambang kecintaan Allah SWT buat hamba-hambaNya. Terasa dekat sekali dengan si pencipta dan makhluk-makhluk lain yang sangat patuh pada perintahNya. Teringin sekali diri menjadi seperti 'Albab'. Orang-orang yang Allah gambarkan dalam surah Ali Imran ayat 190-191,
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."

Walaupun banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, tapi tiada tolok bandingnya dengan kepuasan dan semangat yang Allah sering bekalkan setiap kali pulang daripada perjalanan yang panjang ini..

Terima kasih Ya Rahman. Tanamkanlah keyakinan dalam diri ini yang hanya dengan taqwa dan tawakkal, tiada apa yang perlu aku risaukan,takut dan sedih. Allahualam.

What to say upon returning from a journey:-
None has the right to be worshipped but Allah alone, Who has no partner. His is the dominion and His is the praise, and He is Able to do all things. We return repentant to our Lord, worshipping our Lord, and praising our Lord. He fulfilled His promise, He aided His slave, and He alone defeated the Confederates. (Bukhari & Muslim)

Ameen..Ameen..

1 comment:

Anonymous said...

salam adik, bangga dengan adik.. moga Allah terus memberikan kekuatan dan hidayah buat kita semua... Ameen...

Saya selalu percaya, tarbiyah yang Allah berikan pada kita secara direct itulah yang terbaik bagi kita sebenarnya... :) He knows best kan?