Dalam Perang Tabuk, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Saiyidina Umar Al- Khattab mendermakan separuh daripada hartanya. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya."
Airmata mengalir mengenangkan iman diri ini yang tak setanding langsung dengan sahabat2...
Tak tahu kenapa akhir-akhir ini hati selalu sahaja rungsing. Risau pada benda-benda duniawi yang sementara. Takut duit tak mencukupi. Takut tak cukup masa untuk belajar. Takut bila dah penat tak boleh nak fokus. Tapi yang paling memeningkan otak adalah isu kewangan.
Betapa hebatnya tawakkal Abu Bakar dikala menyerahkan seluruh harta yang dimilikinya. Cukuplah hanya Allah dan RasulNya. Kenapa sukar untuk hati ini berbuat demikian? Bukankah hati ini pernah suatu ketika dulu sangat yakin dengan janji Allah,
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."(At-Talaq:2-3)
Cukuplah dengan kalam ini untuk menjadikan hatimu tenteram kembali wahai jiwa yang sering lupa..
Ataukah diri ini masih lagi belum mempunyai keimanan yang mantap sehingga mampu menghilangkan walau sekelumit keraguan di dalam hati seperti orang-orang Badui yang mengakui tentang keimanan mereka lantas Rasulullah membalas dengan mengatakan,
"Kalian belum beriman! tetapi katakanlah, "Kami telah tunduk!" kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu" (Al-Hujurat: 15)
Rasulullah S.A.W bersabda,
"Iman itu bukan angan-angan dan hiasan. Ia adalah sesuatu yang bersemayam di dalam hati dan dibenarkan oleh amal perbuatan."
Ya 'Alim, di manakah tahap imanku di sisiMu berbanding kekasih-kekasihMu yang lain..?
No comments:
Post a Comment