Entah….
Kali pertama saya melihat angka dalam akaun saya sebanyak itu adalah tatkala saya membeli hanzalah..
Sebab dia berharga GBP3200…
‘Kak, saya ternampak akaun dia, ada GBP 4000! Aiyooo… duit saya 4 angka pun tak sampai!’
Daie, manalah duit dia pernah tak negatif, ataupun kurang dari manusia lain.
Manalah nak sama…
Hidup kita dengan mereka…
Duit kita..
Pada duit minyak, pada duit train dan bas…
Pada duit infak buat dakwah kita.
Pada duit belanja mad’u-mad’u kita.
Pada duit sedeqah-sedeqah lainnya.
Malahan duit travelling kita, adalah untuk dakwah. Sejak bilakah duit kita itu untuk berfoya-foya, berjalan sahaja-sahaja tanpa urusan dakwah?
Sejak bila adikku..
Di situlah ke mana duit kita pergi..
Dan seharusnya di situlah rasa syukur dan bangga kita..
Duit kita untuk menjadi laburan dakwah .. buat tuaian kita di akhirat kelak..
Di situ, ujian tawakal buat diri kita. Adakah benar kita merasakan rezeki kita di tangan Allah.. ataupun pada himpunan wang yang tak berusik, yang angkanya tampak besar, tapi tidak tahu bernilai disisiNya ataupun tak..
Yang nyata, kita tak pernah miskin dengan sikitnya duit kita, lantaran banyaknya dihabiskan buatNya.
Yang nyata, Allah takkan biarkan kita kebuluran, terlantar tidak bergerak ke mana-mana kerana tidak cukup duit untuk membayar tambang. Buat duitmu ke usrah, buat urusan dakwahmu..
Allah takkan biarkan kita adik.. Insyaallah. Selagi kita masih tsabat, dan benar-benar terikat dengan janjiNya..
Yang tidak tahu apakah ujian tatkala aku kaya,
Orang yang faqir pada Tuhannya…
http://muharikah.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment