Thursday, 7 May 2009

ia datang lagi?

Bismillah..

Kadang2 tanpa di duga dan diminta, hasutan jahiliyyah itu datang kembali ingin 'mencuba nasib'. Kalau saat dan ketika itu hati dan iman kita senipis kulit bawang, diturutkan terus kehendak nafsu dan termakan juga pujuk rayu syaitan. Ya, makhluk Allah yang dilaknat itu tak akan pernah berhenti menghasut, menyerang dan mencuba menarik kita bersama-sama ke neraka.

(Iblis berkata): Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya).(Al-Isra’ 17:62)


(Iblis berkata): “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”(Al-Hijr 15:39)


Walaupun dalam keadaan kita sudah berjaya melepaskan jahiliyah2 kita dan sedang bergerak menuju cahayaNya. Itulah kerja syaitan dan mereka takkan pernah rehat. Kubu pertahanan iman kita pun harus kukuh sepanjang masa. Jangan biarkan ada masa2 yg ia goyah ya?

Tahniah buat mereka2 yang berjaya menangkis godaan2 dan hasutan2 ini hanya kerana takutkan Allah SWT. Allah berfirman dalam Al-Quran;

“Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan- kesalahan mereka.” (Al A’raf: 201)

Moga Allah menghadiahkan redha dan jannahNya buat kamu2 yang bertaqwa.

Buat jiwa2 yg kadang2 dibelenggu masalah ini, ingin ku kongsikan bicara hati ku waktu dulu. Sajak ini ditulis pada May 2007. Moga bermanfaat..

Aku pengemis,
Pengemis cinta suci,
Perayu cinta sejati,

Aku pengemis,
Yang dahagakan kasih sayangNya
Hanya mengharap pada Maha Pencinta.

Nyah kau cinta dunia,
Pergi kau cinta fatamorgana,
Aku tak perlukanmu,
Cintamu terlalu palsu,
Cinta murahan,
Penuh dengan kepura-puraan.

Aku merayu,
Nyah kau cinta fatamorgana,
Baru saja aku bebas dari cengkamanmu,
Baru sebentar jiwa ini girang,
Riang dengan hanya kasihNya,
Belum sempat putik tumbuh mekar di taman hati,
Tanpa diundang kau muncul kembali,
Lewat hanya untuk sementara,
Mengundang fitnah pada sang jiwa,
Hadir untuk melalaikan aku,
Membawa cita dan harapan palsu.

Aku merayu,
Nyah kau cinta manusia,
Jangan goda nafsu ku ini,
Jangan dekati iman mudah goyah ini,
Pergi!
Mengapa kau tak mengerti?
Tiada ruang untukmu di sudut hati,
Belum tiba masanya lagi,
Mungkin suatu hari nanti,
Pabila cinta Agung lagi pasti telah bersemi,
Hidup subur menjalari hati,
Teguh bertahkta di sanubari.



Buat yang di kasihi kerana Ilahi,
Moga Allah memberi kekuatan agar kita tetap teguh dalam mempertahankan iman ini..

No comments: