Thursday, 14 May 2009

guru itu



“Ada yang tahu ini berapa?! ” suara parau guru tua itu memecah keheningan bayu laut.

“Tiga ratus tiga belas!! ” jawab kanak-kanak itu serentak.

“Betul!! Tiga ratus tiga belas tentera Islam itu mengalahkan ribuan tentera Quraisy bersenjata lengkap,”.

“Anak-anakku,kekuatan itu dibentuk oleh iman. Bukan oleh jumlah tentera! Jadi, ingatlah anak-anakku, teguhkan pendirianmu, kalian harus punya ketekunan!”.

“Harus punya keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita!”.

“Kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah menghadapi tentangan apa macam pun!”

“Dan ingat!!…”

“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..,”

(dari blog http://halawatuliman.wordpress.com/2009/05/14/biar-sampai-ke-syurga/#more-535)

-------------------------------------------------------------------------------

Terdiam seketika lepas melihat video ini di blog ukhti. Hati terdetik,

Ya Allah, ada lagikah guru seperti guru lelaki itu tadi?

Mengalir lagi airmata membasahi pipi (ya Allah, kenapa senang sangat air mata dikeluarkan akhir-akhir ini?)Yang hanya terkenang di minda adalah akhawat ku Di Malaysia. Rindu sangat pada mereka. Tak tahu kenapa. Ya, kerana mereka juga hati ini sangat berat hendak pulang ke bumi sejuk tempat berjuang. Mereka benar-benar memberikan kesan yang mendalam pada jiwaku.

Di waktu jiwa bagaikan daun-daun layu yang kekeringan, Allah hantarkan mereka untuk menyegarkan iman dan kembalikan semangat pada diri yang lemah ini. Walaupun pada pertemuan sementara cuma, melihat wajah-wajah mereka yang menyejukkan hati dan kesungguhan mereka dalam mengajak manusia lain mengenali Allah sudah cukup menolakku untuk meneruskan langkah-langkah kecilku di atas jalan perjuangan ini. Menyedarkan aku tak boleh putus asa dan sekali-kali berehat dalam mengejar syurgaNya dan redhaNya.

Kali ini Allah izinkan aku untuk mengenali mereka dengan lebih rapat ketika jaulah ke Terenganu bersama mereka. Ada juga yang baru pertama kali aku berjumpa. Kebanyakkan mereka adalah guru-guru. Melihat pada keperibadian, amal dan tingkah laku mereka, aku sangat-sengat bersyukur kerana anak-anak muda penyambung generasi Islam dan tunggak masa hadapan negara akan bergurukan mereka. Mungkin tak banyak guru-guru seperti mereka atau seperti guru di dalam video itu, tapi aku yakin mereka mampu membawa perubahan. Mendidik anak-anak kita semua agar jiwa mereka sarat dengan mengenali Allah, penuh sifat kehambaan pada Yang Maha Esa dan sebati dengan perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini.

InsyaAllah, da'ei (orang yang berdakwah) juga seperti seorang guru. Guru yang bukan hanya menyampaikan dan mengajarkan ilmu kepada akal semata tapi seorang da'ei mempunyai tugas yang lebih besar dan sukar daripada itu. Tugas mendidik jiwa agar kenal pada Yang Maha Pancipta dan sekaligus membawa perubahan pada sang jiwa yang dididik. Tak senang bukan tugas itu?

Ya Allah, sangat mulia insan yang hidup pada memberi ini. Berikanlah mereka keikhlasan dan kekuatan untuk membentuk jiwa anak-anak kecil agar bebas daripada perhambaan kepada jahiliyah dan mengenali erti kebebasan sebenar.

2 comments:

Anis Liyana said...

Rindu Kak zaza :)
May Allah make it easy for U, always and always.

Selamat hari jumaat kak zaza =)

ummu_unais said...

salam ziarah za

hanya allah sahaja yang tahu betapa saya merasai kehilangan, bila awak dah balik ke sana

b4 this, saya mcm xdpt nak link sgt role as a teacher n me... rasa payah juga nak mendidik n mentarbiyah anak murid... tp, setiap sesuatu tu ada ukuran yang sesuai untuknya, pada masa dan tika yang ditentukan...

insyaallah, anak2 inilah yang perlu digoncang kesedaran meraka dan dibangkitkan semangat dan izzah mereka pada Islam...

insyaallah

(!!)-- sedih ingat students kat skolah dulu... mereka sangat butuh bimbingan hidup

ayo! semangat2, luruskan niat kerana allah...moga ditunjukkan jalan...

p/s: rindunya kat awak... akan ingat sampai bila2 jaulah kita esp perjalanan pulang yang isitimewa tuh (**)