Sunday, 10 May 2009

bilakah akan lulus?

Bismillah..

"..jangan nangis. Allah ada. Baca hujurat."


Kata-kata kakak membuatku reda sedikit. Bila dibaca dan dibelek ayat2Nya, rasa jauhh sangat. Banyak ayat-ayat dalam surah ini yang Allah mulakan dengan menyeru, "Ya ayyuhal ladzi na amanu (Wahai orang-orang beriman)". Rasa tak layak untuk menganggap Allah sedang bercakap dengan diri yang hina ini. Jauh sekali diri ini dengan orang-orang yang beriman.

"Tidaklah seorang mukmin akan disengat dua kali sari satu lubang (sarang binatang) yang sama."
(Hadith dari Abu Hurairah r.a oleh Bukhari & Muslim)

Hadith ini berulang kali membuat hati lebih pilu. Ya Allah, berapa banyak kali lagi aku akan ulangi kesilapan atas kelalaian yang tak masuk akal ini? Aku berpegang dengan kata-kata, Allah mesti akan uji kita pada benda yang Allah tahu kita lemah. Dan ternyata aku masih lagi gagal dengan ujian ini. Astaghfirullah..Bilakah aku akan belajar dan lulus?

"Awak, saya tertanya-tanya, adakah ujian yang berulang kali nie ujian yang saye tak pernah-pernah pass atau ape? Saya sedih sangat. Adakah saya tak ikhlas dalam buat apa-apa sebelum nie.......?"


Alhamdulillah. Disaat getir sebegini Allah hantarkan jundi-jundiNya untuk membantu diri yang tak layak ini. Dengan sekelip mata pertolongan itu hadir. Dan sekali lagi ukhti hadir untuk mengingatkan diri yang terlupa seketika dalam kesedihan. Kata ukhti,

"Moga ade hikmah yang besar di sebalik kejadian ni. Cam Uhud tu kan?^^. Think positive. Mugkin Allah nk tegur direct ni. Atleast Dia sayang pada awak. Cam UHUD tu. Adakah kekalahan yang besar tu satu kerugian? Mestila tidak, sebab ade pengajaran paling besar disebaliknye. Kalau tak ajar in real life takkan kite sedar. Kalau kita terima degan sabar dan ikhlas, mesti Allah ganti lagi hebat dari ujian ni kan? Kot2 anak awak, mak awak, rezeki awak dimudahkan, rezeki dtg dgn kegembiraan..After kesusahan kan kesenangan?"

Alhamdulillah..Jazakallahu khayr buat kamu-kamu yang membantu..

Sewaktu berada diudara, Allah sampaikan peringatan termanis melalui ayat-ayat cintaNya. Surah Ali Imran dibuka semasa teringatkan kata-kata ukhti mengenai perang Uhud. Ya, perang Uhud. Satu kekalahan yang dialami umat Islam dengan izin Allah atas kelalaian mereka sendiri.

Peristiwa ini membuat ku muhasabah kembali sepanjang cuti ini. Di manakah agaknya salahku, ya Allah..Takut sangat kalau amalan tak seberapa ini tak diterima dek niat yang tak suci. Mungkinkah banyak hati terluka dek banyak hak yang tak tertunai olehku? Ya 'Alim..benarlah kami hanya mengetahui apa yang Kau benarkan kami ketahui. Betapa diri kami ini tak punya apa-apa tanpa bimbingan dan petunjukMu. Astaghfirullah..

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar) kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?"
(3:165)

Kadang-kadang ketika sesuatu musibah menimpa diri, kita akan jadi bingung sekejap. Kita akan mempersoalkan, “Eh, macam mana boleh berlaku nie?” Macam Perang Uhud, orang Islam tak boleh accept kejap yang dorang kalah. Tapi Allah ingatkan balik kemenangan mereka di Badar. Disaat umat Islam hilang pertimbangan, Allah ingatkan memangla Islam itu Allah akan menangkan tapi ia takkan menang sendirinya kalau orang Islam tak berusaha untuk memenangkan ia. Orang Mukmin pun begitu. Mereka takkan terlepas daripada ujian dan musibah kalau dia tak bersungguh-sungguh dalam mengelakkan diri daripada terjebak dalam musibah itu. Mula-mula kita macam nak persalahkan atau persoalkan Allah . Tapi Allah jawab dalam ayat yang sama,

Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (3:165)

Allah terangkan lagi,

Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan , maka kekalahan itu adalah dengan izin (takdir) Allah,(3:166)

Ya, semua benda pun dengan izin Allah kan? Boleh je Allah nak menangkan ahli Uhud walaupun mereka tak disiplin dan tak dengar arahan Rasulullah. Boleh je Allah tak turunkan musibah ini pada diriku walaupun aku lalai. Tapi kenapa Allah beri kekalahan atau musibah itu?

..agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman, dan untuk menguji orang-orang yang munafik..(Ali-Imran:165-167)

Ya, supaya Allah mengetahui dan menampakkan siapa orang mukmin sebenarnya. Siapa yang sabar dan redha dengan ujian Allah. Adakah hambaNya akan bersangka buruk padaNya ketika dalam kesusahan? Atau sejauh mana kita akan bergantung pada Allah dan bertaubat setelah kita ditimpa musibah.

Dalam kesedihan mengenangkan dosa yang bertimbun, Allah pujuk diri ini,

Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(3:139)

Allah berfirman lagi,

Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,
(3:140)

Kalau Allah tak timpakan musibah ini mungkin kita pun tak tahu macam mana iman kita. Mungkin bila diwaktu begini kita betul-betul dapat muhasabah balik niat dan amalan kita sebelum ini dan membetulkan apa-apa yang silap. Dan mungkin juga Allah nak bagi sesuatu yang jauh lebih baik daripada ‘kerugian’ yang kita rasa ini. Ahli Uhud mendapat syahid dan macam mana dengan kita?

..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.(3:141-142)

Mungkin boleh jadi sebagai kafarah pada dosa-dosa kita. Allah nak bersihkan kita daripada titik-titik hitam yang meliputi hati. Allah nak kita tingkatkan taubat, istighfar dan Allah nak kita sentiasa ingat dan dekatkan lagi diri kepadaNya. Dan Allah nak kita bersungguh dan berjihad dalam bertaubat ini dan sentiasa bersabar dalam melakukannya. Ya, mungkin kita sedih dan menyesal setiap kali mengenangkan kesalahan kita tapi Allah berfirman dalam surah ini lagi,

Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasul yang ada diantara kamu yang lain memanggil kamu (dari kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan. Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lain telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah.(3:153-154)

SubhanAllah, nampakkan Dia hanya inginkan yang terbaik untuk kita? Allah nak menjadikan kita lebih kuat dan mendidik kita untuk redha atas segala apa yang menimpa. Mungkin Dia nak menyediakan ku untuk ujian yang lebih besar lepas ini. Walaupun seteruk mana kita rasa ujian kita, kita kena yakin itulah yang terbaik untuk berlaku pada tika itu.

Moga ujian kali ini menghapuskan dosa dan karat-karat jahiliyah yang sangat sukar nak dikikir, menjadikan aku lebih berhati-hati agar kelalaian begini takkan berulang dan menyediakan ku untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan hamba yang lebih dekat denganNya..

Mohon doakan….

4 comments:

aRa_HaNi said...

salam
jazakillah akak...=)

Mbak Supir said...

subhanallah

allah maha baik dgn mengenalkan kita di jalan ini...

allah masih sayang saya dan peringatan drNya memang takkan pernah putus...

jazakillah za, moga segala kebaikan untuk awak

moka kita diberi kekuatan menerima segala2 yg telah Dia tetapkan yg PASTI terbaik untuk kita...

rindu awak...

Lailatulema said...

Assalamualaikum wbt zaza!
jazakillah hu khair. ketika mana hati diuji, itulah bukti hambaNYA diperhati dan peluang untuk lebih dekat pada cinta yang hakiki.
amat-amat membantu saya yang sedang bergelumit ujian.
moga zaza sentiasa dalam rahmat dan redha Allah,jaga diri k! sayang kamu lillah ta'ala.

sirrulhusna said...

insyallah akan lulus bile mati di JALANNYA..^_^..fastaqim..fastaqim..fastaqim..