Bismillah..
Pelik bukan?
Kalau waktu kena study dan nak dekat exam, waktu itu la banyak je ilham nak menulis. Ada je masa nak bukak blog dan coretkan kalam kalbu. Tiap2 hari ada entri baru. Tapi bila dah banyak masa nie, nak bukak blog pon takde masa. Lagi busy rasanya daripada waktu kena belajar. Tulis blog sebab nak 'rest otak', 'take 5' etc. Adakah itu cara nak 'escape' daripada belajar? Hurmm I wonder...
Anda menghadapi perkara yang sama?
InsyaAllah, akan pulang ke Msia utk sebulan. Flight Ahad ni. Tercari-cari sesuatu utk menjadikan diri lebih baik dan ke hadapan. Moga2 Allah ketemukan dgn sesuatu itu...
Banyak juga hak yg perlu ditunaikan di Msia nnt. Strategi kena mantap. Sebulan tak lama. Kena guna masa sebaik mungkin. Kadang2 waktu yg berkualiti lebih mendatangkan hasil drpd kuantiti masa yg banyak. Allahualam. Apa2 pon moga setiap keputusan dan langkah di ambil yg paling dekat dgn redha Allah SWT.
Ya Allah, permudahkanlah..
Buat yg hendak menghadapi peperiksaan,
Kita takkan boleh belajar 24 jam. Akan ada waktu rehat dan take 5. Pastikan waktu rehat kita tue terisi dgn benda2 yg mendekatkan diri kpd Allah atau bantu org lain ingat kpd Allah. Ingat jugak janji Allah nie,
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong [agama] Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad:7)
Alhamdulillah, kerana Dia mengajarkan sesuatu yg sgt berharga sewaktu menunggu result exam tempoh hari. Lesson yg paling besar belajar ialah pengharapan dan yakin akan pertolongan Allah tue melebihi segalanya..yakin sgt2 Dia akn tlg walaupun utk bagi kite kekuatan utk berusaha..
Nak share satu hadith Qudsi yg sgt2 memberi kesan di hati dan rase nyer tak keterlaluan kalau aku katakan mungkin kerana hadith ini Allah bantu dlm meluluskan exam ku. Allahualam.
“AKU mengikut sangkaan hambaKU kepadaKu, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya)apabila dia mengingatiKu. jika mereka megingatiKu dalam dirinya nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. apabila mereka menyebut namaKU dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. jika mereka menghampiriKu sehasta Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kena sentiasa bersangka baik dgn Allah. Kalau kita rasa kita akan fail dan Allah takkan bantu, InsyaAllah, kita akan fail. Tapi kalau seteruk mana pon kita rase kite perform dlm exam, tapi lepas tue kite betul2 tawakkal dan berdoa dan berharap agar Allah bantu luluskan kita, insyaAllah, Dia akan luluskan.
Usaha tetap usaha. Usaha tetap Sunnatullah. Tapi doa, tawakkal dan pengharapan juga sama penting dlm nak mencapai kejayaan dan yg lebih penting redhaNya..
All the best semua. Kita doakan utk semua ya?
Tuesday, 7 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment