Monday, 29 December 2008

Akulah ghuraba' itu~

Alhamdulillah…..

Setiap apa yang Allah sudah aturkan, pastinya itu yang terbaik. Terlalu banyak yang berlaku sepanjang tempoh seminggu yang lalu. Dalam setiap yang berlaku sama ada baik ataupun buruk, Allah berikan keizinan untuk ia berlaku sebagai tarbiyyah untuk diri kita. Untuk menguji tahap keimanan kita. Sebagai kayu pengukur untuk kita muhasabah kembali niat kita dalam mendapat keredhaan Allah. Untuk menilai kembali usaha-usaha kita dalam menegakkan Islam dalam diri dan menyeru manusia kepada Sang Pencipta.

Kini aku perlu kembali lagi ke bumi Obor Ad-Deen. Membawa pulang mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman-pengalaman bak batu permata sebagai bekalan untuk diri meneruskan permusafiran yang penuh ranjau dan onak ini. Terlalu tinggi harapan, terlalu banyak kerisauan tapi diri digagahkan jua untuk mengapai redhaNya yang terlalu tinggi tapi tak mustahil untuk dicapai.

Tak tahu kenapa. Walaupun tak ke program itu, tapi hati ini sangat terkesan dengan perkongsian ukhti tentang pengisian ‘Ghuraba’. Mungkin kerana hati ini sangat terasa dekat dengan perkataan itu.



Hadith: “Qala rasoolullahi sallalahu ‘alaihi wa sallam: Bada al islamu ghareeban, wa sa ya ‘oodu ghareeban kama bada, fa tooba ‘alal ghurabaa”

The saying of the Prophet, sallallahu alayhi was salaam , in the Saheeh Hadeeth [Ibn Maajah, kitaab al fitan 3986], " Islam began as [something] strange, and will return [once again] as something strange, so "Toobah" is for the strangers. "

(Toobah bererti kebahagiaan/pleasure/delight. Seperti dalam ayat Allah di dalam surah Ar-Ra'd ayat 29, Allah menggunakan perkataan "Toobah".."..Toobah is for them and an excellent return". "Orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.")

Para sahabat Rasulullah SAW, para tabi' dan tabien, kaum lelaki dan kaum perempuan yang bersama-sama, menyokong, patuh, mengikuti, mendengar, mencintai dan berkorban utk pesuruh Allah SWT itulah ghuraba'..

Jiwa ini meronta-ronta ingin sekali menjadi orang asing itu. Seorang ghuraba’. Seseorang yang seluruh solat, hidup dan matinya hanya untuk Allah dan deenNya. Seseorang yang tak pernah hatinya terikat dan hanyut dengan dunia tapi tak pula meninggalkan dunia kerana dia tahu dunia ini adalah ladang yang luas untuk dia bercucuk tanam demi hasil yang akan dituai di akhirat sana.

Seseorang yang sentiasa mewajibkan dirinya untuk bertahajjud dan menunaikan ibadah-ibadah sunat. Berlomba-lomba melakukan kebaikan dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan apa sahaja kerana sangat takut kalau-kalau amalannya tidak diterima dek hati yang tak ikhlas dan niat yang tak suci. Dia tahu hanya rahmat Allah yang akan menjaminnya ke Jannah. Dan impiannya bukan kecil. Takkan mengalah kalau bukan syurga Firdausi yang diburu. Orang asing itu tidak pernah kenal erti menyerah kalah. Sama ada mati sebagai syahid atau menang sebagai wira agama Allah. Tak pernah kenal makna putus asa atau mengundur diri. Seperti Nabi Musa a.s yang tak gentar dan terus menyerah kalah apabila nyawa terancam di antara laut yang terbentang luas di hadapan dan raja zalim beserta tentera-tenteranya. Tawakkal dan berserah pada Allah SWT menjadi puncak sesuatu tindakan dilakukan. Dia benar-benar bertaqwa kerana yakin dengan janjiNya;

Barangsiapa bertaqwa pada kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi segala sesuatu. (At-Talaq: 2-3)


Seorang ghuraba’ hanya merasai kemanisan dunia yang terletak pada 3 perkara yakni di dalam pertemuan-pertemuan bersama saudara seaqidah yang sama-sama berusaha dalam meraih redhaNya, di dalam solat-solat malamnya dan ketika bersolat jamaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat tidak pernah takut jika diri mereka dipandang asing oleh orang-orang di sekeliling mereka. Keislaman dan keimanan mereka ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan juga dari keluarga mereka sendiri. Tapi mereka tetap dengan keyakinan mereka. Terus sahaja mereka melaungkan kalimah tauhid, sanggup berkorban dan bermatian asalkan setiap jiwa-jiwa pada waktu itu dapat mendengar seruan Islam. Kalimah tauhid dan jihad tak pernah berhenti mengalir di dalam jiwa ghuraba’. Seorang ghuraba’ akan berusaha untuk menjadi terbaik dan mengikuti apa sahaja yang Allah sukai dan kehendaki. Jiwanya sentiasa peka dengan ayat-ayat Allah. Akan dia pastikan dirinya mempunyai ciri-ciri hamba yang Allah sering ingatkan di dalam Al-Quran.

Dalam surah Al-Furqan ayat 63-74 Allah menceritakan 11 ciri2 'Ibadurrahman'atau hamba Allah Yang Maha Pengasih, atau dalam surah al-Mu'minun ayat 1-11 ayat mengambarkan 6 ciri2 org mukmin dan di dalam surah Al-Hujurat ayat 15 Allah sekali lagi memberitahu tentang ciri2 mukmin. Dan banyak lagi ayat Allah yang memgajarkan kita tentang ciri2 orang yang mendapat redha dan di janjikan syurgaNya dan juga ciri2 org yang dilaknat dan dibenci Allah. Ayat2 ini bukanlah sekadar senarai semata-semata tapi seorang ghuraba’ akan pastikan dia memiliki dan berusaha untuk memiliki sifat-sifat ini dan cuba mengikis sifat2 yang Allah murkai.

Ghuraba' mempunyai iman dan keyakinan yang sangat mendalam sehingga lahirlah izzah dan kebanggaan terhadap Islam. Kecintaan mereka kepada Allah SWT dan RasulNya sgt mendalam dan suci sehingga menumbuhkan kebencian pada kebatilan dan cintakan kebenaran. Perasaan dan pegangan ini menggerakkan jasad2 ghuraba' utk lakukan apa Allah suruh dan tinggalkan laranganNya. Nadi dan denyutan jantung mereka seirama dengan alam yang sentiasa patuh pada perintah dan aturanNya. Al-Quran dan As-Sunnah hidup dalam diri ghuraba'. Seorang ghuraba' tak mahu ke syurga seorang diri. Kasih-sayangnya pada hamba Allah yang lain sgt tinggi. Ghuraba' adalah seorang guru. Yang sanggup membakar diri seperti lilin utk menerangi kehidupan orang lain dan tak pernah penat mendidik jiwa2 manusia utk kembali kepada Allah SWT dan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Mereka menjadi qudwah pada manusia lain. Guru yang hanya bergantung harap pada Allah SWT dan menjaga hubungan dengan Allah SWT kerana dia sedar hanya Allah dapat membuka hati dan memberi hidayah pada hati2 anak didikannya.

Ya Mujib, dengan rahmat dan izinMu, kamilah ghuraba'. Jadikanlah kami di antara golongan sedikit yang Kau janjikan syurga dan redhaMu...

Ameen..Rabbil 'Alameen..

tunggu kami di sana~

Bismillah..

Baru 3 hari lepas bibir ini mampu mengukirkan senyuman tatkala mendengar cerita tentang saudara seaqidah ku di Palestin daripada Iyvonne Ridley di PMS 2008, Scotland. Dengan izin Allah, beliau berkesempatan utk pergi ke sana atas misi bantuan kemanusiaan. Beliau mengkabarkan tentang ramai wanita-wanita Palestin yang menjadi tunggak dan juga pembantu dalam pentadbiran Hamas. Mereka yang ramainya guru, doktor dan juga jururawat. Alhamdulillah, lapang sedikit dada mendengar cerita mereka yang sentiasa di rindui utk bertemu. Terasa seperti kekuatan dan ketabahan mereka mengalir ke dalam diri yang lemah ini. Mereka di sana sentiasa menjadi penolak utk jiwa ini terus berusaha dan tak pernah putus asa. Mereka tak pernah kenal jemu utk mempertahankan maruah Islam di sana, tapi kita di sini? Dalam keadaan selesa dan bersenang-lenang masih tak mahu atau teragak-agak utk menegakkan kalimah tauhid dan Islam di bumi Allah ini.

Tapi hati ini sebak kembali selepas mendapat berita mengenai serangan terbaru musuh Allah ke atas warga-warga Palestin yang tak berdosa tempoh hari. Hancur berkecai hati melihat mayat kanak2 dan wanita di usung dan yang mengalami kecederaan. Hingga kini lebih kurang 305 mayat saudara ku telah di temui. Innalillahi wainna ilaihi roji'un....





Bukan sedikit angka itu ya Allah....

Ya Sami' wa Ya Mujib...Berilah kekuatan pada kami semua utk terus mempertahankan agamaMu ini...Janganlah Kau gantikan kami dengan kaum yg lebih baik utk membela DeenMu ini..Na'uzubillah...

Aku menyeru pada kalian.....

Jangan kita pernah berhenti utk membantu saudara-saudara seislam kita di seluruh dunia. Kita ada kekuatan itu. Kekuatan iman dan doa. Banyak perkara dapat kita lakukan. Pesanan ini daripada ibu anas;

1) doakan mereka yg masih lg bertahan di sana - sesungguhnya yang telah meninggaldunia moga Allah kalungkan mereka dengan title syuhada.

2) baca qunut nazilah dalam solat2 kita baik solat lima waktu dan hajat

3) sertai aktiviti solidariti yg berhampiran dgn tempat masing2

4) sertai perhimpunan bantahan/protes yg diadakan

4) infak berterusan

5) hebahkan info2 mengenai palestin dari masa ke semasa baik dalam poster. email, egroup, blog

6) tulis artikel2 , apa2 tulisan untuk bangkitkan kesedaran - tulis khutbah, artikel etc dan sebarkan kpd rakan2 dan masyarakat

7) baca dan kaji sejarah palestin

8) bayangkan jika anda, isteri anda, adik beradik, anak-anak anda berada di tempat mrk di palestin

9) anjurkan apa jua aktiviti yang bermanfaat - solat hajat komuniti, talk, presentation etc.

10) sebarkan makluman ini kpd rakan2 anda - jzkk

Dan teruskan juga boikot2 terhadap barangan Israel. Jangan biarkan wang2 kita disalurkan utk membunuh saudara2 kita sendiri. Walaupun kita tak mampu buat semuanya tapi cubalah walau sedikit wahai teman yang ku kasihi hanya kerana Allah SWT.

Abu Dharr r.a reported that he asked the Prophet SAW, "O Prophet of Allah, which Masjid was built first on earth?" The Prophet SAW replied, "The sacred Masjid of Makkah". Abu Dharr again asked, "Which was next?" The Prophet SAW said, "The Masjid al-Aqsa". Abu Dharr r.a further asked "How long was the period between the building of the two Masjid?" The Prophet SAW said, "Forty years". Apart from these, offer your prayers anywhere when it is time to pray, altough excellence is in praying in these Masjid". (Sahih Bukhari)

Abu Hurayrah r.a rekates that the Prophet SAW said, "For three Masjid a special journey may be undertaken: THe Sacred Masjid (Ka'bah), my masjid and the Masjid of al-Quds (Jerusalem)". (Sahih Bukhari, Sahih Muslim and Sunan Abu Dawud)

Abu Hurayrah r.a narrates the Prophet SAW said, "On the night Allah's Apostle was taken on a night journey (al-Isra' and al-Mi'raj) two cups, one containing wine and the other milk, were presented to him at al-Quds (Jerusalem). He looked at them and took the cup of milk. Jibrail said, "Praise be to Allah SWT who guided to to al-Fitraj(the right path); if you had taken the wine, your nation would have been gone astray". (Sahih al-Bukhari)

Mereka di Palestin sedang berjuang dan berjihad utk mempertahankan maruah Islam dan umat Islam. Masjid Al-Aqsa bukanlah milik orang Palestin sahaja. Ia milik semua umat Islam. Jadi kita semua harus bangun membelanya. Kita juga perlu berusaha bersungguh-sungguh utk menegakkan Islam dalam diri kita dan dalam jiwa semua umat Islam yang lain. Bangkitkan kesedaran itu. Bawa mereka semua kembali kepada Allah, Islam dan Al-Quran. Agar kita tidak lagi hidup dalam keadaan nista dan lara. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 85, kita akan mendapat kenistaan yang lebih teruk daripada hina sekiranya kita tidak beriman sepenuhnya pada kitab Allah. Itulah yang terjadi pada kita umat Islam dewasa ini. Islam dan Al-Quran menjadi sesuatu yang asing dan tak hidup dalam diri kita. Jadi janganlah heran, pelik dan bertanya kenapa umat Islam sering ditindas dan diperlakukan seperti binatang.

Wahai muslimin dan orang-orang beriman! Bangkitlah dan tegakkan Islam dalam diri mu dan dalam jiwa umat2 Islam yang lain! Kejutkan mereka2 yg masih lalai dan leka. Sedarlah mereka ttg nasib umat Islam kini dan hancurkan sikap ketidakpedulian dalam diri umat Islam! Kita semua mampu tumbangkan musuh Allah kalau kita bersatu dan betul2 berusaha ukt bantu agama Allah. Allah akan bagi kemenangan itu kalau umat Islam berusaha utk capai kemenangan itu. Inilah Islam. Kemenangan yang Allah janjikan akan terjadi secara Sunnatullah. Kalau kita berusaha utk menang, Allah akan kasi kemenangan itu. Jangan disebabkan kita taknak lakukan kerja2 Islam, Allah kasi kemenangan itu melalui tangan-tangan org lain. Pastikan Islam itu menang di tangan kita, atas usaha kita dan dengan rahmat dan izin Allah SWT.

Aku dan kamu boleh lakukan! Allahuakbar!



Wahai saudara yang sentiasa di rindui, Allah telah pon memanggilmu utk kembali ke pangkuanNya. Berbahagialah kalian para syuhada'..Tlg doakan utk kami juga ya? Agar kami dapat menyusul kalian. Melalui jalan yang sama menuju ke JannahNya. Tunggu kami di sana ya?

Saturday, 13 December 2008

Owh lupe..

Kalau kamu2 lihat saya pon 'lalai dibuai mimpi' dan 'lena tertido', mintak sgt2 tlg. Mintak sgt tolong2 lah kejutkan ya..?

Ukhti Fillah..

Bismillah..

Saye tahu saye tak cukop mase sekarang utk menulis dan meluahkan ape yg terbuku di dada. Tapi tak tahan sgt kalu tak menulis nie. Huhu.. Moga dgn ape yg nak diperkatakan nie Allah akan ganti dgn kebrkatan masa dan kelancaran ilham.

Ukhti, rindu sgt kat awk. Bagaimana iman minggu nie? Awk tak tanye lg saye minggu nie mcm haritue. Dgn izin Allah, kite same2 dh dpt 'bangun' drpd tido sebentar itu.

Ukhti, saye risau bile awk ckp mcm haritue. Awk takley biar lama2 diri awk terus mcm tue. KITA tak mampu ukhti. Sedarlah, byk lagi hati2 di luar sana yg perlu kita same2 ketuk. Masih ramai lagi org2 di luar sana yg masih leka dan enak dibuai mimpi walaupun rumah mereka dah terbakar. Mereka tak sedar ukhti. Kita perlu same2 kejutkan mereka bukan? Kitalah yang same2 kene selamatkan mereka dan rumah mereka daripada dijilat api. Ukhti, awk kena buat sekali. Saye tak mampu buat sendiri. Dan saye taknak buat sendiri. Saye nak awk sekali buat bende nie same2 ngan saye...

Ukhti, mmg kite ade kekuatan. Walaupun kite rase kite tak mampu dan tanggungjawab2 duniawi yg lain amat membutuhkan masa dan tenaga kite tapi percayalah padaNya. Kite mmg dah usaha betul2 ke utk mengimbangkan kedua-duanya? Mmg betul ke kemampuan kite setakat nie je yg kita rase sehingga membuatkan kite berat sgt utk menyahut seruanNya?

Ukhti, kite selalu tadabbur surah At-Taubah ayat 38-41 yer kalau kite down2?Sememangnyer kite tak mampu pon utk down2 ukhti. Gerabak keretapi semakin bergerak kehadapan. Tapi kite masih tercari-cari platform atau masih teragak-agak utk melangkah kan kaki ke dalam gerabak.

Mana mungkin boleh begitu ukhti...

Saye tak nak pergi seorang diri. Saye tak mampu dan tak rela utk keretapi ini bergerak tanpa awk berada bersama-sama dlm gerabak ini. saye tak sanggup ukhti.....

Ukhti, mungkin nie mase Allah nak uji awk. Mungkin esok lusa Allah pulak nak uji saye...

Dikala jiwa lemah, ingatlah Dia sentiasa ada bersama kita. Mintaklah sekuat-kuatnya agar dia memberikan kita kekuatan dan keizinan utk berada di atas jalan mulia ini. Mohonlah padaNya kerana Dia sahaja dapat tlg kita ukhti...

UHIBBUKI FILLAH~

Wednesday, 10 December 2008

Allaha Maana..

Bismillah..

Lecturer baru je suruh buat major correction on the final draft of the essay...

Hantar next week..

O Allah, tolong mudahkan..

Pls tolong doakan...

Jzkk

Tuesday, 9 December 2008

warkah buat adik~

Kisah Maryam

Bismillah..

Saje nak kongsi. Nie email kpd seorang adik yg aku kasihi kerana Allah. Dier baru habis satu exam. Doakan utk dier yer? Moga bermanfaat utk semua.

___________________________________________________________________________

Salam,

Dik,nak kongsi dgn awk ayat2 cintaNya. Tadi lepas puas nangis2 kat Dia Yg Maha Mendengar sbb tak dpt buat essay, Dia jumpekan akak dgn article nie mse tgh browse2 pasal midwifery. Kisah pasal maryam.

Cube tgk surah Maryam ayat 23-25..

Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata, "Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan. Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yg rendah, "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai dibawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.


Mase tue maryam dah nak beranak kan sgt nabi isa. Mase tue dier sorang2 dan takde sape tlg maryam. Dalam kesakitan dan ketakutan, dier lalui sendiri tanpa sesiapa kecuali Allah SWT. Yang sentiasa berada bersama dier dan tahu segala ape yg maryam lalui.

Mase maryam doa2 pd Allah mase dier dlm kesakitan, Allah hantar kan jibril utk memenangkan maryam. Allah suruh jibril sampaikan yg Allah ade hadiah istimewa utk maryam yg berupa air sungai supaya maryam dpt minom dan legakan kesakitannya. Dan Allah juge ajarkan kpd maryam utk mengoncangkan pokok kurma yg dier sandar utk mkn buah tue.

SubhanAllah, cuba kite renungi tarbiyyah Allah utk maryam nie. Kalau kite tanye mak2 kite ttg sakit nak beranak, mesti dorang kate mcm nak mati sbb sakit sgt sampai putus beberapa urat mrk! Dalam kesakitan maryam yg amat sgt dan keseorangan, Allah masih nak maryam berusaha utk dapatkan buah kurma tue. Padahal kite tahu Allah boleh je nak gugurkan buah2 kurma tue utk maryam tanpa dier perlu buat ape2...

Akak reflect balik diri akak bile bace bende nie. Mmg Allah boleh je nak bg ilham utk akak atau mudahkan awk jwb soklan tue, tapi tak. Allah nak akak cuba jugak lagi kuat utk habiskan essay tue walau mcm mane payah pon akak rase dan mcm mane Allah tahu betapa akak perlukan pertolonganNya. Mungkin Allah juge nak awk berdoa bersungguh-sungguh, usaha lebih sungguh2 utk paper2 yg lain dan tingkatkan lg tawakkal awk. Kite masih lagi tak sama dgn keadaan maryam yg merasai sakit separuh mati itu. Kite kene same2 tingkatkan usaha sebelum Allah kasi kesenangan dan ganjaran yg mcm mane Allah kurniakan maryam air sungai, buah kurma dan melahirkan seorang nabi yg mulia.

Selalu ingat hadith 19 k?

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a, beliau berkata,
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak!
Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan
memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta,
maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak
akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan
untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya
mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah
tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Orang mukmin tak takut dan tak sedih sbb dier ade Allah SWT. Allaha maana. Allah bersama kita. Kite berusaha je!

Wassalam...

Thursday, 4 December 2008

And the story goes...

Bismillah..

It all started a month back I think. It's either the laptop that is problematic or I am not a good keeper of it. The latter one is the best answer. I think.

My poor laptop is 2 and 1/2 year old now. An Acer Aspire 5552. I got it before I came to UK using the money MARA gave to get ourself a laptop.So it is about time for it to 'die', isn't it? Huhu. To be honest, I didn't take a good care of it while it's still 'alive'. I wasn't doing the things I supposed to do. From what my housemate told me(few weeks ago)I need to refragment it, delete the cookies bla bla and the most important thing THE ANTIVIRUS. My antivirus has been expired since ageessss. Seriously, I think since 1st year. Poooor laptop. The reason being with the 'couldn't-careless' attitude?

1- Not interested. Just want to use it without having the responsibility to actually take an extra effort to care for it.
2- Don't care that much becoz of it's-not-my-money-and-why-should-i-care-? attitude.
3- Ignorant and didn't even try to learn.

So, the real problem arised when I was in the middle of doing my essay. The laptop started to hang, switched off by itself and it worked really2 slow. Of all time, He picked the best time, when I'm in desperate need of a laptop, when my financial is not as sound as before and when my contract phone has ended, hence, i need to get a new one. For a month or two I've been laptop and handphone hunting all day and night. And it's NOT an easy task. I found it really dreadful and tiring and it took alooot of my time. Making decisions are not easy as you really don't know what's the best thing to do or what is the right choice? O Allah, You are truly the All-Knowing and I am NOTHING compared to You. I can't even make the right decision for myself without Your guidance and help.

Too many choices to think with too little time. The budget, making comparison between laptops and shops, what to consider? Is it the price or the size? The weight perhaps? The specs? The brand? What should I do with the old laptop? Repair it? But I don't have time. Sell it? Who would want an old laptop? And most important thing, the price.

After hours of time spent on searching, pestering and making other people's life miserable as mine, I decided to just go to PC world and get a new latop. I was tired and all I need is just a laptop that works!

Having to spent hours of my precious time (during emergency time, every second is priceless!)I decided to just get a netbook. Advent 4211C. With having the thought in mind that my housemate could repair my laptop by reformating it, hence, I thought of just getting a small notebook as my second laptop since I desperately need it at that time and I'll be needing it when I'm travelling. So, got back and tried the netbook. And yes, indeed it's a good guess. I couldn't get into the internet and I didnt have any clue why. I talked to her about my laptop and she said she did try to reformated it but it didn't work. If i knew she had reformat it, I would just get a new 'proper' laptop instead of a netbook. Huhu. Feeling sad, frustrated and couldn't do my essay that night, I was determined to return the netbook back the next day(which is today).

After a quick browse on what laptop to buy, with a high Tawakal Tu'allah, I went to PC World for a refund so that I can get a new standard laptop,Toshiba. Sedap je lelaki kat counter tue kate "we don't do change of mind policy". Hello, mane org tau kottt. Jahat betul org tue. Bukan nyer nak btau awal2. Haruslah kite tak terfikir kan bende tue. Kalau org tau mmg takkan beli kot kat situ! Huhu..

It felt like a long waited volcano suddenly erupted! And the lava was full of frustrations, tiredness, anger, worries and sadness.. Walking out as fast as I could from the shop to safe myself from being embarrased, I broke down and cried in the rain. After all the hardships, I was waiting for a happy ending. But not this time. Maybe I haven't passed all His 'tests' yet. And again, in His unique way, He wanted me to go back again to Him. He wanted to tell me that He is Al-Malik. He owned me and He can do watever He wants and I've got no right to question nor making 'suggestions' to Him.

I sat by the corner for quite a while until I managed to cool down a little bit to think rationally. I couldnt get my gbp273 back and no way have enough money to get a new standard laptop. Then, I just need to make do with watever I have now which is this netbook. In the end, I didnt buy the Toshiba. I came back with this netbook. Learnt about the internet settings with the IT guy at medic school and Alhamdulillah, everything went ok since this evening until now. Just waiting for another interesting episode or you can say 'drama' of my life..

He knows best and put ur utmost trust in Him no matter how miserable you think your life is. Just try your very best to make it better and as smooth as it can be but do not forget that He is still the Al-Mighty. No matter how much you think you have tried to make your life perfect but if He still doesnt permit it, you won't get what you want. You just need to try again and again with all your heart without giving up and putting Him first than the rest.



Take home message-

1- Do take care of your possession as dearly and as careful as you can. Treasure it even though you didn't buy it using your own money. You'll never know when you might need it the most.

2- Use every opportunity that Allah has given you as wisely as you can. Let say the laptop is like our own life. What if i've been wasting my whole life before the day I die? Just imagine how regretful someone will be when he knows his life will end soon but he just realised that all his life he didn't take his responsibilities as a servant to Allah SWT and do watever that Allah asked him to do? What if someone has that i-dont-care-what-will-happen-to-me-when-i-die attitude? What if someone has the thinking of "I'm already a Muslim, why should i bother to become a better Muslim? All Muslims are going to heaven anyway." What if someone is ignorant about his duty as a Muslim and he didn't even try to get to know Allah and Islam before 'he hit the bucket?'

Can he just ask Allah to refund his wasted life for a new life and hopefully he'll learnt from his mistakes and he'll become a good servant after that?



Tuesday, 2 December 2008

Worship & Trust

"And to Allah belongs the Unseen of the Heavens and the Earth, and to Him return all affairs (for decision). So worship Him and put the trust in Him. And your Lord is not unaware of what you do." (Surah Hud: 123)

“Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepadaNya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakkallah kepadaNya. Dan Tuhanmu tidak akan lengah terhadap yang kamu kerjakan.”

Sebab kenapa aza nak kongsi ayat nie ialah nak ingatkan kita kembali ttg Allah sebagai pencipta, pemilik dan raja seluruh alam. Semua dalam dunia/alam yg kita nampak ataupon tidak, semuanya milik Allah. Kita amik analogi pen. Kita ada sebatang pen. Kita boleh buat apa2 shaja dengan pen tue sebab itu milik kita. Kita ada hak ke atas pen kita. Nak guna ke, nak simpan ke, nak bagi orang ke itu terpulang pada kita. Begitu juga dgn Allah. Semua benda milik Allah. Alam, manusia, hatta diri kita ni pun Allah yang punya. Allah juga raja seluruh alam. Kalau raja dia ada hak utk buat undang2/hukum2 yang rakyatnya kena patuhkan?

Itulah hakikat manusia.

Kita ada pemilik iaitu Allah SWT. Dia yang memiliki kita boleh buat apa saja yang Dia kehendaki ke atas diri kita. Kita kena redha dengan apa sahaja ketentuannya.

Kita ada raja yang dah tetapkan segala hukum2 dan peraturan2 yg telah ditetapkan iaitu Allah SWT. Kita kena taat, patuh dan buat apa yang Allah dah perintahkan buat kita seperti mana kita akan patuh dan tak akan melanggar undang2 yang telah ditetapkan di negara kita.

Kita ada pencipta iaitu Allah SWT. Yang mencipta kita daripada tidak ada jadi ada. Yang sentiasa tahu apa yg kita rasa, mahu, lakukan, katakan hatta lintasan kati kita. Semua Allah SWT tahu. Dan setiap apa yang kita lakukan, kebaikan atau kejahatan, walaupun benda tue sekecil-kecil zarah, pasti Allah akan nilai, hitung dan beri ganjaran atau balasan kerana Allah tak pernah lengah atas apa yang kita lakukan.

Amik analogi CCTV. Adakah seseorang tu nak mencuri kalau dier sedar ade CCTV kat kedai yg dier nak curi tue? Macam tue jugak manusia. Kalau dier sedar yg Allah ada CCTV yg paling hebat dlm dunia nie yg even boleh detect apa lintasan hati kita dan kalau dier juga sentiasa ingat dalam setiap apa kita buat tue Allah akan judge, nescaya dier tak akan berani buat jahat atau benda2 yg Allah tak suka atau marah dan akan sentiasa berusaha utk buat ape Allah suruh dan suka kita buat.

Fitrah manusia adalah bergantung pada sesuatu. Mmg nature manusia utk berharap pada sesuatu utk menolong dier. Sbb manusia tue lemah dan tak berdaya. Tak kisah dalam apa pun. Samada dalam mendapat apa yg dier nak atau pun mengelakkan drpd bende yg dier tak nak berlaku cth nyer mcm musibah atau mudharat. Kalau manusia tue aware, sentiasa ingat dan yakin Allah tue pencipta dier, hanya pada Allah dier akan berharap, hanya pada Allah dier akan minta pertolongan dan akan sentiasa berdoa/beribadat pada Allah kerana dier tahu hanya Allah boleh memberi apa dier nak dan menggelakkan musibah drpd menimpa dier. Dan bila kita dah usaha sungguh2 dan berdoa, kepada hanya Allah jugalah kite kene bertawakkal. Allahualam.