Monday, 24 November 2008

Ujian..

Allah akan uji kita pada benda yang kita lemah, benda2 yang menjadi kerisauan kita atau benda2 yang paling penting bagi kita . Kalau susah untuk kita ada hubungan yang baik dengan orang lain, Allah akan datangkan masalah dan uji kita tentang ukhuwwah. Kalau kita tahu masalah kita adalah masalah hati, dalam satu masa Allah pasti akan uji kita berkaitan hati kita. Allah nak tengok, sejauh mana kita boleh hadapi benda ini. Sekuat mana iman yang kita telah bina dalam diri kita ini. Takkan kau takkan diuji setelah kau kata kau dah beriman? Allah nak kita sendiri evaluate diri kita sejauh mana iman kita ini dapat membantu kita untuk menghadapi masalah kita yang paling besar itu. So, kalau kita gagal dalam ujian ini i.e iman kita tak dapat betul2 membantu kita dalam menyelesaikan masalah kita ini, that’s when you know you need to improve yourself!


Dekatkan diri lagi dengan Allah, tingkatkan iman dan perbanyakkan amal. Macam mana kita menghadapi musim peperiksaan akhir semester kita? Mestilah kita bersungguh-sungguh tak? So, kalau kita dalam keadaan yang down dan menghadapi cabaran dan ujian, sedarlah, kita perlu lebih berusaha untuk persiapkan diri! Lebih banyakkan doa kepada Allah dengan sebenar-benar pengharapan dan tingkatkan tawakkal pada Allah SWT. Allah tak tengok kita gagal atau menang, tapi Allah nak tengok usaha kita dalam menghadapi ujian itu, sejauh mana kita redha dengan ujian2 itu dan setinggi mana pergantungan kita pada Allah sewaktu menghadapi ujian itu.


Sedarlah dan yakinlah Allah tahu kita boleh buat! Allah sangat confidence kita boleh lalui ujian tu, tapi kenapa kita sendiri rasa lemah semangat dan tak mampu bile berdepan dengan cabaran dan ujian? Bersyukur dan berbahagialah kerana Allah yakin kemampuan kita dan memilih kita untuk diberi ujian itu. Its easy said than being done. Tapi kita kenalah cuba dan usaha.



Kalau tak diuji, macam mana nak tahu kita sabar ke tak? Macam nak berjihad kalau takde ksusahan dan kepayahan tue? Macam mana nak bersungguh-sungguh dalam menahan marah, meningkatkan iman dan sungguh-sunguh dalam doa dan tawakkal kita? (3:142). Sifat2 org mu’min semasa berjihad di jalan Allah (3:146). Tak lemah, tak putus semangat dan menyerah kpd musuh. Senang nak doktrin, tapi selepas lalui perkara tue sendiri baru effect dier besar. Kalau kita hanya baca tiap2 hari dalam Al-Quran atau diperingatkan ttg keharusan bersabar apabila melalui segala ujian, sama ke dengan situasi Allah timpakan kita dengan musibah lalu kita belajar dan berusaha untuk apply ‘kesabaran’ dalam setiap langkah kita dalam menghadapi ujian tue. Kalau kita berjaya lepas ujian yang besar untuk kita nie, datanglah apa sahaja, kita pasti boleh lepas segalanya!


Kadang2 kita rasa apa kita nampak dan nak tue adalah yg terbaik dan paling berkesan. Tapi sebenar nya apa yg Allah rancang dan dah tetapkan tue lah yg paling terbaik. (8:7)

No comments: