Tuesday, 25 November 2008
tak mengapa
kalau waktu tidur kita bukan lagi seperti dulu.
Tak mengapa,
kalau kita terpaksa mengikat perut untuk dakwah terus maju.
Tak mengapa,
kalau kita harus menelan keperitan,
menyembunyikan 1001 masalah,
menceriakan wajah,
demi meraikan mad'u.
Tak mengapa,
Kalau otak kita penat kerana berfikir tentang masalah ummah.
Tak mengapa,
kalau mereka berkata yang tak benar tentang kita,
kesabaran dan kelapangan dada kita yang akan menyedarkan hakikat sebenar,
yang pasti kita sama sekali tidak akan melakukan perkara yang sama kepada mereka,
bukankah kita seperti sahabat itu?
segala kemarahan dan dendam lenyap tika mata dilelapkan.
Tak mengapa,
kalau usaha kita dianggap sia-sia di mata manusiawi,
mungkin mereka terlupa atau tak sedari,
Allah tak memandang enteng,
usaha burung kecil yg membantu Nabi Ibrahim memadamkan api.
Tak mengapa,
kalau kadang-kadang diri mengeluh kerana payah,
tapi diri harus dilatih agar sebati dan lali dengan penat dan lelah,
kerana kerehatan kita kini hanya dalam bekerja, memberi dan bersusah.
Ikhwah wa akhawat fillah,
Tak mengapa,
kalau kita terpaksa menangung semua itu,
kerana Allah telah pun menggantikan dengan nikmat-nikmat,
dalam kita sedar ataupun tidak,
bukan pada nama,
pangkat mahupun harta,
tapi pada kekayaan jiwa.
Bukankah kini kita dapat katakan 'sayonara' pada jahiliyah?
masa kita tidak lagi dicuri oleh perkara yang tak berfaedah,
'cermin mata' baru yang di kurniakan sebaik-baik hadiah,
dapat kita lihat sesuatu dengan mata hati,
kita bukan lagi orang yang 'buta' dan 'tuli'.
Doa dan solat kita bukan lagi seperti orang lain,
kita ketemukan ketenangan dan kerehatan dalam tiap rukuk dan sujud,
doa penuh dengan harapan dan air mata,
mendambakan simpati dan pertolongan Ilahi,
tahajjud dan qiyam memjadi sesuatu yang sentiasa dinanti-nanti,
kerana kita imani kekuatan yang ditagihkan hanya milik Al-Qawi.
Setiap langkah dan hela nafas pasti bersertakan Allah,
jiwa dan bibir sentiasa basah dengan Zikrullah,
taubat dan istighfar jarang berpisah,
kerana kita sedar jiwa yang kotor akan cepat penat dan lelah.
Syaitan sering menunggu untuk mengambil peluang,
menipu dan menggaburkan hati kita dengan hasutan dengki,
agar kita terlupa tentang nikmat-nikmat ini.
Berbahagialah saudara yang ku kasihi,
kalau redha Allah yang kau buru sepenuh ikhlas di hati,
nikmat ini tak akan berhenti di sini,
ganjaran yang lebih besar sedang menanti,
di hari pembalasan yang Dia telah janji.
Yang tak sempurna, hanya mahu berkongsi rasa.
Monday, 24 November 2008
Ujian..
Allah akan uji kita pada benda yang kita lemah, benda2 yang menjadi kerisauan kita atau benda2 yang paling penting bagi kita . Kalau susah untuk kita ada hubungan yang baik dengan orang lain, Allah akan datangkan masalah dan uji kita tentang ukhuwwah. Kalau kita tahu masalah kita adalah masalah hati, dalam satu masa Allah pasti akan uji kita berkaitan hati kita. Allah nak tengok, sejauh mana kita boleh hadapi benda ini. Sekuat mana iman yang kita telah bina dalam diri kita ini. Takkan kau takkan diuji setelah kau kata kau dah beriman? Allah nak kita sendiri evaluate diri kita sejauh mana iman kita ini dapat membantu kita untuk menghadapi masalah kita yang paling besar itu. So, kalau kita gagal dalam ujian ini i.e iman kita tak dapat betul2 membantu kita dalam menyelesaikan masalah kita ini, that’s when you know you need to improve yourself!
Dekatkan diri lagi dengan Allah, tingkatkan iman dan perbanyakkan amal. Macam mana kita menghadapi musim peperiksaan akhir semester kita? Mestilah kita bersungguh-sungguh tak? So, kalau kita dalam keadaan yang down dan menghadapi cabaran dan ujian, sedarlah, kita perlu lebih berusaha untuk persiapkan diri! Lebih banyakkan doa kepada Allah dengan sebenar-benar pengharapan dan tingkatkan tawakkal pada Allah SWT. Allah tak tengok kita gagal atau menang, tapi Allah nak tengok usaha kita dalam menghadapi ujian itu, sejauh mana kita redha dengan ujian2 itu dan setinggi mana pergantungan kita pada Allah sewaktu menghadapi ujian itu.
Sedarlah dan yakinlah Allah tahu kita boleh buat! Allah sangat confidence kita boleh lalui ujian tu, tapi kenapa kita sendiri rasa lemah semangat dan tak mampu bile berdepan dengan cabaran dan ujian? Bersyukur dan berbahagialah kerana Allah yakin kemampuan kita dan memilih kita untuk diberi ujian itu. Its easy said than being done. Tapi kita kenalah
Kalau tak diuji, macam mana nak tahu kita sabar ke tak? Macam nak berjihad kalau takde ksusahan dan kepayahan tue? Macam mana nak bersungguh-sungguh dalam menahan marah, meningkatkan iman dan sungguh-sunguh dalam doa dan tawakkal kita? (3:142). Sifat2 org mu’min semasa berjihad di jalan Allah (3:146). Tak lemah, tak putus semangat dan menyerah kpd musuh. Senang nak doktrin, tapi selepas lalui perkara tue sendiri baru effect dier besar. Kalau kita hanya baca tiap2 hari dalam Al-Quran atau diperingatkan ttg keharusan bersabar apabila melalui segala ujian, sama ke dengan situasi Allah timpakan kita dengan musibah lalu kita belajar dan berusaha untuk apply ‘kesabaran’ dalam setiap langkah kita dalam menghadapi ujian tue. Kalau kita berjaya lepas ujian yang besar untuk kita nie, datanglah apa sahaja, kita pasti boleh lepas segalanya!
Kadang2 kita rasa apa kita nampak dan nak tue adalah yg terbaik dan paling berkesan. Tapi sebenar nya apa yg Allah rancang dan dah tetapkan tue lah yg paling terbaik. (8:7)
Thursday, 13 November 2008
Kasut O Kasut~
Hari ini pakai kasut yang beli sama dengan safia. Walaupun kasut baru beli kat Giant masa cuti Summer, tapi sedih betul dah keadaan dia. Dah jadi kelabu asap sebab memang jarang lap pun walaupun warnanya cerah. Dan ke hulu ke hilir dengan kasut tu. Memang patut pon macam dah terkoyak sikit di bahagian depan. Tadi hujan di Aberdeen. Jadi kasut pon agak basah sebab kasut tu flaties. Alhamdulillah kat dalam bus ada heater jadi sempat la jugak kering kasut tu. Pernah tak rasa macam mana bila pakai kasut yang separuh nazak? Dia sedap tapi pada masa yang sama kita boleh rasa kasut tue macam dah haus. Bila jalan kita boleh rasa jalan raya yang kita pijak. Tahu kan rasa macam mana? Dengan keadaan seperti itu, ku gagahkan diri jugak merempuh lopak2 dan jalan raya yang basah di Aberdeen dan Edinburgh. Pakai je kasut tu sebab sangat suka design dan warna kasut tu. Light brown dan style 'Mary Jane' yang flaties. Hajat di hati nak beli kasut baru tapi tunggulah kasut ini terbelah dua atau koyak-rabak ke dan kasut bukanlah dalam 'priority list'.
Seperti biasa setibanya di city centre Edinburgh, aku harus naik bus 30 ke Musselburgh, kira-kira 45 minit perjalanan ke hall adik2 usrah ku. Setibanya di hall mereka di Queen Margaret University, aku disambut oleh nyanyian harijadi sambil mereka hulurkan hadiah buat ku. Alangkah tak percaya di hati bila melihat sekotak kasut yang mereka hadiahkan. Tak terfikir orang akan hadiahkan sepasang kasut untuk hadiah harijadi. It's a perfect one. Kasut 'Mary Jane' flaties warna Brown jenama Clark! SubhanAllah, jauh lebih sedap dan selesa daripada kasut kegemaran yang menyedihkan itu! O Allah, it's exactly what i need right now.
"Akak kan banyak berjalan? Kenalah ada kasut yang selesa dan bagus. Sebab tu lah kiteorang belikan kasut untuk akak. Boleh gantikan kasut akak yang dulu tue!"
Sangat speechless mase dapat kasut tu. Hati tak berhenti ucapkan syukur pada Yang Maha Pemurah. Huhu..Tak sangka mereka pon sedar kasut ku yang dah nazak tu. Kasut baru ni sangat best. AlhamdulillahX3. Terima kasih buat adik2 jugak. InsyaAllah, akan ku gunakan kasut ini sebaiknya. Bukan hanya untuk keselesaan dan bergaya ketika berjalan. Tapi diharap dengan kasut baru yang best ni, lebih laju dan besar langkah dihayun untuk mencari redhaNya semata-mata agar kalian bertiga juga mendapat 'saham' dan masuk dalam akaun akhirat kalian. Dengan izin Allah..
*happy* ^_^
Sunday, 9 November 2008
Sinar baru~
Segala pujian hanya buat Mu Ya Rabbi..
Alhamdulillah! =)
Atas izin Allah Yang Maha Pemurah, minggu nie aku dipertemukan dan dikumpulkan bersama-sama mereka yang telah dijemput oleh Allah SWT untuk disedarkan akan tanggungjawab sebenar kami sebagai seseorang yang bukan hanya bergelar 'Islam' tetapi 'islam'.
Setiap kali ku lihat wajah-wajah mereka pasti aku teringat waktu pertama kali ku yang turut dijemput oleh Dia untuk menyedari hakikat ini kira-kira 2 tahun lepas. Syukur Ya Rahman kerana Kau telah memilih kami di kalangan bermillion hambaMu yang lain.
Tiada apa yang aku harapkan sgt selain mereka juga dapat bersama di atas jalan ini. Jalan yang pernah dilalui Rasulullah SAW dan sahabat2 yang telah dijanjikan syurga. Jalan yang mengajak manusia lain kepada Allah SWT dan usaha dalam menegakkan kembali syiar Islam ke atas muka bumi Allah ini.
Ya Mujib, Kau berilah kami petunjuk dan kekuatan agar kami dapat terus berusaha untuk meningkatkan diri dan takkan pernah berputus asa untuk menjadi hambaMu yang lebih baik.
Too many things to write yet too little time. InsyaAllah, more entries to come in a short period of time.
Medical humanities block nak start dah for the next 6 weeks. 5000 words essay and a presentation need to be done during that time. Pls pray that it will go well. Sgt bersemangat nak buat on 'Islam contribution in medicine world'. Alhamdulillah, sgt bersemangat lepas dengar ISK kat Glasgow semalam. *happy*