Wednesday, 22 October 2008

Love~

Just had a talk about Love, Islam & Relationships by brother Ajmal for the Charity Week. SubhanAllah, very refreshing. Even the non-muslim audience were delighted by it. Alhamdulillah, He helped that brother in Islam of mine. MasyaAllah, his approach and the way he conveyed the beauty of Islam in such a way that could be accepted by most people. May Allah bless him always and give us the light through his talk. Hopefully I can share in here some of the important things that he pointed out just now someday, with His will.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….

Tuesday, 21 October 2008

Iman yazid wa yankus?

Kepala rasa serabut..
Badan rasa sakit..
Hati rasa tak tenang..

Adakah ini tanda-tanda iman sedang lemah ataupun manusia memang ada limitations mereka?

-yang sedang confius-

Ya Rahman, kasihanilah diri ini.
Ya Ghaffur, maafkanlah kerana diri ini masih lemah.
Ya 'Alim, berilah petunjuk...

Dia (Nuh) berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu untuk memohon kepada-Mu sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). Kalau Engkau tidak mengampuni ku dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku termasuk orang yang rugi."(Hud:47)

Wednesday, 15 October 2008

4000 pounds

Entah….

Kali pertama saya melihat angka dalam akaun saya sebanyak itu adalah tatkala saya membeli hanzalah..

Sebab dia berharga GBP3200…

‘Kak, saya ternampak akaun dia, ada GBP 4000! Aiyooo… duit saya 4 angka pun tak sampai!’

Daie, manalah duit dia pernah tak negatif, ataupun kurang dari manusia lain.

Manalah nak sama…

Hidup kita dengan mereka…

Duit kita..

Pada duit minyak, pada duit train dan bas

Pada duit infak buat dakwah kita.

Pada duit belanja mad’u-mad’u kita.

Pada duit sedeqah-sedeqah lainnya.

Malahan duit travelling kita, adalah untuk dakwah. Sejak bilakah duit kita itu untuk berfoya-foya, berjalan sahaja-sahaja tanpa urusan dakwah?

Sejak bila adikku..

Di situlah ke mana duit kita pergi..

Dan seharusnya di situlah rasa syukur dan bangga kita..

Duit kita untuk menjadi laburan dakwah .. buat tuaian kita di akhirat kelak..

Di situ, ujian tawakal buat diri kita. Adakah benar kita merasakan rezeki kita di tangan Allah.. ataupun pada himpunan wang yang tak berusik, yang angkanya tampak besar, tapi tidak tahu bernilai disisiNya ataupun tak..

Yang nyata, kita tak pernah miskin dengan sikitnya duit kita, lantaran banyaknya dihabiskan buatNya.

Yang nyata, Allah takkan biarkan kita kebuluran, terlantar tidak bergerak ke mana-mana kerana tidak cukup duit untuk membayar tambang. Buat duitmu ke usrah, buat urusan dakwahmu..

Allah takkan biarkan kita adik.. Insyaallah. Selagi kita masih tsabat, dan benar-benar terikat dengan janjiNya..

Yang tidak tahu apakah ujian tatkala aku kaya,

Orang yang faqir pada Tuhannya…

http://muharikah.wordpress.com/

Sunday, 12 October 2008

Returning from a journey..

Alhamdulillah..

Minggu ini Allah sekali lagi beri kesempatan dan kekuatan untuk pergi berjumpa mereka. Mereka yang selalu sahaja bersemangat dan nakkan ilmu-ilmu Allah itu. Mereka juga menjadi pendorong padaku untuk terus gagah.

Dustalah kalau aku katakan aku tak penat dan aku tak risau. Sering kali juga hati ini rasa sunyi dan sedih kerana terpaksa berdikari dan bersendiri. Tapi selalu saja Allah kurniakan sesuatu untuk menceriakan hati ini. Untuk memujuk hati yang kadang-kadang terlupa sebentar akan niat dan tujuan perjalanan ini.

Selalunya aku akan ke sana menaiki keretapi. Tapi tadi balik dengan bus. Sangat murah berbanding keretapi tapi sakit badan. Meja pon tak ada untuk menulis. Susah kalau nak ulangkaji pelajaran. Teringat pulak kakak ku pernah pesan, "Kadang-kadang kita tak boleh selesa sangat. Bersusah-payah dan mengorbankan keselesaan diri juga sesuatu yang kita harus latih dalam tarbiyyah ini." Huhu.

Walaupun tak nampak laut kalau lalu jalan bus, tapi ladang2,hutan2 dan gunung-ganang yang menenangkan mata memandang menjadi temanku sepanjang perjalananku yang sepi. Sekarang dah musim luruh. Pokok2 mula bertukar warna. Ladang2 pon dah kuning. Best sangat. Tak putus-putus hati bertasbih memuji kebesaran Ilahi.





Tak khusyuk tadi nak belajar dalam bus. Asyik-asyik ekor mata memandang keluar tingkap bus. Curi-curi untuk menyaksikan kurniaan terindah Ilahi. Lambang kecintaan Allah SWT buat hamba-hambaNya. Terasa dekat sekali dengan si pencipta dan makhluk-makhluk lain yang sangat patuh pada perintahNya. Teringin sekali diri menjadi seperti 'Albab'. Orang-orang yang Allah gambarkan dalam surah Ali Imran ayat 190-191,
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."

Walaupun banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, tapi tiada tolok bandingnya dengan kepuasan dan semangat yang Allah sering bekalkan setiap kali pulang daripada perjalanan yang panjang ini..

Terima kasih Ya Rahman. Tanamkanlah keyakinan dalam diri ini yang hanya dengan taqwa dan tawakkal, tiada apa yang perlu aku risaukan,takut dan sedih. Allahualam.

What to say upon returning from a journey:-
None has the right to be worshipped but Allah alone, Who has no partner. His is the dominion and His is the praise, and He is Able to do all things. We return repentant to our Lord, worshipping our Lord, and praising our Lord. He fulfilled His promise, He aided His slave, and He alone defeated the Confederates. (Bukhari & Muslim)

Ameen..Ameen..

Kenapa perlu risau?

Dalam Perang Tabuk, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Saiyidina Umar Al- Khattab mendermakan separuh daripada hartanya. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:

"Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?

Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya."

Airmata mengalir mengenangkan iman diri ini yang tak setanding langsung dengan sahabat2...

Tak tahu kenapa akhir-akhir ini hati selalu sahaja rungsing. Risau pada benda-benda duniawi yang sementara. Takut duit tak mencukupi. Takut tak cukup masa untuk belajar. Takut bila dah penat tak boleh nak fokus. Tapi yang paling memeningkan otak adalah isu kewangan.

Betapa hebatnya tawakkal Abu Bakar dikala menyerahkan seluruh harta yang dimilikinya. Cukuplah hanya Allah dan RasulNya. Kenapa sukar untuk hati ini berbuat demikian? Bukankah hati ini pernah suatu ketika dulu sangat yakin dengan janji Allah,

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."(At-Talaq:2-3)

Cukuplah dengan kalam ini untuk menjadikan hatimu tenteram kembali wahai jiwa yang sering lupa..

Ataukah diri ini masih lagi belum mempunyai keimanan yang mantap sehingga mampu menghilangkan walau sekelumit keraguan di dalam hati seperti orang-orang Badui yang mengakui tentang keimanan mereka lantas Rasulullah membalas dengan mengatakan,

"Kalian belum beriman! tetapi katakanlah, "Kami telah tunduk!" kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu" (Al-Hujurat: 15)

Rasulullah S.A.W bersabda,

"Iman itu bukan angan-angan dan hiasan. Ia adalah sesuatu yang bersemayam di dalam hati dan dibenarkan oleh amal perbuatan."

Ya 'Alim, di manakah tahap imanku di sisiMu berbanding kekasih-kekasihMu yang lain..?


Friday, 10 October 2008

solat yg bermaya dan menghidupkan..


Petikan dari : Menghidupkan hati dgn solat – Musthafa masyhur

Penyembahan hakiki kpd Allah ta’ala, keikhlasan dan ketundukan kepadaNya bisa direalisasikan dgn solat yang khusyuk. Dengan solat, musolli(org yg solat) minta pertolongan kpd Allah ta’ala dan memohon petunjuk ke jalan lurus. Dan tentu Allah Yang Mahakaya dan Mahamulia mengabulkan doanya, menganugerahinya cahaya petunjuk, rahmat dan ketenteraman.
Solat itu wahana paling baik utk memperbaiki jiwa, mereformasi hati, dan meluruskan akhlak. Bagi musolli, solat tak ubahnya seperti tali kukuh, tempat ia berpegangan. Baginya, solat itu ibarat ubat luka, atau tempat aman bagi org yang lemah, atau senjata bagi org yg x bersenjata. Dia bisa meminta pertolongan dgn solat dalam menghadapi musibah zaman, tekann orang, dan kezaliman org2 zalim. Betapa tidak, Allah berfirman,
Hai orang orang yang beriman, mintalah pertolongan dgn sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang orang yang sabar (2:153)
Jika menghadapi masalah pelik, Rasulullah saw merujuk kpd solat. Sebab, dgn ruku’ dan sujud yang khusyuk ketika solat, musolli merasa dekat dgn Allah swb dan merasakan kesertaanNya dengan dirinya. Ia juga merasa berlindung pada tiang kukuh. Lalu, ia merasa aman, tenteram, percaya diri, dan yakin. Kepasrahan kpd Allah ta’ala jug aterjadi dgn sempurna. Juga sabar atas musibah dan reda dgn takdir. Perjanjian dgnNya utk setia dan jujur dapat diperbaharui. Harapan besar akan dukungan dan pertolonganNya kpd hamba hambaNya yang berima aktivis yang jujur, juga semakin besar
Selain itu, solat menyucikan jiwa dari perilaku perilaku buruk. Terutaman perilaku yang biasanya menyerang orang orang materialistic, dunia menjadi obsesi tertinggi mereka dan tujuan ilmu mereka, serta mereka tidak peduli dgn spiritual mereka. Contohnya apa yang diisyaratkan ayat2 berikut ini : (Al-Maarij)
19. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
20. apabila ia ditimpa kesusahan, Dia sangat resah gelisah;
21. dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
22. kecuali orang-orang Yang mengerjakan sembahyang -
23. Iaitu mereka Yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
24. dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak Yang termaklum -
25. bagi orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada meminta);
26. dan mereka Yang percayakan hari Pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal Yang soleh sebagai buktinya);
27. dan mereka Yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
28. kerana Sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
29. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
30. kecuali kepada isterinya atau kepada hambaNya, maka Sesungguhnya mereka tidak tercela;
31. kemudian sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas;
32. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
33. dan mereka Yang memberikan keterangan Dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
34. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
dan Allah ta’ala berfirman
29:45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
Setelah tamat mengerjakan satu solat, musolli merasa baru saja berdiri di depan Allah ta’ala, guna minta petunjuk ke jalan lurus,dgn tunduk dan khusyuk. Dan tidak lama setelah itu, ia sudah di ambang solat berikutnya, guna berdiri lagi didepan Allah ta’ala dgn tunduk dan khusyuk. Kerana itu, ia tidak pantas lupa pada Allah ta’ala diantara keua solat tersebut atau lalai, tidak zikir kepadaNya. Tentu,dia juga tidak senang bermaksiat kepadaNya. Begitulah orang yang mengerjakan solat dgn konsisten itu selalu berada dalam ‘pengaruh’ solat dan tidak jauh darinya.