Sunday 31 May 2009

yahoo!dah habis exam..

Bismillah.

Alhamdulillah.

Kebanyakkan orang dah habis exam pada waktu ini. Lepas habis seluruh tenaga berjihad dan bertarung dengan pena dan kertas, kini pertarungan yang lebih hebat pulak tiba. Iaitu pertarungan dengan hawa nafsu dan ujian kelapangan waktu. Seriously, ada banyakkkk masa kan? Moga Allah berkati waktu kita yang sangat banyak ini.

Bermulalah pertarungan antara amalan soleh VS amalan toleh. Nak tengok facebook ke nak baca blog?(of course blog yang bermanfaat). Nak tidur siang lebih sikit ke dengar talk kat youtube? Nak tengok series House yang latest season yang dah tertinggal tue ke nak baca buku yang menambahkan ilmu? Semua benda kita nak qadho kan sebab banyak benda tak dapat buat masa time kita nak exam. So, apa lagi. Sekaranglah masanya untuk balas dendam!

Tapi, bagi orang mukmin dilihatnya nikmat kelapangan waktu ini sebagai satu peluang pelaburan yang sangat besar. Macam peladang yang diberi dengan sebidang tanah yang sangat subur. Dimana dia boleh tanam apa sahaja yang dia mahu dan pasti mendatangkan hasil yang lumayan pabila tiba musim menuai hasil tanamannya.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 195, Allah berfirman,

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan(dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.


Ayat ini diturunkan ketika Islam telah berjaya dan ramai pengikutnya, kaum Ansar yang berbisik sesama mereka,

"Harta kita telah habis dan Allah telah memberi kejayaan kepada Islam. Bagaimana sekiranya kita membangun dan memperbaiki ekonomi kita?"
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)

Pastu Allah turunkan teguran kepada mereka supaya mereka tidak menjerumuskan diri pada tahlukah. Tahlukah yang mengambarkan kehancuran, kebinasaan adalah pada saat mereka meninggalkan kewajipan fisabilillah atau berjihad dan mengejar keduniaan, berusaha mengumpul harta dan menyibukkan diri dengan pertanian dan perkebunan.

Kalau kita tengok masa lebih kurang 10 tahun di Madinah, Rasulullah SAW dan sahabat2 terlibat dalam 26 ghazwah( perang yang dipimpin oleh Rasulullah) dan 38 sariyyah! (perang yag tidak dipimpin oleh Rasulullah). Itu menggambarkan betapa mereka sentiasa berjihad dan tidak ada waktu pun untuk beristirehat dan berangan-angankan dan menginginkan benda2 yang sifatnya duniawi. Allah mentarbiyyah mereka supaya sentiasa bersedia dan gunakan segala yang mereka ada untuk Allah dan tegakkan Islam pada setiap masa tak kira pada waktu senang ataupun susah.

Kita pula macam mana?

Adakah kita dah fikir apakah pula mujahadah kita selepas ini? Banyak waktu, tenaga dan wang yang kita ada sekarang dan janganlah menjadi bakhil dan tidak mahu menggunakannya untuk Allah dan Islam kerana sudah tentu kita tak mahu terjerumus ke dalam tahlukah.

Maka apabila kamu telah selesai [dari sesuatu urusan], kerjakanlah dengan sungguh-sungguh [urusan] yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (Al- Insyirah: 7-8)

faiza faragh tafan sob!

*peringatan terutama buat diri yang sering lupa*

Monday 25 May 2009

PadaMu ku memohon

Ya Allah,
tunjukkan jalan yang terbaik untukku
bagi deenMu,
bagi umat ini,
bagi kehidupan ku.

Jika ini yang terbaik,
mudahkanlah ia untukku.

Jika ini bukan yang terbaik
untuk deenMu,
untuk umat ini
dan bukan untuk kehidupanku,
aku mohon agar digantikan bagiku
dengan yang lebih baik padaMu ya allah.

Berikan aku kekuatan menerima ketetapanMu
sebagai mana kuatnya Rasulullah kekasihMu,
mengemban dakwah ini.

Hanya padaMu aku memohon.

Amin ya rabbalamin

Thursday 21 May 2009

Allah bersama orang bersabar

Bismillah..




Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan [saja] mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut:2-3)


Ukhti, i know it is easier said than actually having to face this ordeal. Awak tanya pada akak haritu,

"Macam mana saya nak dapat kekuatan balik?"

Tiada daya dan upaya hanya dengan kekuatan Allah SWT kan?

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu [tidak memberi pertolongan], maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu [selain] dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mu’min bertawakkal. (Ali-Imran: 160)

Pada Dia sahaja kita minta dan merayu ukhti. Doa sangat2 agar Allah terima usaha kita dan cuba yang terbaik. Ingat tak cerita Maryam? Allah suruh jugak Maryam goncang pohon kurma itu walau dalam kesakitan yang amat ketika melahirkan Isa.

Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia [bersandar] pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan". Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. (Maryam: 23-25)


No matter how painful and you are hurt, (i know because Alhamdulillah i've been through all that in my life)you have to struggle to get back on track dan doa sungguh2 minta Allah berikan kekuatan itu pada awak balik. Cuba betul-betul tadabbur ayat di atas. Allah tahu Maryam sakit tapi Allah hantarkan Jibril untuk ingatkan yang Allah tak lupakannya dan pertolongan Allah tue sangat dekat. Di waktu susah begitu, Allah masih nakkan Maryam untuk berusaha mengoncangkan pohon kurma dan Allah kata pasti maryam akan dapat buah itu kalau dia berusaha. Can you see it ukhti? Allah tahu awak 'sakit' dan sedih, but He wants to tell you that He is near and Allah akan tolong dengan awak berusaha lebih lagi. Dan kena yakin Dia akan tolong.

I am confident you will be alright. Tau kenapa? Sebab macam Maryam, dia hamba yang solehah dan sangat patuh pada perintah Allah. Awak sentiasa ingat Allah bila awak senang. Dan Allah akan bersama awak bila awak susah. Kena yakin benda tue ya?

Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.((Al-Baqarah:155)

Siapakah orang yang bersabar ini?

(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jualah (tempat) kami kembali). (Al-Baqarah:156)

Menurut tafsiran Ibn Kathir. ada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud,

“Umm Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Tiada seorangpun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah swt ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud) “Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik”.

Umm Salamah berkata: Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah sendiri. Umm Salamah berkata: Baginda mengutuskan Hatib Bin Balta’ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri.”


SubhanAllah, bergembiralah ukhti. Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik daripada ini untuk awak sekiranya awak bersabar dan redha dengan ketentuan ini. Ingat Allah firman apa dalam surah Al-Baqarah ayat 286?

La yukalli fullahu nafsan illa wu'aha


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


Allah tahu awak boleh hadapi ini, so awak pun kena yakin awak boleh hadapi semua ini. Suka nak share lagi sekali hadith Qudsi ini dengan awak,

AKU mengikut sangkaan hambaKU kepadaKu, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya)apabila dia mengingatiKu. jika mereka megingatiKu dalam dirinya nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. apabila mereka menyebut namaKU dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. jika mereka menghampiriKu sehasta Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)

Para pembaca yang budiman, kita doakan sama2 ya buat adik saya ini dan semua muslimin dan muslimat yang sedang ditimpa musibah.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un~

Wednesday 20 May 2009

masih ragu-ragu?

Duhai hati,

Kenapa perlu risau dan gusar kalau kau tahu Allah hanya akan berikan yang terbaik buat dirimu? Lupakah dikau hadith Qudsi itu?

AKU mengikut sangkaan hambaKU kepadaKu, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya)apabila dia mengingatiKu. jika mereka megingatiKu dalam dirinya nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. apabila mereka menyebut namaKU dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. jika mereka menghampiriKu sehasta Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau yakin kenapa perlu ragu-ragu lagikan?

------------------------------------------------------------------------------

Ramai orang exam harini. Tolong doakan buat anak2 singa Edin yg akn buat exam 'FAVOURITE' mrk, Finance and Financial Reporting ^_^ kul 9.30 nnt dan final yr exam kak isya kul 2 nnt dan buat muslimin dan muslimat di UK/EIre. Mohon sgt2 kite doa sama2..

Jazakumullahu khayr~

Thursday 14 May 2009

guru itu



“Ada yang tahu ini berapa?! ” suara parau guru tua itu memecah keheningan bayu laut.

“Tiga ratus tiga belas!! ” jawab kanak-kanak itu serentak.

“Betul!! Tiga ratus tiga belas tentera Islam itu mengalahkan ribuan tentera Quraisy bersenjata lengkap,”.

“Anak-anakku,kekuatan itu dibentuk oleh iman. Bukan oleh jumlah tentera! Jadi, ingatlah anak-anakku, teguhkan pendirianmu, kalian harus punya ketekunan!”.

“Harus punya keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita!”.

“Kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah menghadapi tentangan apa macam pun!”

“Dan ingat!!…”

“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..,”

(dari blog http://halawatuliman.wordpress.com/2009/05/14/biar-sampai-ke-syurga/#more-535)

-------------------------------------------------------------------------------

Terdiam seketika lepas melihat video ini di blog ukhti. Hati terdetik,

Ya Allah, ada lagikah guru seperti guru lelaki itu tadi?

Mengalir lagi airmata membasahi pipi (ya Allah, kenapa senang sangat air mata dikeluarkan akhir-akhir ini?)Yang hanya terkenang di minda adalah akhawat ku Di Malaysia. Rindu sangat pada mereka. Tak tahu kenapa. Ya, kerana mereka juga hati ini sangat berat hendak pulang ke bumi sejuk tempat berjuang. Mereka benar-benar memberikan kesan yang mendalam pada jiwaku.

Di waktu jiwa bagaikan daun-daun layu yang kekeringan, Allah hantarkan mereka untuk menyegarkan iman dan kembalikan semangat pada diri yang lemah ini. Walaupun pada pertemuan sementara cuma, melihat wajah-wajah mereka yang menyejukkan hati dan kesungguhan mereka dalam mengajak manusia lain mengenali Allah sudah cukup menolakku untuk meneruskan langkah-langkah kecilku di atas jalan perjuangan ini. Menyedarkan aku tak boleh putus asa dan sekali-kali berehat dalam mengejar syurgaNya dan redhaNya.

Kali ini Allah izinkan aku untuk mengenali mereka dengan lebih rapat ketika jaulah ke Terenganu bersama mereka. Ada juga yang baru pertama kali aku berjumpa. Kebanyakkan mereka adalah guru-guru. Melihat pada keperibadian, amal dan tingkah laku mereka, aku sangat-sengat bersyukur kerana anak-anak muda penyambung generasi Islam dan tunggak masa hadapan negara akan bergurukan mereka. Mungkin tak banyak guru-guru seperti mereka atau seperti guru di dalam video itu, tapi aku yakin mereka mampu membawa perubahan. Mendidik anak-anak kita semua agar jiwa mereka sarat dengan mengenali Allah, penuh sifat kehambaan pada Yang Maha Esa dan sebati dengan perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini.

InsyaAllah, da'ei (orang yang berdakwah) juga seperti seorang guru. Guru yang bukan hanya menyampaikan dan mengajarkan ilmu kepada akal semata tapi seorang da'ei mempunyai tugas yang lebih besar dan sukar daripada itu. Tugas mendidik jiwa agar kenal pada Yang Maha Pancipta dan sekaligus membawa perubahan pada sang jiwa yang dididik. Tak senang bukan tugas itu?

Ya Allah, sangat mulia insan yang hidup pada memberi ini. Berikanlah mereka keikhlasan dan kekuatan untuk membentuk jiwa anak-anak kecil agar bebas daripada perhambaan kepada jahiliyah dan mengenali erti kebebasan sebenar.

Sunday 10 May 2009

bilakah akan lulus?

Bismillah..

"..jangan nangis. Allah ada. Baca hujurat."


Kata-kata kakak membuatku reda sedikit. Bila dibaca dan dibelek ayat2Nya, rasa jauhh sangat. Banyak ayat-ayat dalam surah ini yang Allah mulakan dengan menyeru, "Ya ayyuhal ladzi na amanu (Wahai orang-orang beriman)". Rasa tak layak untuk menganggap Allah sedang bercakap dengan diri yang hina ini. Jauh sekali diri ini dengan orang-orang yang beriman.

"Tidaklah seorang mukmin akan disengat dua kali sari satu lubang (sarang binatang) yang sama."
(Hadith dari Abu Hurairah r.a oleh Bukhari & Muslim)

Hadith ini berulang kali membuat hati lebih pilu. Ya Allah, berapa banyak kali lagi aku akan ulangi kesilapan atas kelalaian yang tak masuk akal ini? Aku berpegang dengan kata-kata, Allah mesti akan uji kita pada benda yang Allah tahu kita lemah. Dan ternyata aku masih lagi gagal dengan ujian ini. Astaghfirullah..Bilakah aku akan belajar dan lulus?

"Awak, saya tertanya-tanya, adakah ujian yang berulang kali nie ujian yang saye tak pernah-pernah pass atau ape? Saya sedih sangat. Adakah saya tak ikhlas dalam buat apa-apa sebelum nie.......?"


Alhamdulillah. Disaat getir sebegini Allah hantarkan jundi-jundiNya untuk membantu diri yang tak layak ini. Dengan sekelip mata pertolongan itu hadir. Dan sekali lagi ukhti hadir untuk mengingatkan diri yang terlupa seketika dalam kesedihan. Kata ukhti,

"Moga ade hikmah yang besar di sebalik kejadian ni. Cam Uhud tu kan?^^. Think positive. Mugkin Allah nk tegur direct ni. Atleast Dia sayang pada awak. Cam UHUD tu. Adakah kekalahan yang besar tu satu kerugian? Mestila tidak, sebab ade pengajaran paling besar disebaliknye. Kalau tak ajar in real life takkan kite sedar. Kalau kita terima degan sabar dan ikhlas, mesti Allah ganti lagi hebat dari ujian ni kan? Kot2 anak awak, mak awak, rezeki awak dimudahkan, rezeki dtg dgn kegembiraan..After kesusahan kan kesenangan?"

Alhamdulillah..Jazakallahu khayr buat kamu-kamu yang membantu..

Sewaktu berada diudara, Allah sampaikan peringatan termanis melalui ayat-ayat cintaNya. Surah Ali Imran dibuka semasa teringatkan kata-kata ukhti mengenai perang Uhud. Ya, perang Uhud. Satu kekalahan yang dialami umat Islam dengan izin Allah atas kelalaian mereka sendiri.

Peristiwa ini membuat ku muhasabah kembali sepanjang cuti ini. Di manakah agaknya salahku, ya Allah..Takut sangat kalau amalan tak seberapa ini tak diterima dek niat yang tak suci. Mungkinkah banyak hati terluka dek banyak hak yang tak tertunai olehku? Ya 'Alim..benarlah kami hanya mengetahui apa yang Kau benarkan kami ketahui. Betapa diri kami ini tak punya apa-apa tanpa bimbingan dan petunjukMu. Astaghfirullah..

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar) kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?"
(3:165)

Kadang-kadang ketika sesuatu musibah menimpa diri, kita akan jadi bingung sekejap. Kita akan mempersoalkan, “Eh, macam mana boleh berlaku nie?” Macam Perang Uhud, orang Islam tak boleh accept kejap yang dorang kalah. Tapi Allah ingatkan balik kemenangan mereka di Badar. Disaat umat Islam hilang pertimbangan, Allah ingatkan memangla Islam itu Allah akan menangkan tapi ia takkan menang sendirinya kalau orang Islam tak berusaha untuk memenangkan ia. Orang Mukmin pun begitu. Mereka takkan terlepas daripada ujian dan musibah kalau dia tak bersungguh-sungguh dalam mengelakkan diri daripada terjebak dalam musibah itu. Mula-mula kita macam nak persalahkan atau persoalkan Allah . Tapi Allah jawab dalam ayat yang sama,

Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (3:165)

Allah terangkan lagi,

Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan , maka kekalahan itu adalah dengan izin (takdir) Allah,(3:166)

Ya, semua benda pun dengan izin Allah kan? Boleh je Allah nak menangkan ahli Uhud walaupun mereka tak disiplin dan tak dengar arahan Rasulullah. Boleh je Allah tak turunkan musibah ini pada diriku walaupun aku lalai. Tapi kenapa Allah beri kekalahan atau musibah itu?

..agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman, dan untuk menguji orang-orang yang munafik..(Ali-Imran:165-167)

Ya, supaya Allah mengetahui dan menampakkan siapa orang mukmin sebenarnya. Siapa yang sabar dan redha dengan ujian Allah. Adakah hambaNya akan bersangka buruk padaNya ketika dalam kesusahan? Atau sejauh mana kita akan bergantung pada Allah dan bertaubat setelah kita ditimpa musibah.

Dalam kesedihan mengenangkan dosa yang bertimbun, Allah pujuk diri ini,

Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(3:139)

Allah berfirman lagi,

Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,
(3:140)

Kalau Allah tak timpakan musibah ini mungkin kita pun tak tahu macam mana iman kita. Mungkin bila diwaktu begini kita betul-betul dapat muhasabah balik niat dan amalan kita sebelum ini dan membetulkan apa-apa yang silap. Dan mungkin juga Allah nak bagi sesuatu yang jauh lebih baik daripada ‘kerugian’ yang kita rasa ini. Ahli Uhud mendapat syahid dan macam mana dengan kita?

..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.(3:141-142)

Mungkin boleh jadi sebagai kafarah pada dosa-dosa kita. Allah nak bersihkan kita daripada titik-titik hitam yang meliputi hati. Allah nak kita tingkatkan taubat, istighfar dan Allah nak kita sentiasa ingat dan dekatkan lagi diri kepadaNya. Dan Allah nak kita bersungguh dan berjihad dalam bertaubat ini dan sentiasa bersabar dalam melakukannya. Ya, mungkin kita sedih dan menyesal setiap kali mengenangkan kesalahan kita tapi Allah berfirman dalam surah ini lagi,

Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasul yang ada diantara kamu yang lain memanggil kamu (dari kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan. Kemudian setelah kamu ditimpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lain telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah.(3:153-154)

SubhanAllah, nampakkan Dia hanya inginkan yang terbaik untuk kita? Allah nak menjadikan kita lebih kuat dan mendidik kita untuk redha atas segala apa yang menimpa. Mungkin Dia nak menyediakan ku untuk ujian yang lebih besar lepas ini. Walaupun seteruk mana kita rasa ujian kita, kita kena yakin itulah yang terbaik untuk berlaku pada tika itu.

Moga ujian kali ini menghapuskan dosa dan karat-karat jahiliyah yang sangat sukar nak dikikir, menjadikan aku lebih berhati-hati agar kelalaian begini takkan berulang dan menyediakan ku untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan hamba yang lebih dekat denganNya..

Mohon doakan….

Thursday 7 May 2009

ia datang lagi?

Bismillah..

Kadang2 tanpa di duga dan diminta, hasutan jahiliyyah itu datang kembali ingin 'mencuba nasib'. Kalau saat dan ketika itu hati dan iman kita senipis kulit bawang, diturutkan terus kehendak nafsu dan termakan juga pujuk rayu syaitan. Ya, makhluk Allah yang dilaknat itu tak akan pernah berhenti menghasut, menyerang dan mencuba menarik kita bersama-sama ke neraka.

(Iblis berkata): Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya).(Al-Isra’ 17:62)


(Iblis berkata): “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”(Al-Hijr 15:39)


Walaupun dalam keadaan kita sudah berjaya melepaskan jahiliyah2 kita dan sedang bergerak menuju cahayaNya. Itulah kerja syaitan dan mereka takkan pernah rehat. Kubu pertahanan iman kita pun harus kukuh sepanjang masa. Jangan biarkan ada masa2 yg ia goyah ya?

Tahniah buat mereka2 yang berjaya menangkis godaan2 dan hasutan2 ini hanya kerana takutkan Allah SWT. Allah berfirman dalam Al-Quran;

“Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan- kesalahan mereka.” (Al A’raf: 201)

Moga Allah menghadiahkan redha dan jannahNya buat kamu2 yang bertaqwa.

Buat jiwa2 yg kadang2 dibelenggu masalah ini, ingin ku kongsikan bicara hati ku waktu dulu. Sajak ini ditulis pada May 2007. Moga bermanfaat..

Aku pengemis,
Pengemis cinta suci,
Perayu cinta sejati,

Aku pengemis,
Yang dahagakan kasih sayangNya
Hanya mengharap pada Maha Pencinta.

Nyah kau cinta dunia,
Pergi kau cinta fatamorgana,
Aku tak perlukanmu,
Cintamu terlalu palsu,
Cinta murahan,
Penuh dengan kepura-puraan.

Aku merayu,
Nyah kau cinta fatamorgana,
Baru saja aku bebas dari cengkamanmu,
Baru sebentar jiwa ini girang,
Riang dengan hanya kasihNya,
Belum sempat putik tumbuh mekar di taman hati,
Tanpa diundang kau muncul kembali,
Lewat hanya untuk sementara,
Mengundang fitnah pada sang jiwa,
Hadir untuk melalaikan aku,
Membawa cita dan harapan palsu.

Aku merayu,
Nyah kau cinta manusia,
Jangan goda nafsu ku ini,
Jangan dekati iman mudah goyah ini,
Pergi!
Mengapa kau tak mengerti?
Tiada ruang untukmu di sudut hati,
Belum tiba masanya lagi,
Mungkin suatu hari nanti,
Pabila cinta Agung lagi pasti telah bersemi,
Hidup subur menjalari hati,
Teguh bertahkta di sanubari.



Buat yang di kasihi kerana Ilahi,
Moga Allah memberi kekuatan agar kita tetap teguh dalam mempertahankan iman ini..