Wednesday, 11 November 2009

rindu...

Rindu,
tapi,
kurang pasti pada apa.

Perasaan itu ada,
kegembiraan,
kepuasan,
kedamaian,
kerehatan,
tapi,
tak pernah terdengar oleh telinga,
tak pernah terhidu dek hidung,
tapi,
perasaan itu ada.

Rindu.
ingin bertemu,
tapi tak tergambar,
atau terbayang dek fikiran,
cuma,
rindu itu ada.

Rindu,
pada saat itu,
di mana semua yang lain sudah tidak bermakna,
kerana yang di buru telah terserlah di hadapan,
impian menjadi kenyataan.

Rindu,
bukan pada materi,
bukan pada manusiawi,
bukan pada duniawi.
Tak tahu pada apa,
tapi,
yang pasti,
pada sesuatu yang hanya hati dapat rasai..

Ya Mujib, betapa Kau tahu ku layak...tapi teramat sangat berharap.....

4 comments:

faisalzulkifli said...

kak, selamat hari lahir..moga allah merahmati kita semua..

Kauthar said...

Kak Zaza! Sanah Helwa...
Hehe~ dengan jahatnya... saya buat kek coklat sempena birthday akak... tapi dah habes ahli rumah Syifa' plus Kak huda makan. heheh~ Halal la ek? :P

imaaaanj said...

hehe. kauthar perlu ke?
eid milad akak! jumpe dlm masa terdekat ni insyaAllah. heeeee

Anonymous said...

salam syg,
kerinduan pada negeri abadi..
mendamaikan jiwa yang resah,
menjernihkan kusutnya minda,
penolak kepada nafas yang sesak..

kerinduan itu meninggikan cita-cita kita,
menjadikan kita lupa pada kepayahn yang ada,
membangkitkan kita dari tidur dan rehat yang lena..

dan kerana rindu itu kita bermujahdah dan melawan diri kita..

dan kerana rindu itu hidup kita amat bermakna sekali!

satu rindu...
pada yang abadi...

dan dari Dia aku perolehi rindu ini, untuk ku curahkan buat manusia yang lainnya tanpa henti....