Tuesday, 27 October 2009

nak lari kejap boleh??

Kadang2 rasa cam nak 'lari' kejaappp je dan sembunyi kan diri..
Penat sikit..taktau nak buat camne dah..
Rasanya kalau 'lari' kejap mcm boleh kumpulkan tenaga balik utk kembali segar dan menyengat..

Tapi....
Bila pikir2 balik....

Kalau kita lari dan Allah tak benarkan untuk kembali camane??

Na'uzubillah..Astaghfirullah..

Nampaknya..lari bukanlah satu option..kalau dlm exam tue takde pun dlm pilihan jawapan dari A sampai G!!

Hanya SATU je pilihan yg kita ada..

Utk terus sabar dalam hadapi ujian2 yg tak pernah surut ini, yakin sungguh2 Allah akn bantu dan mudahkan dan letakkan setinggi-tinggi tawakkal pd Nya..

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan] nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq:2-3)

Ya Rabb..mudahkan~

1 comment:

muharikah said...

saya tahu, apa kata kita gi istanbul atau morocco utk keluar jap dari zon kita?

ataupun berjumpa sisters di german, mesir, france, moga2 dapat mengubat sket hati yang lara..


amacam?

lari2 pun, balik2 kita akan jumpa balik 'tanggungjawap' kita kan?

paling penting adalah utk refreshkan semangat kita..

sebab tu kene ziarah dan jumpa orang lain, yang nak sangatkan tarbiyah ni, tapi takde murabbi membimbing. dari situ derasan semangat pasti bermuara semula di hati awak. insyaallah