Daripada ukhti untuk ukht yang disayangi hanya kerana Allah SWT. Biarlah ku abadikan ia di sini.
menyayangimu adikku,
membasuh lukaku,
mewarnai citraku
mengulit sepiku...
terpandang indah di langit mega biru,
terbayang suasana kita bersama
di balik lagu hikmah kembara..
terkenang aku..
senyummu..
tawamu..
pertanyaan manjamu...
walaupun kau jarang bercerita padaku..
betapa dalam kau sayang .
dan perlukan aku...
tapi aku tahu,
cintamu itu tidak mampu diterjemahkan
diwarnakan dan dilukiskan dengan kata-kata
yang tentu terbatas maknanya...
di balik wajah bersihmu,
yang selalu kurindui
yang selalu mencairkan hatiku,
sering aku temui kekuatan..
dan sering membuatku tersenyum,
tatkala mendung mula berteduh di balik hariku,
kerna amanat berat nan agung ini,
aku tahu,
kau masih ada di sisiku...
di sepanjang waktu...
buat adikku,
moga kau kuat selalu...
Dalam kedukaan, sedih dan penat lelah kita dalam mengharungi perjuangan ini, Allah hadiahkan suatu nikmat yang tiada tolok bandingnya sebagai peneman kepada lara, penolak kepada futur & pemanis kepada kepahitan dan jerihnya jalan ini.
Itulah kemanisan ukhuwwah kerana Allah SWT.
Maaf kak. Diri ini tahu banyak sgt kekurangan dan expectation yg tak tercapai. Tak mampu rasanya diri ini menjadi seperti kakak dan mujahidah lain. Diri ini sering melahirkan kekecewaan di hati murabbiah yang hanya inginkan terbaik utk mutarabbiah nya. Kak, jangan pernah putus asa untuk mendidik diri ini ya?
Tapi percayalah, diri ini sedang dan akan berusaha lebih lagi untuk menjadi terbaik, hanya untuk Allah, Rasul dan jihadNya. Maaf atas segala khilaf dan kesedihan yang terpaksa kita tempuhi.
Sayang akak fillah~
Tuesday, 16 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam adik,
blessed to have u as my adik..
alhamdulillah...
salam,
yup masih ingat dan mudah2an terus ingat plus dpt menghablur segala perkongsian kita jd fikrah yg mendarahdaging dlm diri sendiri ;)
p/s: link yg awak beri saya dalam ym tuh, ttg thumuhat dan cinta, nape sy xjumpa kat blog k aisyah? post tu dkt qumfaanzir ke?
Post a Comment