Friday 24 July 2009

dah berhabuk!

Bismillahirrahmanirrahim..

Kong..kong!! *coughing*

Waa..dah berdebu dan berhabuk rupanya blog nie!!huhu..maaf di atas kelemahan diri dalam mendisiplinkan diri untul terus menulis dan berkongsi dengan pembaca semua. Tiap kali nak menulis, mesti terbantut niat itu. Jari-jemari seakan kaku. Kalau hati ibarat mulut, ia terus diam seribu bahasa. Banyak perkara ingin dikongsikan. Tapi...ntahla. Kan kita selalu dengar orang cakap, bagaimana kita hendak memberi kalau kita tak punya apa-apa? Barangkali itulah yang sering aku rasai sejak sebulan dua yang lepas. Bak kata kakak yang selalu di sisi ku tika saat senang dan sukar,

"Kalau nak menulis kita kena ada perasaan yang kuat untuk push kita menulis benda itu.."

Puas aku mencari dan menunggu perasaan itu tiba. Tapi tak kutemu jua. Atau adakah lebih tepat aku hanya sekadar menunggu dan tak mencari pun sebenarnya??huhu..Astaghfirullah...

Di prayer room kecil ini sambil ku menekan papan kekunci, Allah ingatkan tentang ayatNya;

..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..(Ar-Ra'd: 11)

Ya. Memang sedikit sangat usaha ku dalam nak menjadi hamba yang lebih baik dan dekat denganNya..Astaghfirullah..kata nak masuk syurga!!huhu..iman bukanlah cita-cita tapi ia perlu dizahirkan dalam bentuk amalan. Seperti pokok rendang yang menghasilkan buah manis yang dapat dirasai pemakannya. huhu...

Alhamdulillah, setelah 2 minggu berada di Malaysia bumi tanah tumpah darahku, aku kini meneruskan permusafiran ku ke bumi peti sejuk (bak kata Khadijah si pembuat kopi). Kali ini tarbiyyah ku agak lain berbanding selalu. Cabaran cuti kali ini paling mencabar! Tak pernah menjadi 'tahanan' sebegini rupa. Huhu. Satu liqa' atau majlis ilmu pun yang aku dapat hadiri dan amanah yang kakak ku beri pun tak dapat ku tunaikan. Sedinya!! Di kala sedih, ada insan istimewa yang ingatkan...

"Takpe2..InsyaAllah, ada yang lebih baik Allah nak beri. Awak yang ajar saya tu ^_^.. Bermujahadahlah ukhti"

Huhu..Kan bila mana kita tak mampu keluar mencari bekalan iman Dia pasti akan hantarkan pada kita? Alhamdulillah, ada sisters yang datang ke rumah untuk berkongsi pengalaman dakwah, menyampaikan taujih buat makanan ruhi atau hanya sekadar ziarah. Terharu sangat! Sangat-sangat membantu 'mencelikkan' iman yang layu dan kuyu. Jazakumullahu khayr. Moga Allah balas dengan redha buat jundi-jundiNya.

Berat hati juga semalam bila fikirkan perlu pulang ke UK. Sangat banyak target tak tercapai..(Adakah aku terlalu ambitious dan tak realistic dalam meletakkan sesuatu target? Huhu) Memang sangat-sangat singkat waktu itu. Takutnya kalau-kalau banyak masa yang sia-sia. *sob sob* Tapi....Allah sangat Maha Adil dan Penyayang. Bila Dia tarik/sekat satu nikmat, Dia PASTI akan berikan nikmat yang lain. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Moga diri ini dapat mengembalikan nikmat-nikmat ini semula kepada Allah SWT, Islam dan dakwah. Ameen!! Faiza faraghtafan sob. Waila robbi ka farghob..

(to be continued...iAllah)

No comments: