Monday 16 June 2008

Siapalah diri ini...



Ya Rabb,
diri ini amat merindui syahid di jalanMu,
ingin sekali bertemu denganMu,

berada dikalangan para anbiya',
para syuhada'.

Ya Sami', berikanlah kami isteri(pasangan) kami,
anak cucu kami semua mengembirakan hati,

dan jadikanlah kami ikutan orang-orang yang bertaqwa.

Namun, layakkah diri kotor ini mencapai semua itu?

Layakkah diri ini walau sekadar mencium bau Jannatul Firdausi yang disediakan hanya untuk hambaNya yang solihin?

Layakkah diri hina lagi bergelumang lumpur dan debu dosa ini?

Duduk diatas dipan-dipan,bersandar pada bantal-bantal hijau dan permaidani yg indah bersama kekasih-kekasih Allah S.W.T,

Sambil dilayani bidadari-bidadari yang baik-baik dan jelita yang tidak pernah disentuh oleh manusia maupun jin?

Apakah diri lemah ini telah lakukan dan usahakan untuk mengecapi nikmat tak terhingga Ilahi selain kemungkaran dan maksiat?

Tak usahlah kau impikan cinta kekasih Allah yang merindui jihad dan syahid dijalanNya wahai diri hina ini,

Kalau hatimu masih penuh dengan titik-titik hitam dan noda,

Usah berangan-angan mahukan suami soleh yang sentiasa bermunajat disepertiga malam terakhir jikalau kau sendiri tidak pernah mengecapinya,

Berhentilah bermimpi mahukan suami sehebat Ali kalau peribadimu tidak setanding Fatima Az-Zahra...



Sedarlah wahai diri,
dimana tarafmu berbanding kekasih Allah yang lain?

Sunday 15 June 2008

Selamat Hari Bapa~

’Happy father's day’. Hari istimewa itu hadir lagi buat tahun ini. Perkataan-perkataan yang sentiasa membuat mata ku berkaca. Bapa, ayah, father. Setiap kali kedengaran perkataan-perkataan ini pastiku teringatkan arwah ayah. Senyumannya yang manis, lesung pipit di pipi dan mata yang tertutup separuh setiap kali senyuman terukir dibibirnya. Pastiku warisi ciri itu daripada ayah. Iras-iras wajah cina kerana ayah punya darah indonesia. Ayah..Ayah..Hanya Allah yang tahu betapa diri ini ingin sekali mengungkap perkataan itu. Aku kira sudah 9 tahun tidakku ungkapkan perkataan itu pada seseorang yang bernama ayah. Teringin yang amat sangat hati ini memegang dan mencium tangan seorang ayah.

Ya Allah...Tak terungkap rindu dihati ini. Ya 'Alim, tiada siapa yang dapat membaca hati ini kecuali engkau ya Rabb. Ya Sami', hanya Engkau yang Maha Mendengar doa-doa ku ini. Temani malam-malam sunyi ku dengan kehadiran ayah ku di dalam mimipi-mimpi sementaraku. Mimpikan ayah adalah sesuatu yang ku tunggu-tunggu setiap malam sebelum tidur. Walau dapat berjumpa dengannya begini sudah cukup untuk mengukir senyuman ku selepas tersedar daripada mimpi.

Pemergian seseorang bernama ‘ayah’ mengajarku erti tabah seorang ibu yang dahulunya manja dan berubah menjadi seorang yang cekal mengharungi kepayahan hidup. Mendidikku erti sabar. Kesabaran untuk menyebut perkataan ayah seketika pertemuan kami kembali di Jannatullah. Dengan izin Allah, pemergiaan ayah menjadikan aku seorang yang kuat dan tidak mudah berputus asa di medan perang. Kerana kutahu, kalau aku dapat bertahan setelah ketiadaan ayah, tiada apa selainNya yang dapat mematahkan semangatku. Pemergian ayah memaksaku untuk mematangkan diri, berusaha keras untuk berjaya, hidup berdikari dan bersederhana. Keadaan yatimku mengingatkan pada Rasulullah tercinta yang tidak pernah mengerti kasih seorang bapa kandung. Tapi dengan rahmat dan kurniaNya, baginda sentiasa dikelilingi oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabat yang menyayangi baginda lebih daripada segala-galanya. Aku bersyukur Ya Wadud kerana Kau telah memberikan nikmat yang serupa pada diri kerdil ini. Ya Jabbar, mmg benar. Kau telah mengambil semula matahari yang menerangi hidupku dulu tapi dalam tak sedar Kau sediakan pula pelangi untuk mewarnai hari2ku. Kehilangan ini mendekatkan aku dengan Maha Pencipta. Mendidikku untuk berharap. Berharap hanya pdNya dan membuktikan kekerdilanku sebagai hamba Allah Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, jika kehilangan kasih sayang seorang ayah adalah yang terbaik buat ku, Kau berikanlah ketabahan pada hati lemah ini untuk meneruskan hari-hari ini tanpa nikmatMu ini. Aku pasti, Kau mempunyai dan mengetahui hikmah disebalik keperitan yang terpaksa ku tanggung ini kerana sesunggunhnya Kau Maha Adil. Pasti Kau telah sediakan hikmah dan ganjaran setiap kali hati ini terhiris dek rindu yang amat dalam pada ayah. Ya Mujib,tiada apa yang aku harapkan melainkan Kau tempatkannya dikalangan hamba-hambaMu yang Kau kasihi dan beriman. Dengan izinMu, aku pasti, Kau telah mengira setiap titis air mataku yang akan kau gantikan dengan mutiara di akhirat kelak..

Buat ayah, tak perlu ayah risau. InsyaAllah, anakanda mu akan berusaha menjadi anak yang solehah dan senantiasa mendoakan kebahagianmu di sana. Janji ya? Yang ayah akan tunggu anakandamu ini di pintu Jannah. Kita akan berjalan bersama berpimpin tangan. Sama-sama menunggu saat yang dinanti-nanti. Saat bertemu dan melihat wajahNya..insyaAllah....

Saturday 14 June 2008

tiba masanya utk berlari...

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan(Al-Insyirah:5)

Alhamdulillah..lega rasanya bila dah habis exam..masa waktu nak exam, nak masak untuk makan pon kena fikir dua tiga kali..huhu..sungguh dahsyat penangan exam ni ya?tapi sekarang tak lagi..sudah tidak ada alasan lagi untuk tak 'bergerak'..sudah tidak ada alasan untuk tidak ambil tahu tentang isu semasa yang melanda ummah, membaca buku-buku atau memperbanyakkan hafazan..

Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya pada Tuhanmulah engkau berharap..(Al-Insyirah:6-7)

Ya, Allah sudah sediakan waktu lapang ini untuk kita..pastikan kita gunakan waktu ini dengan sebaiknya sebelum waktu sempit tiba..ini masanya untuk kita isi semula tangki minyak yang sudah hampir kering!!kita nak pecut semula selepas ini..jadi bekalan yang mencukupi amat2 diperlukan..

Berusahalah bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu akhirat ini dan mendekatkan diri dengan Allah SWT seperti mana kita berusaha untuk peperiksaan yang baru sahaja berlalu..Kita ingat bukan bagaimana kita bersusah-payah untuk belajar ilmu-ilmu dunia? Pesan seorang murabbi pada saya,

"gagahkan diri untuk Islam..biar mati antum semua dalam semangat untuk syahid...."

Kata-katanya ini amat terkesan pada jiwa saya..SubhanAllah, saya sangat kagum dengan semangatnya untuk Islam..sememangnya perbuatan dan kehidupannya melambangkan ayat yang kita sering kali ungkapkan di dalam solat, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah seru sekelian alam"

Saya yakin..Kalau kita seringkali bersungguh dalam apa jua yang kita lakukan dengan niat Lillahi Taala, Allah pasti akan menarik nyawa kita dalam keadaan kita kembali ke pangkuanNya sebagai para syuhadah..Bi iznillah..

Ayuh...Kita berusaha bersama-sama mencapai cita-cita teragung itu ya?

Ya Rabb, berkatilah masa kami..bantulah kami utk menggunakan nikmat2 yang Kau berikan pada jalan yang Kau redhai.....

Thursday 12 June 2008

aku hanya insan biasa...

"kalau bende2 kecik pon tak settle, macam mane dia nak handle bende2 besar?!"

Ya Allah....sudahkah aku menjadi fitnah pada perjuangan ku ini?

Aku hanya insan biasa. Yang sering kali melakukan kesilapan. Yang tak sempurna. Walau banyak kekurangan pada diri, tapi aku sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. Aku tahu aku kurang bijak berbanding orang lain. Tapi tak sedarkah mereka aku sedang mencuba?

Ya Allah...aku tak sempurna. Adakah ketidak sempurnaan ku ini menghalang ku untuk turut serta dalam perjuangan menegakkan agamaMu? Maafkan aku kerana aku tidak sempurna atau sehebat orang lain. Tapi jangan disebabkan itu aku tidak layak untuk menjadi jundi Mu pada pandangan mereka...

Ya Allah...tunjukkan pada mereka. Aku hanyalah insan biasa. Yang tak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tapi aku sedang cuba untuk berubah. Engkau tahu aku sedang berusaha bukan?

Ya Rabbi, aku pasrah jika itu sangkaan mereka padaku tapi aku tak rela jika Kau yang murka padaku........

Ampunilah........

Wednesday 11 June 2008

confession~

Setelah lama mengetahui berita itu, akhirnya ukhti mengkhabarkan sendiri padaku berita gembira itu..

Walau jauh di sudut hati agak sedih mengenangkan kakak ku itu akan menjadi hak orang lain, tak dapat kubayangkan perasaan adik-adik ditempatnya..pasti mereka lebih merasai kehilangan itu..

Allah Maha Mengetahui..Dia berikan sesuatu pada hambaNya hanya pada waktu dan saat terbaik..

Yakin ya ukhti?

Hanya Allah sumber kekuatan dan tempat kita bergantung..

Ya Sami', Kau makbulkanlah setiap permintaan hati kecil kami ini......

Hati suka apa?

Cuba kita tanya pada cik hati kita....

"Hati hati,awak suka ape hati?"

"Hati suka pada yang indah, menenangkan dan cantik!!"

Memang tidak dapat dinafikan hati memang suka pada yang indah dan menarik perhatian..Jadi tak mustahillah hati memang suka pada hiburan ..tidak macam cik akal kita..yang hanya sukakan logika dan realistik..Hati kita pasti terpaut dengan kata2 indah, puisi2 dan karya2 menarik..

'Seseorang berkemungkinan ketika mendengar sesuatu pengertian, tetapi sedikit pun tidak menyentuh hatinya tetapi apabila digubah dalam bentuk rentak puisi tertentu akan mengembirakan orang yang gundah gulana, menggerakkan orang yang lalai dan mendekatkan cita2 yang dahulunya terasa jauh..'(muntalaq-Syair menjadikan perkataan menarik)

Jadi kita sebagai orang yang ingin sebarkan kasih-sayang ini perlulah pandai berkata-kata dengan bicara hati..hanya puisi2 dan kata2 indah dapat melembutkan hati2 yang keras..kata2 dari hati akan pasti masuk ke hati juga..bi iznillah..

Untuk org2 yang tak pandai berbahasa puitis macam saya ni haruslah banyak membaca novel2 & puisi2 utk membina skill ni...

Hmm tunggu apa lagi? Silalah merajinkan diri awk tu untuk membaca yer?Kenapalah susah bebenor nie nak membaca.....huhu..(nie monolog dalaman..hihi)

Ya Rabb,aku ingin menjadi yang terbaik di kalangan hambaMu..berilah ku kekuatan utk menjadi yang terbaik~


Dengan izinNya~

Alhamdulillah, setelah hampir setahun setengah hati ini disirami cahaya hidayahNya, baru kini terzahir cita dan hasrat di hati..memang dah lama inginkan blog..dengan izinNya, dapatlah berkongsi rasa dengan hambaNya yg sudi mendengar..

Baru sebentar tadi bersama-sama akhawat Jepun..'berduduk sebentar, dan beriman sejenak'..Jazakillah ukhti..kerana memberiku inspirasi untuk memulakan blog ini..Terima kasih Allah, kerana memudahkan segalanya..

"Takpe, walaupun kite tak pandai menulis tapi dengan niat yg ikhlas Lillahi Taala, mesej itu akan sampai jugak..dari hati, akan turun ke hati.. ^_^"

Banyak sangat rasanya yang perlu dikhabarkan dan dikongsikan ilmu yang tak seberapa ini..Hmm nak mula di mana ya....?

Bismillahirrahmanirrahim........