Tuesday, 30 September 2008

Ia telah pergi~

Cepat sangat rasa ia berlalu tahun nie. Pejam celik pejam celik, Syawal pon tiba. Alhamdulillah, tahun nie rase different experience skit daripada tahun lepas. Rase mcm masuk Amazing Race. So many things to do and to achieve in a little period of time. Tapi Allah tue Maha Penyayang. Dia selalu je dengar doa dan kehendak hambaNya. Dia banyak mudahkan. AlhamdulillahX3..

Sekarang masanya untuk kite muhasabah balik amalan2 dan ibadah2 kita masa bulan Ramadhan lepas. Apa kekurangan dan kelebihan dan apa yang boleh di improvekan lagi. Sentiasa muhasabah. Itulah cara nak mencapai ketaqwaan kan?

Walaupun agak sayu melepaskan Ramadhan pergi, tapi hati tetap berbunga sebab banyak benda yang dah achieved masa Ramadhan lepas, dengan izin Allah. Hope it will be a motivation for me to become even better and try harder to achive His blessings. Selepas mencapai sesuatu kejayaan, Allah ajar kita untuk sentiasa bertahmid dan lebih2 lagi beristighfar sebab dalam menghadapi ujian dan apabila berada dalam 'peperangan' sebelum mencapai kemenangan, mungkin banyak perasaan dan benda2 yang tak sepatutnya kita buat tanpa kita sedari. Allah ada ceritakan dalam surah An-Nasr.

Sama-samalah kita semua berdoa agar tapak2 semaian subur yang sudah kita sediakan berserta benih2 berkualiti dengan penjagaan rapi yang penuh ikhlas dan khusyuk sepanjang Ramdhan lepas akan mengeluarkan bunga dan buah taqwa untuk keperluan kita sepanjang tahun sehingga Ramadhan akan kembali lagi. Allahualam...

Selamat hari raya.. Maaf dipohon sekiranya ada silap dan salah..

p/s: Tanpa diduga-duga Allah datangkan ayah dalam mimpi pada malam raya pertama. SubhanAllah, sangat best perasaan tue. Hilang rindu di hati. Thank you Allah =)

No comments: