Tuesday 18 January 2011

kita adalah duta Islam

Pesanan & peringatan terutama sekali buat diri ini dan kalian yang disayangi Lillahi Taala..

-------------------------------------------------------------------------------------

wahai para mujahid muda,

sedarkah kalian?
setelah kita berjanji untuk menazarkan
dan menginfakkan segala yang ada pada diri kita untuk Islam,
bergerak seiring&sejalan dengan gerabak dakwah ini,
kitalah duta yang Allah SWT hantarkan,
buat manusia2 di muka bumi ini.

wahai para mujahid muda,
tugas ini bukanlah mudah.

ya,
tiap kata2,
pemikiran,
tingkah laku,
pergaulan kita dengan yg lain jantina,
pemakaian,
dan akhlak yang dipamerkan oleh kita,
haruslah mengambarkan Islam yang sebenar.

kenapa?
kau mungkin bertanya..

kerana wahai mujahid muda,

Islam kini telah asing bagi manusia,
Islam hanya tinggal sebagai satu nama,
ajarannya semakin jauh dengan kita,
semuanya nampak kabur,
sedangkan Islam itu jelas hitam & putihnya.

Manusia rata2 kini sesat,
meraba-raba dalam kegelapan&kesamaran,
mencari-cari cahaya,
untuk dijadikan penyuluh buat perjalanan mereka menuju Allah SWT.
tercari-cari Islam sebenar,
untuk mereka berpegang teguh,
agar tak hanyut ke tepi jurang neraka.

Dan bila manusia menjumpai mu wahai duta Islam,
mereka akan lihat dan perhati,
segala tindak tanduk
dan kelakuan mu.
Islam akan dinilai melalui tingkah laku mu,
akhlakmu,
ikhtilatmu,
hatta pakaian mu yang akan diperhati.
untuk dijadikan ikutan,
dijadikan panduan,
kerana yakin dirimu pasti akan mengikuti Islam yang sebenar,
kerana kau seorang duta kpd Islam dan Allah SWT di muka bumi ini.

Perhatikanlah wahai mujahid muda,
jika kita tersilap langkah,
jika masih bergelumang dengan maksiat,
masih lagi pergaulan jahiliyyah,
pakaian jahiliyyah,
akhlak jahiliyyah,
gaya hidup jahiliyyah,
manusia akan keliru!
manusia akan terus berada dalam kesamaran,
dan paling digeruni,
manusia tak percaya lagi pada duta Islam,
kerana duta Islam juga dilihat sama seperti duta jahiliyyah yang lain!
na'uzubillah!!!

harga syurga tak murah wahai mujahid muda,
Islam itu benar & suci,
Allah takkan biarkan panjiNya dibawa oleh mereka yang tak layak.

marilah wahai mujahid muda,
kita pasti ingin terus membawa panji Islam ini,
syurga pasti masih mengiurkan buat kita,
mari,
kita bersihkan jiwa & diri,
dengan taubat nasuha,
dengan istighfar,
dengan zikrullah dan ayat2 suci Nya,
bina aqidah & iman yang sebenar dalam jiwa kita.

wahai mujahid muda,
celupkan,
dan lemaskan dirimu dalam celupan yang sebenar,
kerana siapa yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah SWT?

katakan "SAYONARA pada jahiliyyah",
Lillahi Taala...

-muhasabah mode-

2 comments:

superserikandi said...

akak, minta izin copy ya :D

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)