Setelah pulang ke tanah air aku tahu masih banyak urusan perkahwinan yang perlu diuruskan. Pening jugak bila memikirkan urusan perkahwinan ini tapi yang paling pening ialah menguruskan guest list. Sama la sikit dgn nak follow up mad'u kita sorang2 untuk ke program. huhu.
Keesokan hari selepas tiba di malaysia di kala masih jet lag, aku di bawa untuk fitting baju-baju yang sudah ditempah setahun yang lalu. Tak tahu bagaimana rupa dan bentuk baju2 itu kerana semua diserahkan kepada keluargaku. Dengan hati yang penuh tawakkal dan berdoa sangat pada Allah yang baju2 itu akan bertepatan dengan syari'e, aku pun cuba baju-baju itu. Walaupun tak la 100% memenuhi kriteria, tapi ok la memandangkan keluarga ku yang mencadangkan design tue, Alhamdulillah (setelah berpuluh kali aku ingatkan pakcik designer utk buat longgar dan labuh..huuu)
InsyaAllah, halangan satu dah pass. Tiba pula pada halangan ke-2 iaitu bab tudung! Hurm nie la paling payah....Semua tudung yang mereka sediakan pendek2 belaka. Ada yang panjang, mak pulak tak berkenan jenis kain tudung. Bila ada kain tudung yang sesuai, jarang pulak. Aduhh! Memang susah sungguh nak jumpa yang sesuai!
Baju nikah itu sgt cantik sbb kolarnya jenis high colar style cheogsam. Ditambah pula dengan manik2 yang sarat di bahagian leher dan dada. Ditambah pula aku mahukan tudung yang labuh menutupi dada, sempat kakak tue komen,
"Rugi la kalau di tutup manik2 tue dik!"
"Tak cantikla kalau labuh2 sgt. Kalau angkat sikit mcm nie ok la.."
Byk la lagi komen2 yg dilemparkan oleh semua org. Hurm terbakar juga telinga ini mendengar. Tapi hati ini sabar dan terus bersangka baik. Hati kecil berbisik,
Takpela, kakak2 ini belum paham lagi...
Susah juga bila mana kita sorang je dan terpaksa berdepan dengan 4-5 orang lain lagi yang berfikiran sama dan sama sekali bertentangan dengan kita. Tiba2 ibuku naik marah kerana sikapku yang berkeras kepala nak jugak tudung labuh,
"Dah, masukkan tudung tue dalam kolar, sehari je pun kawin dalam seumur hidup!"
Wahh..ini sangat menguji keimanan! rasa mcm nak menjerit je ckp, mati pun sekali seumur hidup tau! huuu T_T..tapi nasib baik tak terpacul drpd mulut ini..Alhamdulillah, Dia peliharaku..
Kesabaran ku sudah tidak dapat dibendung lagi! dengan selamba ku berkata,
"Habis tue apa gunanya pakai tudung kalau nampak dada!"
Wuaa geram sgt masa tue. Lepas ckp rasa menyesal sgt sbb smua kakak2 di kedai tue pakai tudung indonesia yg takat atas dada je. Ya Allah, tak berniat langsung nak menyindir mrk tapi itulah kebenaran. Terpaksa nyatakan walaupun pahit! tapi sgt la tak berhikmah kan..Astaghfirullah ... T_T kata2 ku itu seperti 'tindakan reflex!'
It was a bad 'tindakan reflex'..huu. .apa lagi kena la kan marah on the spot oleh ibu terchinta..dah kena marah2 tue terpaksala masukkan jugak tudung ke dalam kolar. sambil air mata bercucuran dan ibuku terus marah dengan suaranya yang sgt kuat, ku masukkan juga tudung ke dalam. melihat ku menangis, kakak2 tue terkesima dan panic tak tau nak buat ape. Sungguh la berdrama ok! huu..
Alhamdulillah, teknik air mata menjadi kali ini. Semua terpaksa akur dengan kedegilan ku untuk melabuhkan tudung. Tapi hati sangat sebak dan rasa marah sangat. Sedih kerana diri ini sangat lemah dalam nak menegakkan yang hak dan marah sangat kerana manusia dengan sesuka hati tak mahu ikut apa yang Allah perintahkan dan mengikuti hawa nafsu mereka!
"Ala dik, takkan taknak fit kan baju tue, tak cantik la!"
"Ala, takkan tudung tue nak biarkan labuh sampai ke bawah macam tue, nampak tak kemas lah!"
”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)
”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).
Apakah manusia mengira apa yang lebih cantik, lebih kemas dan konon yang elok pada pandangan mata mereka lebih hebat daripada apa yang Allah perintahkan dan suruh hambaNya jauhi?!!
Apakah mereka sanggup mengenepikan hukum hakam Ilahi hanya kerana hawa nafsu dan keinginan mereka untuk meraih 'kebahagian' duniawi sahaja?!
Apakah akhirat dan penilaian Allah sudah tidak penting dan manusia sanggup menjual akhirat mereka dengan harga yang murah?!
"Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu (yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan) tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu.)" (Al-Furqaan: 43-44)
Ini baru soal baju kahwin. Belum lagi soal make-up.
"Ala sekali je nak cukur kening tue."
"Sekali je pun nak pakai bulu mata palsu. Kahwin kan sekali seumur hidup!"
Astaghfirullah. ... T_T
Wahai wanita-wanita sekalian,
Cukupkah hanya dengan alasan dan hujah "nak cantik", "nak ikut trend" atau kerana fesyen kita sanggup meringankan apa yang Allah SWT nak kita buat?
Tepuk dada tanyalah iman....
Harga syurga tak murah. Untuk membelinya kita harus bayar dengan harga yang mahal. Terpaksa dibayar dengan perasaan, jiwa dan apa-apa yang nafsu kita suka. Mungkin kita nampak seperti 'ketinggalan' , 'tak glamour', tak meraih 'kebahagian duniawi' pada pandangan manusia lain. Takpela, Allah yang akan menghisab kita bukan manusia lain. Yakinlah dengan janjiNya. Kita takkan pernah rugi.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah:111)
Peringatan: Dalam bab kahwin dan nak berhadapan dengan family kita, insyaAllah tak semua apa yang kita pegang dan harapkan dapat kita lakukan. Kadang2 ada sesetengah benda kita memang terpaksa akur dan pasrah dengan kehendak family kita. Cuma kita fight je sehabis termampu. Dan lepas itu kita tawakkal pada Allah SWT. Apa sahaja yang berlaku lepas itu insyaAllah yang terbaik dan kalau jadi sebaliknya, mungkin ada hikmah yang boleh diambil. Moga Allah SWT memberikan yang terhampir dengan redhaNya..
Sunday, 11 July 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
salam...
baru ari ni terjumpa blog kamu...saya kagum dengan pendirian kamu...dalam kite nak pertahankan hak...hati ibu juga perlu dijagakan..slalu tersepit dalam keadaan macam tuh..anyway...tahniah saya ucapkan untuk bakal pengantin...semoga perkahwinan kamu dirahmati ALLAH...
salam kak zaza
moga Allah permudahkan buat akak.
p/s: bila walimahnye kak?
salam.Tahniah kerana tak lama lagi akan memulakan kehidupan baru..moga sentiasa dlm perlindungan dan keberkatan Allah. SELAMAT PENGANTIN BARU..
salam za,,
moga beroleh keberkatan dalam segalanya..
banyak berserah pada Allah ye.. jgn rebel sgt (kdg2 macam saya,hehe).. senyum je,istighfar kemudian doa banyak2 pada Allah:) iAllah Dia akan memberikan jalan keluar yg xdisangka2.
tp post awk nih bagi semangat jugalah, i mean.. kita tak keseorangan dalam perjuangan sebuah iman,kn..
c u during ur wedding iAllah
barakallahuma..
salam syg
Za I feel you.. baca pun sedih bila bertentangan macam tu, tp perlu dipertahankan apa yang betul.
Jumpa nanti insyaAllah
salam dear sist in Islam,
just blogwalking..terjumpe post ni..
Alhamdulillah, congrates akak!
barakallahu lakuma wa baraka 3laikuma wa baraka feekuma wa jama3 bainakuma filkhair~
Smg Allah pelihara akak, berikan akk kekuatan & keberkatan dlm hidup..
>thanks for sharing this, takut pula dgn realiti diri sendiri nanti<
u fight for that tudung!!!!! sy sgt kagum! mase kakak sy kahwen dulu, nsb dia mmg baik, dpt seorg tailor yg sgt memahami dan mnghormati muslimah. kalau anda x pakai tudung, dia x kisah sgt, tp, kalau dia ade client yg pakai tudung, tanpa segan silu, dia akan ckp "ko tu pakai tudung, xpayah nak ketat2 sgt. tudung ape nih pendek? labuhkan takat dada. aku buat manik2 detailings kat bawah ok. leher bahu dada x payah. tutup dgn tudung kan nnt?" seronok kan? dia seorg pereka fashion yg semakin menempa nama di malaysia, dan masih mnjaga kehormatan wanita!
owh ye... sila jnguk ke blog sy.
ade mini square cakes yg sesuai dijadikan wedding favors
http://kekcawanmanis.blogspot.com/
salam kak zaza..
br terjmpa blog akak.
post ni subhanaAllah.tertempias ruh mujadahah akak. :)
hihi. sy p walimah akak. if akk perasan lah.hehe :DDD
1st time jumpe akak, masa serang walimah akak la.
well, brothers n sisters in islam, da biasa men serang2 walimah ni, even x pena kenal pon :D
wow,very daring r akak ni..huhu papepon tabik spring kat akak coz pertahankan hak. Teruskan kak..
salam kak zaza...
bru baca entry akk nih....same goes here by the tyme nk walimah tuh....byk bende sgt2 susah nk kawal...hurm....
Post a Comment