Tuesday, 1 December 2009
tentang cinta
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan pengalaman yang sikit Allah SWT kurniakan jiwa ini untuk mengenal erti cinta, rasanya nak kongsi dengan jiwa-jiwa yang sangat dekat di hati..
Cinta..
Ungkapan yang kita sering dengar. Perkataan yang sering membasahi bibir manusia yang sedang asyik merasai kemanisannya.
Mana mungkin ada cinta tanpa pengorbanan. Cinta tak cukup hanya dengan perasaan yang membuak-buak. Bukanlah cinta kalau kita hanya menjadi asyik dengan nasyid mendayu-dayu dan puitis tentang Allah SWT tanpa terlahir sebarang pengorbanan dan membuahkan amal. Yang lebih penting adalah manifestasi daripada kecintaan kita kepada sesuatu.
Kalau itu pun bukan cinta, ini kan pula cinta 'tak halal' yang hanya membawa manusia paling kurang ke lembah zina hati dan perasaan. Pada pemikiran yang dangkal ini, cinta 'tak halal' hanya boleh dilabelkan cinta sejati kalau pasangan itu sanggup bergolok gadai 'menghalalkan' juga cinta mereka dengan perkahwinan. Mungkin alasan yang kita sering dengar adalah,
"Ala, mana cukup duit lagi nak kahwin. Tunggu la dah kerja dan stable dulu. Nanti apa anak bini nak makan?"
atau
"parents kami tak kasi kahwin la sebab masih belajar"
dan juga
"macam mana nak fokus dalam belajar kalau kahwin nanti!"
Mana datangnya cinta kalau pasangan yang kononnya bercinta itu tak sanggup untuk hidup susah bersama kerana tak cukupnya duit? Apa namanya cinta kalau mereka tak sanggup untuk menghadapi ibu bapa mereka dan studies untuk bermatian mempertahankan cinta mereka?? Mari kita renung-renungkan fenomena ini yang bukan sahaja menjalar dalam jiwa ramai umat Islam kini tapi wabak ini juga seperti sudah menjangkiti, merosak dan membusukkan pemikiran umat Islam.
Ok, cukuplah kita berbicara tentang cinta sesama manusia. Bukan itu tujuan entri ini ditulis. Cinta yang akan diperkatakan adalah yang lebih besar dan hebat daripada itu. Lebih hakiki. Lebih agung. Mungkin ramai yang mengungkapkan cinta hakiki ini tapi berapa ramai yang sebenar-benarnya merasai dan sanggup berkorban untuk cinta ini??
(bersambung lagi....insyaAllah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Emm..jika dah lama bercinta..dah mesti ada macam macam hal...menarik karangan anda,,tk
Post a Comment