Monday 7 December 2009

tentang cinta II

Bismillahirrahmanirrahim..

Cinta seseorang kepada sesuatu terjadi kerana ada dorongan, baik positif mahupun negatif. Ada benda yang menarik, menyenangkan dan ada harapan disebalik cinta itu. Tak kisah la apa pun.

Melihat sifat cinta yang hanya terlahir dengan dorongan, cinta itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu cinta syar'i, iaitu cinta yang lahir kerana iman;

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, dibe
rikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui."
(Al-Maidah: 54)


dan cinta tidak syar'i yang lahir kerana syahwat;


"Dijadikan indah pada [pandangan] manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini (syahwatnya), yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik [surga]." (Ali-Imran: 14)


Cinta kepada apa pun, baik yang bersifat syar'i atau sebaliknya akan menunjukkan tanda-tanda yang dapat kita nilai dengan j
elas.

Di antara tanda-tanda cinta ('alaamatul hubb) ialah banyak menyebut (kathratu dzikri) tentang or
ang yang dicintai. Itulah yang sering ada dalam pemikiran seseorang yang sedang bercinta. Tiap saat dan ketika. Sehingga orang yang dicintai sering menjadi sebutan dan pujaan. Pada mata manusia lain, kekasihnya adalah seperti biasa. Tiada yang luar biasa dan istimewa. Tapi pada perkiraanya, kekasihnya adalah segalanya. "Dialah bulan, dialah bintang". Kecantikan, kehebatan dan kesempurnaan kekasih hati pada pandangannya menyebabkan dia benar-benar kagum. (al 'ijaab) Terus lagi disebut-sebut, dipuja-puja.

Pernah dengar kan ungkapan "cinta itu buta"? Sampai satu tahap, memang cinta itu boleh membuatkan seseorang itu buta. Buta pada realiti. Buta pada kebenaran. Buta kepada apa yang munasabah. Cinta menyebabkan orang rela terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kekasihnya. Apa pun yang kekasihnya buat atau apa yang dilakukan untuk kekasihnya, dia akan nampak yang baik sahaja, walaupun kadang-kadang dia akan kerugian dari segi fizikalnya atau materialnya. Baginya, itulah sesuatu yang menguntungkan dan satu kemenangan sekiranya kekasihnya redha (ar-redha) kepadanya, walaupun dia harus mengorbankan sesuatu yang paling berharga dalam dirinya.

Bagi orang yang bercinta, puncak kebahagiannya adalah apabila dia dapat berkorban (at-tadhiyyah) demi cintanya. "Puncak gunung sanggup ku tawani, lautan api sanggup ku renangi"! Semakin besar cintanya; semakin besar pengorbanan yang dilakukan, semakin besar cinta yang didapatkan daripada k
ekasihnya; semakin besarlah kebahagiaannya. Owh indahnya dunia pabila dua makhluk bercinta! Segala yang ada disekeliling mereka hanya picisan dan tak bermakna apa-apa asalkan kekasihnya ada!

Dalam waktu yang sama, dia akan merasa cemas (al-khauf) bila cintanya tak terbalas. Gusar sekiranya kekasih hati tak mengirimkan kabar berita. Jiwa kacau kalau lama tak dapat berjumpa. Sesak di dada kalau tak dapat ungkapkan luahan rasa! Perasaan cemas dan takut inilah yang menolaknya untul berusaha semaksima mungkin untuk mencari
redha kekasihnya. Dia akan lakukan apa sahaja untuk pastikan perasaaan cemas itu hilang dan hati hanya akan tenang sekiranya merasai cintanya terbalas.

Dia tidak pernah berputus asa andai apa yang yang ia harapkan daripada kekasihnya belum juga dapat sebab tiada harapan lain baginya. Dia hanya berharap (ar-raja') pada cinta dan perhatian kekasihnya. Kekasihnyalah harapan utama dan terakhir. Tiada yang lain. Dia sering mengharapkan kekasihnya juga merinduinya. Sering jua mengingati dan menyebut-yebut namanya.

Hebat bukan perasaan cinta ini? Semua tanda-tanda cinta ini tak hanya berlegar pada perasaan dan hati semata tapi ia terlahir pada sikap dan perbuatan mereka yang merasainya. Tapi adakah 'worth-it' kalau sesuatu yang besar sebegini orang mukmin hanya berikan pada manusia lain yang berbolak-balik hatinya dan kepada manusia yang juga akan dikunjungi malaikat maut sama seperti diri mereka sendiri?

(bersambung lagi, kalau Allah izinkan...)

1 comment:

muharrikdaie said...

Bila berbicara ttg cinta kita memerlukan pengalaman dan penghayatan serta pernah melaluinya.

Cinta adalah sesuatu yang subjektif ....

Lihatlah ahli ahli sufi bagaimana mereka amat menyintai Allah sehingga sanggup meninggalkan kehidupan dunia yang kalau difikirkan secara logiknya tidak dapat kita lakukan namun inilah kehendak Allah.

Apa yang ingin ana simpulkan adalah kita tidak boleh menolak kebenaran hati kita untuk mencintai manusia( ibu, ayah,boyfriend dll bersifat dunia) kerana ianya bersifat fitrah dan kita tidak boleh samakan dgn mencintai Allah.

Kerana mencintai manusia,tiba tiba saja kita boleh rasa cinta dan tiba tiba saja kita boleh menarik cinta itu balik...

namun

untuk menyintai Allah memerlukan proses yang panjang kerana bersangkut paut dengan Iman dan proses itu memerlukan ilmu,kesedaran, tarbiyah sebgai asasnya. Dakwah dan jihad sebgai jalannya. Tadhiyah buktinya. Mati keranaNya adalah natijah dan CINTA yg sebenarnya.
Sukarkan? dan memang tak sesenang untuk dituliskan ....

Itulah cinta yang hakiki untuk bertemu yang ABADI kerana dalam syurga hanya dipenuhi cinta dan tiada lain selain CINTA.
Positifkan makna cinta.

Dan yang mendapat cinta itu hanya sedikit dan tidak ramai ....

Semuga kita tergolong dikalangan hamba yang berusaha kearah mengejar cinta itu!

Wallahuaklam