Tuesday 30 September 2008

Ia telah pergi~

Cepat sangat rasa ia berlalu tahun nie. Pejam celik pejam celik, Syawal pon tiba. Alhamdulillah, tahun nie rase different experience skit daripada tahun lepas. Rase mcm masuk Amazing Race. So many things to do and to achieve in a little period of time. Tapi Allah tue Maha Penyayang. Dia selalu je dengar doa dan kehendak hambaNya. Dia banyak mudahkan. AlhamdulillahX3..

Sekarang masanya untuk kite muhasabah balik amalan2 dan ibadah2 kita masa bulan Ramadhan lepas. Apa kekurangan dan kelebihan dan apa yang boleh di improvekan lagi. Sentiasa muhasabah. Itulah cara nak mencapai ketaqwaan kan?

Walaupun agak sayu melepaskan Ramadhan pergi, tapi hati tetap berbunga sebab banyak benda yang dah achieved masa Ramadhan lepas, dengan izin Allah. Hope it will be a motivation for me to become even better and try harder to achive His blessings. Selepas mencapai sesuatu kejayaan, Allah ajar kita untuk sentiasa bertahmid dan lebih2 lagi beristighfar sebab dalam menghadapi ujian dan apabila berada dalam 'peperangan' sebelum mencapai kemenangan, mungkin banyak perasaan dan benda2 yang tak sepatutnya kita buat tanpa kita sedari. Allah ada ceritakan dalam surah An-Nasr.

Sama-samalah kita semua berdoa agar tapak2 semaian subur yang sudah kita sediakan berserta benih2 berkualiti dengan penjagaan rapi yang penuh ikhlas dan khusyuk sepanjang Ramdhan lepas akan mengeluarkan bunga dan buah taqwa untuk keperluan kita sepanjang tahun sehingga Ramadhan akan kembali lagi. Allahualam...

Selamat hari raya.. Maaf dipohon sekiranya ada silap dan salah..

p/s: Tanpa diduga-duga Allah datangkan ayah dalam mimpi pada malam raya pertama. SubhanAllah, sangat best perasaan tue. Hilang rindu di hati. Thank you Allah =)

Monday 29 September 2008

The Lost..

Sunday, September 14, 2008


Puteriku Siti Hajar - Permata Hati Ayah Dalam Kenangan


Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang melulu dan tidak terkawal. Tetapi hakikatnya itulah perasaan seorang ayah yang kehilangan anak tercinta ……



Tanggal Isnin 8 September 2008, di kala umat Islam sedang asyik mengerjakan solat sunat Tarawih, puteriku Siti Hajar dalam diam-diam dijemput menemui PenciptaNya. Umurnya yang baru menempuh 23 tahun, pelajar tahun 1 UIA di dalam bidang Bahasa Arab dan memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk memanjangkan usianya. Saat dan ketika puteriku dah sampai, dan sebagaimana janji Allah swt, 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Aku pasrah kepada ketentuan Ilahi …….



Kakak, begitulah ia membahasakan dirinya, tidak pernah sakit lebih daripada 2 hari lamanya sebelum ini. Itu pun jarang berlaku. Kakak seorang yang sihat dan aktif di dalam kerja-kerja mengajak manusia kepada Allah dan pelajaran. Secara tiba-tiba Kakak terkena sakit ruam di seluruh badan lebih kurang sebulan yang lalu. Aku ubati Kakak sebagaimana biasa. Ruamnya sembuh tetapi sendi-sendi kakinya pula rasa sengal dan sakit. Ujian darah di SJMC menunjukkan Kakak mengidap “Rheumatoid Athritis” yakni radang sendi di peringkat awal. Menurut doktor yang mana juga aku persetujui, ia hanya kecil, mudah sembuh dan tidak merbahaya. Kakak mengambil ubat-ubatan secara alopati, homeopati dan juga rawatan secara Islam. Hasilnya Kakak hampir sembuh 2 minggu kemudian. Apa yang peliknya, kebiasaan manusia apabila penyakitnya makin sembuh maka tahap kecergasannya pun semakin meningkat. Tetapi tidak dengan Kakak. Kecergasannya semakin menurun walaupun penyakitnya semakin sembuh. Ini yang membingungkanku dan semua orang ……



Lebihkurang 1 minggu yang lepas, Kakak tiba-tiba demam. Demam biasa saja, suhu tinggi sikit dan diiringi dengan batuk dan cirit-birit. Walaubagaimana pun keadaannya tidaklah begitu membimbangkan, musim demamlah katakan …..



Hari Isnin, ketika aku sibuk bersiap untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi, isteriku memaklumkan bahawa Kakak merasa sedikit penat hari itu. Aku jenguki Kakak dan mendapati ia sedang berbaring relaks. “Nampak biasa saja,” bisik hati ku lantas bergegas ke tempat kerja. Di sekitar pukul 6.30 petang aku pulang dari kerja dan terus menjenguk Kakak. Pelik hari tu kerana Kakak tidak berbaring di biliknya sebaliknya memilih berada di bilik tetamu. Sebaik aku masuk, terpandang keadaan penat Kakak yang agak melampau sehinggakan kepala dan tangannya tergoyang-goyang di luar kawalan. “Ini sangat serius,” bentak hatiku. Saya cadangkan kepada Kakak supaya kita ke klinik tetapi Kakak menolak dengan lembut. “Kakak tak taulah ayah, Kakak penat betul hari ini. Boleh tak esok saja kita pergi klinik?”,ujarnya dengan nada yang amat memilukan. Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan Kakak. Aku angguk kepala tanda setuju. Aku duduk di sisinya lantas memegang dan mengusap tangan dan muka Kakak. Suhu badan normal, sendi-sendinya pun sudah tidak sakit lagi dan batuknya pun telah ghaib entah ke mana. Kakak berkata ia semakin sihat. Peluhnya keluar mencurah-curah dan ia berselera sekali makan. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini kerana keadaan fizikalnya tampak semakin baik. Baru aku sedari kemudian bahawa Kakak bukan penat biasa tetapi nyawanya semakin pendek dek ditarik perlahan-lahan oleh Malikul-Maut.Aku berbual-bual mesra dengan Kakak sambil ia memegang erat tangan ku. Apabila aku menarik tangan untuk pergi bersiap berbuka puasa, Kakak merayu supaya aku tunggu sekejap lagi bersamanya. Aku berjanji akan kembali menemani Kakak selepas berbuka puasa di masjid. Sekembali aku dari masjid aku dapati Kakak semakin ok, siap senyum lagi dan meminta ayah pergi bertarawih ke masjid. Dia dah sembuh, katanya. Aku pergi bertarawih dengan agak ceria apabila mendengar pengakuan Kakak. Telepon bimbit pun tidak “bervibrate” ketika solat bermakna semua ok di rumah.Ketika aku berada 100 meter dari rumah waktu pulang bertarawih, tiba-tiba telepon bimbit berbunyi. “Cepat bang anak kita tak mahu bangun!”, jerit isteriku. Menurut isteriku kemudiannya, selepas aku ke masjid, Kakak minta nak solat segera selepas azan Isya. Selesai solat ia meminta kebenaran maknya untuk berbaring relaks buat seketika. Maknya pun bersetuju dan membiarkan Kakak berbaring sambil ia sendiri menunaikan solat tarawih berhampiran dengan Kakak. Selesai solat witir isteriku berpaling ke belakang dan mendapati Kakak sedang berbaring tidak bergerak-gerak. Ia lantas cuba membangunkannya tetapi Kakak tetap membisu…..



Aku periksa nadinya, cuba mengesan bunyi nafas dan degupan jantungnya, tapi tiada. Aku cuba lakukan CPR, dan sebaik saja aku tiup di mulutnya udara mudah saja sampai ke paru-paru seolah-olah aku sedang meniup melalui straw ke dalam belon. Ini membuktikan bahawa Kakak sudah pergi, pergi selama-lamanya …..



Aku tidak mahu menghampakan isteriku. Lantas aku ajak abang ipar ku untuk mengangkat Kakak ke dalam kereta dan segera menuju ke pusat perubatan berhampiran. Sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan, doktor di bahagian kecemasan hanya mengambil masa 10 minit untuk mengesahkan apa yang kami amat takuti, yang Kakak telah pun meninggalkan kita lebih setengah jam yang lalu. Air mata semua berguguran tak tertahan-tahan lagi. Aku cuba gagahi bertahan. Sebagai ayah aku kena pujuk ahli keluarga lain. Bagaimana dapat aku lakukan tugas ini jika aku turut sama terheret di dalam pesta air mata. Berterusan doaku semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat hebat ini. Alhamdulillah makbul …..



Doktor tidak tahu nak tulis kematian mengejut ini disebabkan oleh penyakit apa. Umur muda dan tidak ada sejarah sebarang penyakit merbahaya. Dia meminta saya bersetuju dihantar ke hospital kerajaan untuk dibedahsiasat. Aku merayu dan merayu supaya jenazah puteriku tidak disiksa begitu rupa. Berkat doa dan pertolongan semua, sekali lagi Allah swt makbulkan doaku. Jenazah Kakak sedia untuk dibawa pulang ke rumah. Di saat itu pusat perubatan sudah dibanjiri oleh saudara dan rakan yang datang untuk berkongsi sedih. Di sekitar 1.30 pagi, jenazah Kakak sudah ada di rumah menunggu esok untuk dikebumikan. Ayah dan makku di kampong sudah luluh di dalam tangisan hiba. Mereka segera bertolak dari Perlis untuk bersama berkabung bersama keluargaku. Rakan taulan dan saudara mara tidak putus-putus berkunjung ke rumah ku sehingga ke subuh. Pukul 11 pagi Kakak dimandi, dikapan dan disolat jenazah (yang aku imami) sebaik saja selesai solat zohor. Menurut sorang Pak Aji yang tinggal berdekatan masjid mengakui bahawa ini adalah sejarah kehadiran paling ramai makmum bersolat jenazah sejak masjid ini mula dibuka. Rezekimu Kakak ……



Kakak selamat dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam sekitar jam 3.00 petang. Ayahku sendiri yang membuat tazkirah dan doa selepas selesai upacara pengkebumian. Kami sekeluarga pulang, pasrah kepada ketentuan Ilahi bahawa Kakak telah pergi buat selama-lamanya menemui allah rabbuljalil.Ramai teman bertanya bagaimana aku boleh begitu “cool” menghadapi saat-saat kematian puteri sulong tercinta. Jawapannya mudah, kerana kekuatan yang Allah beri kepada ku. Kakak pergi dalam keadaan yang paling baik yang boleh kita minta. Ia anak yang sentiasa patuh kepada ibubapa, berakhlak mulia, sentiasa menjaga kehormatan diri dan ibadat. Malah ketika berbaring, lidahnya tidak lekang membaca Al-Qur’an dan berwirid. Kakak adalah insan yang mudah bertolak ansur dalam bab keduniaan. Jawapannya sentiasa,”Ikut suka hati ayah …..”.



Walaubagaimanapun, Kakak begitu tegas dalam bab agama. Berapa kali bapa saudaranya ditegur kerana masih merokok. Kakak diberi pendidikan agama sejak kecil sehingga di Universiti, samada di sekolah atau di rumah. Kakak seorang yang rajin di dalm kerja-kerja mengajak manusia kepada Allah dan memang memiliki jiwa pemimpin. Kehadiran ramai temannya dari UIA membuktikan hakikat ini. Di samping itu Kakak sangat cemerlang di dalam pelajarannya. Beberapa hari selepas meninggal dunia, kami menerima sepucuk surat daripada UIA memaklumkan Kakak tersenarai di dalam Senarai Dekan kerana kecemerlangan akademiknya. Saya menyaksikan sendiri banyak tanda-tanda kurniaan Allah kepada Kakak. Bilik tempat Kakak meninggal dunia harum semerbak bau bunga-bungaan (sehingga ke hari ini) walaupun kita tak pernah bawa masuk sekuntum bunga pun ke dalam rumah. Waktu dimandi jenazahnya oleh maknya tak ada sedikit najis apa pun keluar darinya. Wajahnya puteh berseri-seri, lembut ayu dan tersenyum seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya. Namun sebagai ayah, kehilangan Kakak tetap dirasai dan dirindui. Kakak telah membawa bersama secebis hati ayah yang tak mungkin dapat ayah perolehi kembali di dunia ini. Ayah sayang kepada Kakak dunia hingga ke akhirat ……..



Anak Bapa: Moga Allah cucuri ruh Kakak dan ditempatkan di kalangan orang yang solihin …….



_________________________________________________________________



For an instant, deeply down my heart I was really hoping it was me....



I don't know her. Someone emailed this entry. Tapi, rase sangat dekat. Macam dah kenal lama. Rasa macam sisters sendiri and i'm sure she's one. I felt the lost so much. Couldn't imagine the feeling of her family right now. Ya Rabb, berikanlah mereka kekuatan..



Sangat sayu bila baca entry nie. MasyaAllah, seorang insan yang sangat istimewa. I'm sure she was a great person and have done alot for Islam.



Sis, sekarang masanya untuk awak berehat. Sebenar-benarnya kerehatan yang Allah dah janjikan untuk hambaNya yang dah banyak berkorban di dunia ini. Berbahagialah disampingNya. Tunggu saya kat sana yer?



Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-hamba ynag sangat dekat denganNya~



p/s buat diri yang sering lalai: Kalau nak jadi macam arwah saya kenalah kerja kuat lagi. My time is not up yet. Mungkin banyak lagi benda yang harus diselesaikan. I'm sure He has better plans for me. Allahualam ..



-yang masih sedih kalau teringatkan kisah arwah-

Tuesday 16 September 2008

"Then, He will not neglect us"

Subhanallah..

A very good entry by Dr. Nik Munirah Nasir aka kak nikmun Sheffield..

Satu contoh pergantungan yg sgt hebat yg ditunjukkan oleh Siti Hajar..cube kite reflect and muhasabah balik, mcm mane keadaan kite bile diuji dengan ujian yg kecil shj drpd Allah?

Astaghfirullah...moga bermanfaat..

A snapshot into the past, from the narration of Ibn 'Abbas:

Abraham brought her and her son Ishmael, while she was suckling him, to place near the Ka'ba under a tree on the spot of Zam Zam, at the highest place in the mosque. During those days there was nobody in Mecca, nor was there any water so he made them sit over there and placed near them a leather bag containing some dates and a small water-skin containing some water and set out homeward. Ishmael's mother followed him saying, "O Abraham! Where are you going, leaving us in this valley where there is no person whose company we may enjoy, nor is there anything?" She repeated that to him many times, but he did not look back at her. Then she asked him: 'Has Allah ordered you to do so?" He said, "Yes" She said, "Then He will not neglect us," and returned while Abraham proceeded onwards.

Stop right there. What did she say? Is she for real?

Let's zoom the camera to this particular scene. Here we have this fairly young mother who is still nursing her small child and out of the blue, her husband said, "Let's go for a 'vacation'." And of course, back then they don't have the comforts of cheap flights or even a petrol powered car with air conditioner. And traveling through the desert…there is no 'Welcome Break' or MOTO services every 5 miles or so for coffee and or trips to the toilet. No AA or RAC to call if the camel breaks down. Really harsh condition, especially if you are traveling with a small child.

And suddenly her husband just left them in the middle of nowhere, with just a small supply of dates or water and moved on. Nope, there is no Premier Inn or Travelodge in the middle of the desert back then. Its just THEM, with a meager supply of dates and water. And she is just a woman. Still breastfeeding her child. Tired after a long long journey. Her husband didn't say exactly when he is coming back. Is he even coming back? Ever? How long will she be staying there? What will she do? Who is going to take care of her? The child? Where to get water? Or food? Is it safe to be out here on her own? will there be wolves lurking about?

And what is it did she say again? 'Has Allah ordered you to do so?" "Then He will not neglect us," Such conviction. Such confidence. Such FAITH.

Amazing.

Each one of us has been in what we can say as 'The Siti Hajar Moment'. Those times when you are faced with a difficult situation, or struggling to cope with something that seemed very heavy to bear, or when things went wrong, or things did not go as plan... basically anything, that puts you off the track. Anything that sorts of like punched you in the stomach and leaves you catching your breath as you lay crumpled on the floor, wondering what did you do to deserve this.

Usual reaction was to get upset about it, which is human. As we see how Siti Hajar reacted initially, she questioned her husband repeatedly. Why, why? Are you seriously leaving us here? Here in this barren land where not even an ant at sight? Why, why?

But the minute she realized that this is from Allah, and her husband confirmed it, her heart became firm and calm. Surely if Allah has willed for this to happen, then He will provide the way to get through this. He will, no doubt, show them the way to handle this situation. He will help them cope with this. He will not leave them. He is with them.

However, this realization did not make her completely useless. Even though she is confident Allah will not leave them, she did not just sit there and wait for things to magically appear. Instead, she still worked hard to find a source for water. From one mountain (As Safa) to the other mountain (al Marwa) she ran not just one round, but seven! If that is not hard work, I don't know what is.

Indirectly she has provided us a general framework of how to deal when faced with all the 'Siti Hajar Moments' in our lives. To get upset/worried initially as a reaction is only human, but you have to then realize that if Allah has ordained for it to happen to you, then He will not leave you to it on your own. He will help and provide for you somehow, maybe sometimes in ways that we don't even realize. However, you still need to put in some effort as well yourself, to balance your side of the equation.

So the next time that you find yourself in a sticky situation, remember the words of Siti Hajar, and put yourself briefly in her shoes:

" Has Allah ordained for this to happen to me? Well then, He will not neglect me. He will help me..."

Saturday 6 September 2008

La Tas'aluni

by Muhammad al-Husayyan

(Bahasa Malaysia translation..tak reti bhs arab..*sad*)
Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dgn cita2

Aku telah menjualnya kpd Allah
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk
Jalan hidupku adalah Al-Quran, pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya
dan para Nabi terdahulu telah melaluinya
Para syuhada telah menyirami jalan ini dgn darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yg dikelilingi cahaya

Sedangkan penghujung perjalanankan ku adalah apa yang meredhakan Allah
dan apa yang diinginkanNya
Keuntungan dgn kemenangan nyata
Atau kesyahidan dan keabadian
Jika engkau telah berada di muka bumi
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu


SubhanAllah..A perfect song to summarise want I really2 want in life. My hopes. My dreams.
O Allah, hopefully it's a dream that soon will turn into reality...

Soo, no more fooling around! It's time to work n work really hard. As the price of Jannah is not cheap..

Well, who amongst you that are up for the challenge?You are most welcome to join me in my rough and long journey towards the end. I can promise you it's going to be a happy ending.
Bi iznillah.. Jom~

p/s-tak reti nak upload lagu nie kat sini..huhu..boleh cari kat youtube..