Saturday, 23 August 2008

Do we still have time?

Do we still have time?

Bismillah..

"15 hari lagi di Malaysia.."

Gulpp~ Terkesima seketika bila terlihat status ukhti di YM. Ukht itu akan pulang pada 7 h/b. Flight ku pada 11 h/b. Tak banyak bezanya. Hanya 4 hari. Apa yang dapat ku buat dalam masa 4 hari?! Ya Allah, masa ku tidak banyak lagi di sini. Jazakillah ukhti. Kerana dalam tak sedar kau mengejutkan aku yang terlena seketika.

Aku muhasabah kembali. Apa yang dah aku dapat? Lebih2 lagi apa yang dah aku lakukan?! Matlamat yang nak di capai pada cuti kali ini masih banyak yang tak selesai. Usaha ku macam mane? Huhu. Sangat menyedihkan....

Mengikut perkiraan ada dalam 18 hari lagi. Hmm banyak juga. Kalau aku maximisekan sepenuh waktu, I could make wonders! Bi iznillah. Kadang2 aku keliru. Adakah perlu untuk aku mempunyai harapan yang menggunung tinggi? Atau hanya perlu sekadarnya sbb takut tak terkejar cita2 yang melangit?

Alhamdulillah, masa KIBAR ustaz 'Atif buat tafsir surah Yusuf. Sangat menarik. Tak ↑pernah ku lihat ayat2 cinta ini daripada sudut yang disampaikan ustaz. Ia berhubung mimpi dan impian seorang nabi.

4. (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, "Wahai Ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; ku lihat semuanya bersujud kepadaku"

Kalau kita ada mimpi yang baik, ia boleh menjadi sumber inspirasi kepada kita. Impian yang kita nak capai haruslah sesuatu yang jelas dan spesifik, benda yang dapat diukur. Lihat betapa terperincinya apa yang disampaikan nabi Yusuf kepada ayahnya; sebelas bintang, 1 matahari dan 1 bulan. Dan sesuatu impian kita belum cukup kuat selagi kita tak termimpi-mimpikan benda tu.

5. Dia (ayahnya) berkata, "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, mereka akan membuat tipu daya (untuk membinasakan) mu. Sungguh, setan itu musuh yang jelas bagi manusia."

Jika kita ada impian, seeloknya kita beritahu kepada seseorang. Seperti nabi Yusof kepada ayahnya yang juga murabbinya. Supaya orang ini sentiasa dapat guide dan tolong kita. Dan janganlah bercerita tentang impian kita pada orang2 yang kita rasa ada niat tak baik dan akan menghalang kita daripada mencapai impian tu. Dan ingatlah, sekiranya kita impikan benda yang besar, pasti ada halangan. Itu memang kita kene expect dari mula kita set impian tu. Never expect its going to be a smooth sail in the deep ocean.

So, apa impian kita??

Aku tak pandai nak impikan yang besar2 dan yang jauh2. Mungkin belum lagi. Buat masa sekarang, apa yang aku boleh impikan dan paling penting yang boleh dicapai b4 balik UK??

*Thinking*

Banyak benda boleh buat lagi! Jangan berputus asa ya walau tinggal sehari? Cuba bayangkan kalau Allah berkati setiap saat yang masih berbaki. InsyaAllah, banyak kerja boleh selesaikan.

Semoga Allah memberkati dan memudahkan kita semua utk mencapai apa yang diimpikan~







No comments: