Sunday, 26 July 2009

siapakah pemuda??

Sepanjang permusafiran, tenang hati bila hanya berdua denganNya bertemankan alam yang terbentang luas ini. Rasa sangat dekat denganNya. Bila kebergantungan hanya pada Allah dan tak pada manusia atau perkara lain, itulah nikmat yang sangat manis. Cakap pun hanya denganNya, minta pun hanya padaNya. Best kan? Itulah perasaan ini tiap kali terpaksa travel sorang2. Alhamdulillah..

Transit di Colombo Airport kali ini 11 jam. Banyakkkkkk sangat benda boleh buat kalau guna waktu betul2! Aku ambil peluang ini untuk muhasabah diri dan sementara ada mood baik menulis. Heheh.. Dari Kuala Lumpur ke Colombo aku ditakdirkan duduk di belakang 3 pemuda Indonesia. Melalui apa yang mereka borakkan, (kalau pasang telinga bila orang bercakap kira berdosa tak? Huhu) aku dapat cam mereka adalah orang tabligh. Mereka akan transit di Colombo sebelum ke Pakistan. Rasanya macam mereka ke sana untuk 40 hari kalau tak silap.

MasyaAllah..Tiba-tiba hati ini sangatlah jeles! Bestnya mereka akan habiskan setiap saat mereka dengan amalan2 yang ‘membasahi’ ruhi dan mendekatkan diri mereka dengan Allah SWT. Aku tahu seperti mereka aku juga ada misi aku sendiri. Kami sama-sama perlu bermujahadah demi redha Allah tapi pada lapangan yang berbeza. Aku akan kembali bergelut dengan dunia buku dan patients kat hospital setelah bergelut dengan nafsu makan dan ‘perkara2 duniawi’ selama 2 minggu d rumah. Huhu..

Okeyyy..kembali kepada pemuda2 tadi, ada 2 lelaki dalam lingukan umur 25-30 dan seorang pakcik yang umurnya lebih kurang 55-60 tahun. Kenapa aku gelarnya pemuda? Ingat tak ciri-ciri pemuda yang Imam Hassan Al-Banna nyatakan dalam risalah Ya-Ayyuhal Shabab? (Wahai Pemuda)

Sesungguhnya sesuatu fikrah (pemikiran) itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan wujud kesediaan yang mendorong ke arah pengorbanan dan tindakan untuk mencapainya.

Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan (الايمان (, kejujuran (الاخلاص (, semangat (الحماسة (, dan tindakan (العمل ( adalah merupakan ciri-ciri khusus pemuda. Sesungguhnya asas keimanan itu ialah hati yang terang (القلب الذكي (, asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan suci (الفؤاد النقي (, dan asas semangat ialah syu’ur yang kuat (الشعور القوي (; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah ( العزم الفتي (.


Kalau pakcik Indonesia itu tidak mempunyai kesemua ciri-ciri ini, mana mungkin dia sanggup menggembara jauh-jauh sampai ke Pakistan kan? Kalau tidak kerana iman yang tinggi dengan janji dan syurga Allah, mana mungkin dia sanggup tinggalkan buat seketika keluarga tersayang, kampung halaman, haiwan ternakan, kebun dusun atau perniagaan mungkin untuk mencari redha Allah SWT semata? Walaupun nampak seperti pertama kali naik kapal terbang dan tak reti langsung berbahasa Inggeris (aku menjadi jurubahasa untuk mereka sepanjang perjalanan..boleh tahan jugak skill berbahasa Indonesia ku..Alhamdulillah..ma kasih bibik!), hanya berbekalkan semangat dan keazaman yang gagah lagi tabah, pemuda-pemuda itu tetap tegar menghadapi segala ketidakpastian yang menanti. SubhanAllah…aku mahu menjadi seperti itu!!

Sepanjang-sepanjang perjalanan aku lihat mulut mereka terkumat-kamit berzikir mengingati Allah aku pasti, jari-jemari tak putus menekan alat yang orang gunakan untuk berzikir tue (tahu kan?) dan terus-menerus membaca Al-Quran..ya Allah, kecilnya amalan ku berbanding mereka yang hampir padaMu ya Rabb..Teringat pesan dada (gelaran untuk datuk ku) dengan slang Penangnya..

“Mulut kita nak kena selalu basah dengan zikir-zikir ingat kat Allah..paling-paling koghang (kurang) SubhanAllah Walhamdulillah Allahuakbar. Tiap-tiap masa kena kata!”

SubhanAllah, hebatnya orang-orang mukmin nie kan? Macam dalam firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 190-191;

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.


Kita usaha sama-sama jadi camtue ok??InsyaAllah!!

Mari berlari bersama-sama ke syurgaNya~

p/s: nak pi minum dan makan sat k? (hurm kat Colombo nak mkn ape yer?huhu) Skang baru kul 5.45 ptg. Flight kul 2 pagi..InsyaAllah, kalau ilham datang lagi akan sambung bercerita lagi…moga bermanfaat dan bukan cerita-ceriti kosong, iAllah…

4 comments:

Unknown said...

ukhti! awak naik flight apa sampai ke colombo sana nun?? transit 11 jam lamanya! sempat jalan2 colombo la dulu hehe!

imaaaanj said...

salam uti.. rindu kat uti n sisters sume. doakan kite ye akak? moge dalam peliharaan Allah selaluu

nida' ul-iman said...

khadeeja--> hihi..sy naik sri lankan airlines..bak kate org scottish, "nae bad at all" ^_^

Alhamdulillah!

nawwar--> hukhuk..rindu kanak2 riang dan anak2 singa lagiii byk..mintak tlg jaga2 kan permata-permata berharga semua yer?

Jzkk..same2 iAllah..ingat akak dlm doa2 awk..take care dear..

Mbak Supir said...

salam

ukhti! alhamdulillah, gembira mendengar awak telah kembali menjadi sang helang yang lepas bebas, mengintai2 dan meluru ke arah kilauan2 permata tarbiyah!

syukurlah kepada allah atas segala pemberianNya ini.

sungguh, pada setiap kesulitan ada kemudahan!

sungguh, pada setiap kesulitan ada kemudahan!

kemudian, apabila engkau telah selesai mengerjakan sesuatu, maka berkerja keraslah mengerjakan yang lain.

dan hanya kepada Tuhanmu, hendaklah engkau berharap.

p/s: jazakillah ukhti utk kesempatan yg telah allah berikan melalui awak.

saya ada interview hr khamis ni. saya dah bulat tekad, kerana allah, saya mesti jadi guru!

tolong doakan ya, ukhti?