Bismillah.
Alhamdulillah.
Kebanyakkan orang dah habis exam pada waktu ini. Lepas habis seluruh tenaga berjihad dan bertarung dengan pena dan kertas, kini pertarungan yang lebih hebat pulak tiba. Iaitu pertarungan dengan hawa nafsu dan ujian kelapangan waktu. Seriously, ada banyakkkk masa kan? Moga Allah berkati waktu kita yang sangat banyak ini.
Bermulalah pertarungan antara amalan soleh VS amalan toleh. Nak tengok facebook ke nak baca blog?(of course blog yang bermanfaat). Nak tidur siang lebih sikit ke dengar talk kat youtube? Nak tengok series House yang latest season yang dah tertinggal tue ke nak baca buku yang menambahkan ilmu? Semua benda kita nak qadho kan sebab banyak benda tak dapat buat masa time kita nak exam. So, apa lagi. Sekaranglah masanya untuk balas dendam!
Tapi, bagi orang mukmin dilihatnya nikmat kelapangan waktu ini sebagai satu peluang pelaburan yang sangat besar. Macam peladang yang diberi dengan sebidang tanah yang sangat subur. Dimana dia boleh tanam apa sahaja yang dia mahu dan pasti mendatangkan hasil yang lumayan pabila tiba musim menuai hasil tanamannya.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 195, Allah berfirman,
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan(dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Ayat ini diturunkan ketika Islam telah berjaya dan ramai pengikutnya, kaum Ansar yang berbisik sesama mereka,
"Harta kita telah habis dan Allah telah memberi kejayaan kepada Islam. Bagaimana sekiranya kita membangun dan memperbaiki ekonomi kita?"
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)
Pastu Allah turunkan teguran kepada mereka supaya mereka tidak menjerumuskan diri pada tahlukah. Tahlukah yang mengambarkan kehancuran, kebinasaan adalah pada saat mereka meninggalkan kewajipan fisabilillah atau berjihad dan mengejar keduniaan, berusaha mengumpul harta dan menyibukkan diri dengan pertanian dan perkebunan.
Kalau kita tengok masa lebih kurang 10 tahun di Madinah, Rasulullah SAW dan sahabat2 terlibat dalam 26 ghazwah( perang yang dipimpin oleh Rasulullah) dan 38 sariyyah! (perang yag tidak dipimpin oleh Rasulullah). Itu menggambarkan betapa mereka sentiasa berjihad dan tidak ada waktu pun untuk beristirehat dan berangan-angankan dan menginginkan benda2 yang sifatnya duniawi. Allah mentarbiyyah mereka supaya sentiasa bersedia dan gunakan segala yang mereka ada untuk Allah dan tegakkan Islam pada setiap masa tak kira pada waktu senang ataupun susah.
Kita pula macam mana?
Adakah kita dah fikir apakah pula mujahadah kita selepas ini? Banyak waktu, tenaga dan wang yang kita ada sekarang dan janganlah menjadi bakhil dan tidak mahu menggunakannya untuk Allah dan Islam kerana sudah tentu kita tak mahu terjerumus ke dalam tahlukah.
Maka apabila kamu telah selesai [dari sesuatu urusan], kerjakanlah dengan sungguh-sungguh [urusan] yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (Al- Insyirah: 7-8)
faiza faragh tafan sob!
*peringatan terutama buat diri yang sering lupa*
Sunday, 31 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam mkck..
sariyyah ni bukan pasukan kecil utk mengintip musuh ke?atau dlm bhs lain operasi militan kecil-kecilan..ghazwah mmg perang.betulkan kalau salah..
*ayat last tu mcm lagu raihan da..
inilah peringatan buat diriku yg sering lupa..
Jzkk sbb tanya..barula buat lebih sikit research.
Setakat yg mkck faham dan daripada sumber buku, sariyyah adalah peperangan yg tidak dipimpin oleh Rasulullah SAW secara langsung i.e peperangan kecil-kecilan yg Nabi tak sertai. Kiranya Nabi hanya menghantar patrol2 kecil tentera mukminin mcm utk buat pengintipan tapi kadang2 berlaku jugak pertempuran.
Harapnya sama maksud tue..
Allahualam..
Pak karamu melawat blog anda
Post a Comment