Thursday, 3 June 2010

teruskan usaha2 kecil mu wahai pipit

Bismillah..

Dunia sekali lagi dikejutkan dgn berita2 kekejaman Israel menyerang kapal2 Flotilla yang menghantar bantuan kemanusian ke Palestin. Kelihatan ramai manusia yang bangkit menentang perbuatan terkutuk Israel.

Alhamdulillah, ramai manusia dh semakin nampak dan mengutuk kekejaman Israel. Tapi belum cukup kuat lg kalau kite hanya mengutuk, mengeji dan membenci. Sedar atau tak, manusia sedunia terutamanya umat Islam mempunyai satu kuasa yang agak besar dalam menentukan bangkit dan jatuhnya Israel sebagai world orde.

Mungkin kite bley cuba amik satu langkah ke hadapan lg utk menjatuhkn Israel? ingat lg pd boikot2 kita?



Isu Israel-Palestin seperti air pasang surut. Sekejap airnya pasang dan lama kelamaan akan surut kembali. Diri ini sangat tersentuh dengan satu email berkaitan isu ini..

"sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu
musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan
penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih
bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini
akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk
islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan
senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin
akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas
kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan
berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok
kita sibuk berkumpul, berbincang sambil menonton world cup 2010

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang
adik memberitahu, "biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang
lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih
tinggal'

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air
mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang
hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka
mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar
sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan
kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2
lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan
menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan
sekutunya amerika.
dan untuk menjadi world order ini kita tidak ada
pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2
muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!"


InsyaAllah, diri ini yakin semua sedang berusaha sedaya termampu untuk menyumbang ke arah menjatuhkan Israel laknatullah. insyaAllah, setiap usaha walaupun sekecil usaha burung pipit yang menolong nabi Ibrahim as memadamkan api pun tinggi di sisi Allah SWT kalau kita ikhlas.

Bagi yang mampu buat lebih daripada si pipit, teruskan usaha mu. Kita harus tanamkan dalam diri kita yang kita takkan selamanya jadi seperti pipit. Berapa lama kita nak menjadi seperti si pipit? insyaAllah, sudah terlalu lama rasanya kita menjadi pipit. Kini tiba masanya kita pula menjadi seperti Nabi Ibrahim as!!

Dunia hanya akan menjadi aman sekiranya Islam bangkit kembali. Bukan jumlah umat Islam semata TAPI umat Islam yang betul-betul menghayati dan mengamalkn ajaran Islam sepenuhnya. Bukan lagi hanya dalam perkara ibadah, adat perkahwinan, harta pusaka dan Islam hanya pada nama dan kad pengenalan....

Mari kita tingkatkan diri dengan Islam sebenarnya & seru manusia lain kepada Allah SWT!

Saturday, 15 May 2010

teguran Allah yang halus..

Seusai solat isya',ym ku dibuzz. adik indonesia yang ku pernah jumpa sekali menegur ku. Amat jarang aku bertanya kabar atau berbual dengan kebanyakkan nama di contact list ku. Cukuplah hanya melihat ym id mereka online, sudah terasa dekatnya akhawat di seantero dunia.

“Kak, nak tanya something boleh? Camana ya kalau kita tak thiqah dgn murabbi?”

Uishh..soalan apa ni?

“Maksudnya sgt2 susah nk terima apa murabbi cakap semua benda. rasa nak rebel je. dulu selalu rasa manisnya tarbiyah. sekang rasa ia satu paksaan. mana silapnya ehhh? saya ke? hati ada masalah ke camane? saya dah tak rasa dah sekarang. pastu bila usrah saya dgn adik2 pun dh takde feel dh saya rasa. sedih sebenarnya.. ...apa yg saya bole buat utk fix semua ini?”

Hurmm..payah jugak soalan adik nie. Dengan menarik nafas panjang, aku cuba menjawab soalan-soalannya. .Bismillah…

“Hurm. Banyak sbb kenapa seseorg tue tak tsiqah awk. Boleh jd sbb mutarabbi atau murabbi tue sendiri. Mungkin masalah pada hubungan itu sendiri. So, kalau hati tak tertaut mana mungkin kite boley terima nasihat/teguran/ arahan drpd murabbi kn?”

Teringat lagi waktu diri ini mula-mula dulu Allah berikan kesedaran untuk berdakwah dan bersemangat kobar nak membawa manusia lain untuk merasai nikmat iman ini, kakak-kakak mula memperkenalkan istilah dakwah fardiyyah (DF). Buku dakwah yang pertama ku baca ialah buku Bagaimana menyentuh hati oleh Syeikh Abbas ’Asisi. Sangat ringkas dan bersahaja buku itu. Sangat sesuai untuk diri ini yang susah nak membaca. Buku kedua ku pula ialah dakwah fardiyyah oleh Mustafa Mahsyur. Aku sangat suka buku itu. Memang sebab buku itu nipis sahaja tetapi yang lebih penting kerana buku itu membincangkan tajuk DF dengan sangat ringkas dan mudah difahami. Dalam buku itu, ustaz MM menceritakan tentang tujuh tahapan dalam kita nak berdakwah one-to-one(DF) ni. Tahap pertama adalah taaruf - mengadakan hubungan silaturrahim dan berkenalan dengan mad'u. Bukan sahaja hubungan yang erat tapi lebih penting lagi tafahum dalam perhubungan sesama murabbi dan mutarabbi.

”Rasa terpaksa ni ade kena-mengena ngn murabbi tue ke ye? ke in general awk?”


”Dengan murabbi..sebabnya. .hmmm..sahabat satu usrah lain pun jd tak semangat juga...saya risau lah ia akan effect madu'. sahabat saya hari ini cerita kn pd saya masalah dia. malam ni patut ade usrah dgn mad u nk DF. tp dia kate diri dia sendiri takde semngt dah..camana ni akak?”


Hati ku teringat murabbi ku pernah berkata, masalah sebegini selalunya berpunca daripada hubungan ukhuwwah yang hambar atau masalah hati sesama manusia.

”Awak, adakah ni smua berpunca pd usrah antunna sendiri? Hurm awk..akak rase niela dia jalan dakwah & tarbiyyah..kan mustafa mahsyur kate jalan ini tak ditaburi dgn bunga2 dan dibentang dgn carpet merah.

Memang ade ketika2 dlm jalan nie Allah akn susahkn jalannya. boleh jd usrah kite takde, anak2 binaan tak menjadi, tak de sape nak ikut jalan ni ataupun plg takut kalau2 kite sendiri hilang kemanisan dakwah & tarbiyyah tue....

Di saat2 mcm nie takde ape yg dpt selamatkn kite melainkan hubungan kita dgn Allah. kesungguhan kita nak bertemu dgnNya, ketamakan kite pd syurgaNya. di sini Allah nak uji kite ni betul2 ke nak syurga dan redha Allah? bile murabbi kite dh tak mcm dulu, bile kawan2 kite smua lari, adakah kite akn ikut mrk?adakah kite akan turut futur ataupun kite akan tetap teruskn perjuangan ni? perjuangan mengejar redhaNya tak kira walau susah mcm mane pun jalan tue.

Adik, kite kena muhasabah balik niat kita. adakah kite ikut jalan ni sbb murabbi kite yg best? ataupun kawan2 kite yg bersemangat dan terus menerus ajak kite dulu2 ataupun mmg kite buat ni atas kesedaran dan keimanan kite pd janji2Nya. Kat sini Allah nak uji keikhlasan, niat dan kesungguhan kita. ok ke awak?”


Adik fillah me-reply,

*muhasabah*

Aku teruskan lagi..ya Allah, banyaknya cakap. Takut sangat diri ini sendiri tak mampu melakukan apa-apa yang dikatakan..

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (As-Saff:3)

”Di saat kite sorang je ade utk bangkit kembali, Allah kurniakan kita dgn byk bende. tapi mujahadah kena kuat tau adik ku...kite ade Quran. bukan hanya sekadar baca tapi kite tadabbur dan menghayati tiap2 qalam Allah. kite ade solat2 kita bukan sekadar buat sbb solat itu wajib tapi kite betul2 rasa kite perlukan solat tue utk terus kasi kite kekuatan.”

Teringat bagaimana Rasulullah dan sahabat-sahabat merasakan solat sebagai penawar dan kerehatan jiwa daripada segala macam bentuk kesusahan dan ujian yang mereka lalui dalam kehidupan. Rasulullah s.a.w. mencari kerehatan melalui solat. Pernah apabila hendak menunaikan solat fardu, baginda menyebut: `'Arihna ya Bilal.'' ”Rehatkanlah kami wahai Bilal dengan azanmu yang menandakan solat akan didirikan.”

”So..
1-Quran
2- Solat fardhu
3- Solat malam
4- Cari sister lain yg tgh bertungkus lumus buat kerja dakwah”


”Terima kasih kak..mungkin ini masanya untuk saya banyak berfikir”

”Awak, akak nak ckp satu lg boleh?”


”Cakap lah..”

”Satu lagi memang benda ni sangat berkait rapat dgn hati kite. sbb tue no 5 is solat taubat. kena sentiasa2 solat taubat (tiap2 hari). sbb hati kite ni cepat sgt dilitupi titik2 hitam kan? dan cinta dunia jugak sbb kan kadang2 kite rasa tak manisnya iman & islam tue. bile hati kite ade masalah kite akn kurang sensitif pd ayat2 Allah, kurang sensitif pd perasaan manusia lain, kite susah nak terima org tegur dan beri nasihat”


Astaghfirullah. ..Allah banyak menyebut tentang orang kafir yang ditutup pintu hati mereka dan tak dapat menerima kalam Allah SWT.

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripa­danya dan melupakan apa yang telah diker­jakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka sehingga mereka tidak memahami­nya, dan sumbatan di telinga mereka, dan mes­kipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan menda­pat petunjuk selama-lamanya.” (al-Kahfi: 57).


”owhhhhh..satu lg akak pun kadang2 ada perasaan yg rase kurang tsiqah pd org lain tapi Alhadulillah, Allah selalu ingatkn akak yg manusia tue takde yg sempurna..murabbi kite pun sedang di tarbiyyah dan mrk bersungguh-sungguh nk jd murabbi yg terbaik utk kite. kite takley berharap pd manusia kot dan jgn ade high expectation pd manusia sbb mmg kite akn kecewa. kalau dier buat salah atau tak capai expectation kite. so kite berharap hanya pd Allah dan mmg kite takkan kecewa. so kite kena latih diri supaya sentiasa berlapang dada kalau kite tgk ade yg tak suke atau tak gemar pd murabbi atau mutarabbi kite. kite sabar. Banyak bersabar. dan doakn agar Allah ubah kite dan dier agar menjadi lebih baik. tugas kite iAllah sama2 bantu nk jadikn manusia lain lebih baik drpd keadaan sekarang. hatta murabbi mahupun mutarabbi kite. kite as murabbi pun kena ade mindset tue. sentiasa bersedia utk ditegur, nasihat dan diperbaiki even oleh mutarabbi kite.Allahualam. .”

”hurm lama akak bebel ni..huhu”

”hihi..”


Allahualam.. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana menegur diri ini melalui manusia lain. Kata-kata ku ini tak lain dan tak bukan hanyalah peringatan buat diri ku sendiri. AstaghfirullahX3. .moga Allah ampunkn dosa2 diri ini yang masih lagi banyak kelemahan... .........


-yang dah lama tak menulis-

Sunday, 18 April 2010

pertemuan ruh

Alhamdulillah…


Tika diri amat memerlukan kekuatan itu Dia sampaikan aku ke sana jua.

Walaupun aku tahu aku tak mampu kerana banyak lagi tanggungjawab yang harus ku dahulukan tapi aku tak mampu lagi menipu diri. Aku fikir aku mampu bertahan. Tetapi tuntutan belajar amat cepat sekali menyerap kekuatan ku. Pantas sekali jiwa ku merasa kering. Jiwa ini amat dahagakan siraman ukhuwah dan pelukan mahabbah rijal-rijal aqidah itu.


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Ya, mereka yang bila mana ku lihat terus mengingatkan ku pada Yang Maha Esa. Bila kudengari daripada mereka alunan bacaan Quran bergetar jiwa dan gugur air mata kerana merasai manisnya nikmat ukhuwwah ini. Cinta yang terlahir kerana Allah semata.


Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.

Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.



Perjalanan 4 jam ku ke situ dipenuhi tausiyah daripada murabbi yang tak pernah lelah dan berputus asa membina diri yang agak lambat ini. Dengan penuh sabar dia melayan kerenah-kerenah ku tanpa merungut. Besar sekali harapannya agar aku mampu berdiri sendiri menjadi kader dakwah yang mampu mengerakkan dakwah di bumi mana pun ku berpijak. Waktu perjalanan sebegini ku lebih gemar hanya mendengar dan menghadam nasihat-nasihat dan pengalaman dakwahnya dan manusia-manusia disekelilingnya. Aku kagum tapi lebih malu dengan diri sendiri apabila mengenangkan peribadi-peribadi dakwah yang ku kenali. Seperti dakwah itulah udara yang mereka sedut dan makanan yang mengerakkan mereka. Bangun dan jaga mereka abadikan pada dakwah. Perasaan, cinta, jiwa dan pemikiran mereka hanya berlegar pada dakwah. Sepertimana tulisan Allayarham Ust Rahmat Abdullah,

”Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu..Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai..”



Keringnya otak mereka hanya kerana memastikan dakwah tidak terkubur di bumi UK/Eire ini mahupun di seantero dunia.

”Syeikh al-Kailani meringkaskan sifat-sifat da’i dan syarat-syarat untuk mendapat perakuan thiqah di dalam satu sifat yang padat; iaitu sifat tajarrud yang sempurna dan melibatkan diri secara total ke dalam dakwah. Dengan demikian, da’i itu akan lupakan kepentingan dirinya. Tumpuannya hanyalah kepada orang yang diserunya dan hanya menuturkan perkataan yang memberi kebaikan kepada mad’u. Dunia da’i pula adalah luas tanpa had, tanpa perniagaan, tiada hawa nafsu dan tiada mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam dunianya. Yang ada di dalam dunia da’i hanyalah para mad’u yang didakwahnya. Itulah perniagaannya, keenakannya dan pangkat kebesarannya.


“Dia seolah-olah menjadi manusia yang tidak mempunyai nafsu, keinginan dan keseronokan dunia. Dia lupa makan minumnya, pakaiannya, hatta dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah S.W.T. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah S.W.T (yang menjadi mad’unya). Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya di bawah ketentuan Allah S.W.T.”

(Muntalaq- Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)




SubhanAllah. .



Pertemuan ruh yang hanya selama 6 jam amat-amat mengisi relung-relung jiwa ini. Walaupun perjalanan pergi dan balik ku ke sana lebih lama dan memakan masa 11 jam tapi tak terasa itu satu kerugian kerana perasaan ini hanya dapat ku kecapi dengan hamba-hamba Allah yang sangat dekat denganNya.



“Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana”

(Surah al-Anfal: 63)



Betul kata-kata murabbi ku. Kadang-kadang pengorbanan kita untuk mencari ilmu itu akan lebih mendatangkan hasil kerana berkat Allah akan hadir bersama kalau kita ikhlas.


Berat hati meninggalkan mereka sebelum pulang tadi. Ya Rabb, aku berharap lebih panjang lagi waktu pertemuan ku dengan mereka. Belum puas lagi diri ini menenung wajah-wajah suci mereka. Belum cukup lagi semangat dan kekuatan yang ku sedut daripada mereka. Tapi ku tahu diri ini tak boleh manja. Allah sudah mendidik jiwa ku untuk tabah setelah tercampak di tempat itu selama 4 tahun. Air mata ini tidak lagi gugur di hadapan mereka. Biarlah ku simpan hanya untuk Yang Maha Mengetahui segala detik dan isi hati.



Termasuk dari 7 golongan yang mendapat perlindungan di akhirat sepertimana hadith RASULULLAH SAW bersabda yang antara maksudnya:



“... Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)




Diri ini kembali lagi ke dunia realiti. Medan tempur sebenar berbekalkan segenggam kekuatan daripadaNya.



Ya Allah, betapa Kau tahu aku ingin sekali ke syurgaMu bersama mereka....




@virgin cross country train, Leeds-Aberdeen

Monday, 1 February 2010

dengan izin Allah..

Dengan izin Allah, pagi itu ambulan datang lagi membawa ayahnya ke hospital. Tak diingatnya itu kali ke berapa ayahnya terpaksa di bawa ke hospital. Tak diingatnya juga kenapa. Barangkali mungkin kerana kesukaran untuk bernafas kali ini. Sudah 3 bulan semenjak ayahnya menjalani pembedahan disebabkan barah paru-paru. Dia masih ingat lagi pada hari pembedahan itu dijalankan. Tidak pula dia rasa takut atau apa. Mungkin kerana dia masih kecil dan masih lagi tidak tahu keseriusan penyakit itu. Tapi dia masih ingat tertidur di atas kerusi dalam bilik hospital itu sambil berselimutkan kain pelekat ayahnya.

Selepas 3 bulan dari peristiwa itu, kesihatan ayahnya semakin teruk sedikit demi sedikit. Kesan daripada terapi chemo juga semakin menyerlah. Ayah semakin kurus, rambutnya yang nipis semakin luruh dan ayah yang dulunya suka makan semakin hilang selera. Tubuhnya yang dulu gagah pun semakin susut. Walaupun peristiwa-peristiwa dulu beransur luput daripada kotak ingatannya tetapi tak mungkin dilupakannya kesabaran mamanya sewaktu menjaga ayah. Dia masih ingat dengan cekal mama membawa ayahnya ke hospital untuk rawatan chemo. Diusung bersamanya kerusi roda ayahnya. Si mama yang dulunya sangat manja menjadi wanita tabah kerana desakan keadaan, dengan izin Allah.

Ambulan terus pergi membawa ayahnya. Sedikit sebak melihat ayahnya pergi kali ini. Dipujuk hatinya dengan menyakinkan diri bahawa dia akan jumpa lagi ayahnya. Kalau tidak hari itu, mungkin keesokan harinya, kalau Allah izinkan......

Sejak petang, gadis bertubuh kecil itu menunggu ditepi tingkap. Menanti kepulangan kakaknya dari kerja. Pelik. Selalunya kakaknya akan pulang waktu petang. Tapi langit sudah gelap tika itu. Beberapa kali dia menjenguk kan kepala keluar tingkap. Resah gelisah menunggu kerana hatinya kepingan sekali menjenguk ayahnya di hospital petang itu. Diselaknya langsir sekali lagi dan tersenyum gembira melihat kelibat kakaknya yang baru pulang. Tapi wajah kakak tampak penat dan masam. Mungkin kerana penat bekerja sepanjang hari.

”Eee, jom gi hospital tengok ayah...”

Tak ingat apa dijawab kakaknya tapi perbualan mereka disampuk oleh neneknya yang tinggal sementara di rumah menolong mamanya.

“Kak eee kan penat tue. Dah malam ni. Esok kita pi hospital tengok ayah k?”

Hampa. Dia teringin sangat nak jumpa ayahnya. Rindu. Semalam sewaktu ayahnya di bawa ke hospital, tak sempat salam dan cium tangan ayahnya. Pagi sebelum ayahnya pergi tak sempat sapukan minyak zaitun dan air zamzam sambil bacakan doa pada luka parut pembedahan. Subuh itu pun dia tak tolong ambilkan wudu’ untuk ayahnya. Itulah antara rutin harian semenjak ayahnya menjalani pembedahan.



Malam itu dia tidur sendirian di bilik mama dan ayahnya kerana mama tidur di hospital menemani ayah. Berselimutkan kain pelekat dan baju sejuk kegemaran ayahnya. Rindu. Hanya bau ayahnya yang melekat pada kain pelekat dan baju yang menjadi pengubat rindu. Hatinya dipujuk kembali. Tak mengapa, ada hari esok untuk bertemu ayahnya, dengan izin Allah...........

Pagi itu dia dikejutkan dengan panggilan telefon. Suara tangisan nenek dan kakaknya membuatnya buntu. Airmata terus menitik setelah dia mengerti apa yang berlaku. Ya Allah...tak terlintas langsung dibenak fikirannya ayah akan pergi walaupun keadaan ayah semakin teruk........

Biarlah kenangan ini berhenti setakat di sini.....hati si gadis kecil itu kian ’sakit’ mengenang kembali saat-saat yang tak mungkin dilupakan dalam hidupnya walaupun telah berlalu 11 tahun yang lalu.........

Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan ayahnya dikalangan hamba-hambaNya yang soleh..Semoga Allah izinkan untuk bertemu kembali dengan ayahnya di Jannah kelak..Pertemuan yang lebih bermakna daripada di dunia yang fana ini, iaitu ketika si gadis kecil dan ayahnya bersama-sama melihat wajah Allah SWT..



InsyaAllah..InsyaAllah..InsyaAllah..

*Jam 5 pagi, Jumaat, 5 Februari 2010 ini iAllah dah 11 tahun ayah si gadis kecil pulang menemui Allah SWT...doakan si gadis kecil terus berusaha menjadi anak yang solehah dan menjadi mujahidah dakwah agar apabila dia pula pulang bertemu Allah SWT sebagai syuhada' kelak dapat dia membawa mama dan ayahnya bersama-sama ke Jannah*

Thursday, 28 January 2010

berlayarlah kapalku ke arah redhaNya....


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal [yang berlayar] di laut seperti gunung-gunung. (32) Jika Dia menghendaki Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan]-Nya bagi setiap orang yang banyak bersabar dan banyak bersyukur, (33) atau kapal-kapal itu dibinasakan-Nya karena perbuatan mereka atau Dia memberi ma’af sebagian besar [dari mereka]. (34) Dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat [kekuasaan] Kami mengetahui bahwa mereka sekali-kali tidak akan memperoleh jalan keluar [dari siksaan]. (35) Maka sesuatu apapun yang diberikan kepadamu, itu adalah keni’matan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal. (36) (As-Syura: 32-36)


Hidup itu ibarat kapal yang berlayar di laut yang luas dan tak bertepian. Kalau matlamat dan kompas yang digunakan itu betul, insyaAllah, sampailah kita pada destinasi yang diimpikan. Matlamat akhir kita ialah mardhotillah (redha Allah), Jannah dan pertemuan denganNya. Kompas kita pula Islam, Al-Quran dan As-Sunnah.

Tapi...kadang2, laut tak selalunya tenang. Perlayaran kita kadang2 tak seperti yang dirancang.
Kadang2 ada ribut. Ada petir. Ada ombak yang bergelora. Kapal kita pun terumbang-ambing.
Kadang2 angin tak bertiup dan kapal kita seperti tersadai di tengah laut yang dalam. Tak ke kiri, ke kanan pun tidak.

Itu semua berlaku atas izin dan ketentuan Allah SWT. Kalau nak difikirkan, boleh je Allah nak datangkan angin lalu kapal kita berlayar dengan lancar dan tenang. Terus sampai ke destinasi impian tanpa masalah dan tribulasi. Tapi dalam ayat surah As-Syura ni, Allah nak ingatkan, kalau Dia nak tenangkan angin nescaya kapa-kapal itu tak dapat bergerak. Kalau Allah nak tarik sebentar nikmat2 dalam hidup kita, nescaya kita akan kesedihan dan merasa lemah. Tetapi apa-apa sahaja yang ditentukan olehNya sama ada baik atau buruk, orang-orang yang banyak bersabar dan bersyukur akan tetap akur kerana mereka sedar hanya Allah berhak untuk tentukan segalanya.

Kerana hanya Dialah Maha Mengetahui, Maha Pemurah & Maha Penyayang, Maha Adil.

Dia tahu apa yang manusia tak tahu. Dia takkan bebankan hambaNya dengan ujian-ujian yang tak mampu ditanggung. Dia takkan biarkan hambaNya mengalami kesusahan tanpa memberi ganjaran atas tiap saat hambaNya menderita dengan penuh kesabaran dan bersyukur.

Monday, 25 January 2010

manusia pilihan

..Dia memilih mu kerana Dia tahu kau mampu....

La yukalli fullahu nafsan illa wus'aha...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
...(2:286)




Hanya padaMu kami berharap

Wednesday, 20 January 2010

Always be there



Bismillah..

Walaupun terasa seperti dihimpit-himpit,
dengan kepayahan,
masalah yang tiada penghujung,
yakin Allah itu ada,
dan Dia ada jawapan kepada segala permasalahan.

Bila ujian datang bertimpa-timpa,
dan tiada manusia yang memahami perasaan dan kekalutan ini,
yakin Allah itu ada,
yang mengetahui segala isi hati,
setiap kesedihan dan pahit jerih kepayahan...


"Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Karena itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran".
(Al-baqarah:186)