Kadang2 kita pelik kenapa sesetengah manusia boleh jadi sangat hebat dalam apa yang dia buat. Baik dalam dakwah, anak-anak bina mereka yang hebat, studies pon power, bukan calang2 jawatan yang mereka pegang dan juga akhlak mereka yang first class. Bila nak banding diri kita dengan mereka bagai langit dan bumi. Mereka juga manusia biasa. Yang ada keinginan seperti manusia lain. Nak menjadi terbaik dalam kerjaya, nak gaji 4-5 angka, nak ada keluarga yang bahagia, nak ada kereta besar, rumah besar.
Tak salah kita bernafsu. Itulah keistimewaan yang Allah kurniakan pada manusia. Nafsu yang tinggi yang menolak orang mukmin ke syurga! Kalau nafsu ini dipandu oleh Islam dan iman, darjat kita akan menjadi lebih tinggi daripada malaikat. Semasa peristiwa isra' mi'raj, malaikat tak lepas satu lagi langit tapi Rasulullah sahaja yang berjumpa Allah SWT. SubhanAllah, betapa Allah mengangkat darjat hambaNya yang bertaqwa.
Itulah rahsia kejayaan manusia2 hebat ini. Mereka mempunyai naluri, perasaan dan keinginan seperti manusia lain. Mereka bukan manusia pelik yang tiada perasaan sukakan dunia dan merasai dunia itu indah. Mereka juga takut dengan segala ketidakpastian, sedih dengan ujian2 yang menimpa, penat melayan kerenah2 duniawi. Tapi dengan keimanan yang mantap mereka tak larut dan membiarkan nafsu2 dan emosi2 ini menguasai mereka. Bahkan mereka yang memandu nafsu, emosi dan keinginan2 dunia mereka kepada redha Allah. Dalam satu hadith Rasulullah bersabda,
"Tidak beriman seseorang itu sehinggalah hawanya ikut apa yang aku datangkan (bawa)"
Salah satu hawa kita adalah emosi kita. Inilah salah satu daripada banyak kelemahan2 kita. Kita mudah terkesan dengan syu'uri (perasaan). Bila mana datang dugaan atau ujian yang berat, kita mudah sangat beremosi. Bila orang tak nak ikut apa yang kita seru, bila kita tengok ramai orang lain dah berkahwin dan kita masih menunggu seseorang yang soleh utk kita berbaitul muslim, bila banyak persoalan2 yang memeningkan kita, bila anak usrah tak menjadi, bila tengok kecelaruan dunia dengan masalah2 sosial yang dasyat, bila penat dengan kerja2 dunia, bila duit poket mulai kering, bila kita tak dapat score exam sbb 'kerja2 dakwah', kita cepat sangat down dan putus asa. Kalau kita takde mood, kita tak pergi usrah, kalau kita malas sikit, kita tak buat kerja dakwah. Mulalah kita mencari alasan demi alasan untuk 'menghalalkan' apa sahaja kehendak kita asalkan kita boleh penuhi al-hawa kita pada benda2 yang orang mukmin takkan buat.
Emosi pada suatu tahap akan menjadi benda yang negatif kalau perasaan tue menghalang kita untuk terus mara ke hadapan. Menghalang kita daripada fokus pada target yang nak dicapai kerana jiwa yang tak tenang dan kepala yang berserabut. Kita kena yakin, kalau hati kita tenang barulah Allah kasi firasat dan boleh berfikir secara rasional dan jelas. Ya, memang tak mudah. Kaum hawa dikurniakan Allah SWT dengan bermacam emosi yang tak menentukan. Kita mudah sedih, mudah gembira, mudah penat, semangat balik kejap dan tiba2 putus asa kembali. Tapi...tak boleh biar lama2 dan emosi memakan diri.
Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan Ahzab itu, mereka berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita." Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka. (Al-Ahzab:22)
Yang dijanjikan Allah di dalam ayat ini adalah kemenangan setelah mengalami kesukaran dan mehnah-mehnah sepanjang mereka menyeru umat manusia kepada Islam. Seharusnya bila kita berdakwah dan membawa manusia kepada Allah SWT, dan kita dibenci, takde orang nak turut serta menjadi penolong agama Allah, terpaksa berkorban masa dan tenaga, duit dalam bank mulai kurang, kita di uji dengan fail exam, akan terdetiklah dalam hati setiap daripada kita,
Haza!!
Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita...
Tanpa sekelumit ragu kita tahu bersama kesusahan2 ini Allah SWT dah sediakan kemenangan dan kemudahan bagi kita kalau kita sabar dan redha dengan ketentuanNya. Dengan ini kita takkan 'lari', putus asa dan melemahkan semangat kita. Bahkan, kita akan terus bangkit daripada tergelincir seketika dan menempuh halangan2 ini dengan Allah sentiasa di sisi kita. hanya dengan izin Allah.....
Friday, 25 September 2009
Monday, 21 September 2009
jom jumpe kat sane! ^_^
Thursday, 10 September 2009
susahnyaaaaaaaaaaa
Penah tak rasa?
Susahnya nak istiqamah dalam beribadah,
Susahnya nak baca Quran byk2 dalam sehari,
Susahnya nak solat awal waktu setiap waktu,
Susahnya nak blaja dengan ihsan,
Susahnya nak faham dan hafal bende2 medic nie,
Susahnya nak ingat apa yang dah belajar,
Susahnya nak hafaz ayat2 Quran dan hadith2,
Susahnya nak istiqamah dan buat benda yang kita cakap,
Susahnya nak betul2 niatkn ikhlas krn Allah SWT semata tanpa ada perasaan2 lain sebelum tue,
Susahnya nak betul2 sangka baik pd Allah SWT dan manusia sebelum ada prasangka sikit,
Susahnya kalau bila ditimpa masalah kita tak merungut,
Susahnya bila di timpa masalah tue kita betul2 bersabar dan redha,
Susahnya bile di timpa masalah tue kita tak nangis,
Susahnya nak istiqamah khusyuk dalam solat,
Susahnya nak fokus bila buat suatu benda bila otak serabut dengan semua benda,
Susahnya nak organisekan diri yang tak organise sangat kadang2,
Susahnya nak sentiasa ada perasaan ihsan dan yakin Allah SWT setiap saat tengok apa kita buat...
Susahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tapi....bila dapat fikir dengan rasional balik..
Kalau jalan ke syurga Allah tue senang dan tak banyak masalah, apa specialnya kan? Mesti la biasa je dan semua org pun boleh pegi syurga kan?
Jalan menuju Allah SWT susah dan tak senang, tapi Allah SWT janji yang Dia takkan tinggalkan hambaNya yang nak sgt2 dan cuba sungguh2untuk dapatkan redha dan rahmatNya.......
Astaghfirullah.....
ya Rabb,berikanlah ku kekuatan untuk bersabar dan keizinan untuk aku yang hina ini untuk menggapai redha dan rahmatMu...

Subscribe to:
Posts (Atom)